matamata Publish time 16-4-2024 10:45 PM

Anak ketua polis daerah maut, ditemui dalam keadaan berlumuran darah

Edited by matamata at 16-4-2024 10:46 PM

Kota Kinabalu: Anak perempuan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, maut tertembak diri sendiri secara tidak sengaja menggunakan pistol milik bapanya di rumah mereka di Taman Tabanak, Lahad Datu, hari ini.Mangsa berusia 14 tahun ditemui dalam keadaan berlumuran darah di sebuah bilik dalam rumahnya, pada 12.42 tengah hari.Difahamkan, ketika kejadian Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berada di pejabatnya di IPD Lahad Datu.Pistol miliknya dikatakan tertinggal di rumah dan anaknya dipercayai memegang senjata api itu sebelum secara tidak sengaja tertembak dirinya sendiri.Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi," katanya.Dzulbaharin dilantik menjadi Ketua Polis Daerah Lahad Datu pada 1 April lalu.
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/04/1080649/anak-ketua-polis-lahad-datu-maut-tertembak-diri-sendiri


otai_g Publish time 16-4-2024 10:54 PM

Innalillah. Ni kira Kes kecuaian ke atau mcm mn?

_kelly Publish time 16-4-2024 10:57 PM

cuai sangat ketua polis pulak tu

sharlenetexas Publish time 16-4-2024 10:57 PM

Habislah bapak kau kena gantung kerja.



sukacactus Publish time 16-4-2024 11:00 PM

Salam takziah
Cuai betul bapaknya main tgl2 pulak

matamata Publish time 16-4-2024 11:10 PM

sharlenetexas replied at 16-4-2024 10:57 PM
Habislah bapak kau kena gantung kerja.

Diambil tindakan tu satu hal...dan mcm mana pulak dia nak lalui kehidupan dia lepas ni...penuh sesalan
Mcm kes parents tertinggal anak dlm kereta la

Momohizan Publish time 16-4-2024 11:29 PM

Sus gila kalau ter... I tau all fire arm yang pakai live bullet ni kalau tak guna, dia lock. Kena unlock baru boleh tembak. So how this girl pandai unlock pistol bapak dia? Takkan cuba2 unlock terus acu pistol kat badan sendiri

JunkMail Publish time 16-4-2024 11:34 PM

Camne boleh tau tak sengaja? Maybe tertembak arteri kaki .. kalau tertembak kepala tu mungkin lah sengaja kan..gitu aku berspekulasi.

Anyway... Innalillahiwainnalillahirajiun

Radzor Publish time 17-4-2024 12:28 AM

Momohizan replied at 16-4-2024 11:29 PM
Sus gila kalau ter... I tau all fire arm yang pakai live bullet ni kalau tak guna, dia lock. Kena un ...

Glock mana ada lock / unlock. Konsepnye your finger is your safety. Tekan je terus jalan kalau ada bullet dlm chamber.

Momohizan Publish time 17-4-2024 12:37 AM

Radzor replied at 17-4-2024 12:28 AM
Glock mana ada lock / unlock. Konsepnye your finger is your safety. Tekan je terus jalan kalau ada ...

Eh, bukan Glock untuk government issue ada safety lock ke? Beretta yang issued in 1980s pun ada safety lock.

matamata Publish time 17-4-2024 12:51 AM

Radzor replied at 17-4-2024 12:28 AM
Glock mana ada lock / unlock. Konsepnye your finger is your safety. Tekan je terus jalan kalau ada ...

PDRM standard issue Walther P99 kan?....ka pegawai tinggi pakai Glock?

matamata Publish time 17-4-2024 12:55 AM

Loaded gun lah kot...ada peluru dlm chamber....tak pun budak tu cekah sendiri

batmana Publish time 17-4-2024 05:44 AM

takziah pada keluarga..dulu takat main gari aja, tak berani main pistol msa kecik2, sekali pun nk sentuh tk brani, dh bapak penah tunjuk luka org kene peluru bagai..

mejaputih Publish time 17-4-2024 06:37 AM

Momohizan replied at 16-4-2024 11:29 PM
Sus gila kalau ter... I tau all fire arm yang pakai live bullet ni kalau tak guna, dia lock. Kena un ...

Itu la ...dan pelik tertinggal tu kat atas meja tempat boleh dilihat ke? Bukan ke polis wajib letak dlm safe box siap ada passkey nk bukak? Sgt la cuai di bapaknya..dan si anak first time bukak terus pandai bukak lock dan acu kat diri sendiri?

dua_chzy Publish time 17-4-2024 06:56 AM

Edited by dua_chzy at 16-4-2024 10:57 PM

Jangan letak pistol sembarangan di tempat yang anak2 boleh reach.

Tahun 90an dulu kezen aku pun mati cara gini juga. Umo dia masa tu 5 tahun. Deol tau bapak simpan pistol dalam almari, so deol guna kerusi huntok panjat lemari pi ambik pistol tu. Pehtu main2 pistol tu dengan kakak umo 7 tahun. Pehtu si kakak pi tembak adik dia. Mati on the spot.

Freak accident sangat.

venom1 Publish time 17-4-2024 07:24 AM

Kecuaian satu perkara, penyesalan satu perkara. Silap2 jadi murung dan akan bunuh diri. Bertimpa-timpa hukuman akan diterima oleh si bapa. Masa ni lebih baik monitor dan jaga emosi, tingkahlaku bapa mangsa.

pokokmeranti Publish time 17-4-2024 08:14 AM

zaman I dulu cukup takut tengok senapang patah ayah. bebudak skrg buat mcm mainan pula. kuat pengaruh kartun nie.

sagiman91 Publish time 17-4-2024 08:18 AM

dua_chzy replied at 17-4-2024 06:56 AM
Jangan letak pistol sembarangan di tempat yang anak2 boleh reach.

Tahun 90an dulu kezen aku pun ma ...

sooooooo.....

apa jadi kat bapak dia.?

reenz013 Publish time 17-4-2024 08:25 AM

takziah bt keluarga

dua_chzy Publish time 17-4-2024 08:26 AM

sagiman91 replied at 17-4-2024 12:18 AM
sooooooo.....

apa jadi kat bapak dia.?

Hidup normal macam orang lain tapi sampai ke tua memang tak lupa anak yang meninggal tu.
Pages: [1] 2 3 4 5
View full version: Anak ketua polis daerah maut, ditemui dalam keadaan berlumuran darah


ADVERTISEMENT