FOTHER-MUCKER Publish time 17-4-2024 08:51 AM

Lelaki belanja hanya RM35,000 kunjungi 18 negara


Lelaki belanja hanya RM35,000 kunjungi 18 negara


[*]Oleh KOSMO!
[*]17 April 2024, 8:15


https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/04/lawat-18-negara-e1713260106547.jpgMichelsen memulakan pengembaraan solonya mengelilingi Eropah pada Februari 2023. – SWNS


OSLO – Seorang lelaki Norway yang membelanjakan cuma £6,000 (RM35,721) untuk melawat 18 negara menyatakan, dia mengamalkan petua sendiri untuk menjimatkan wang, lapor akhbar Daily Star kelmarin.
Robert Michelsen memulakan pengembaraan solonya mengelilingi Benua Eropah pada Februari 2023.
Michelsen, 21, berkata, dia makan telur mentah dan lobak serta tidur di dalam gua untuk berjimat.
“Saya banyak makan telur mentah dan lobak. Saya tidur di dalam gua dan di tepi pantai. Ia adalah harga yang perlu dibayar untuk mendapatkan kebebasan dan menjimatkan kos,” katanya.
Michelsen menjelajah 13 negara dalam masa enam bulan sebelum kembali ke Norway pada Ogos 2023. Dia menganggarkan hanya membelanjakan sekitar £4,273 (RM25,436) untuk penerbangan, penginapan, makanan dan aktiviti lain.
Selepas empat bulan berehat di rumah, Michelsen menyambung pengembaraannya dengan berkunjung ke Hungary, Slovakia, Austria, Maghribi dan Britain dengan perbelanjaan sebanyak £1,700 (RM10,119).
Negara lain yang turut dilawati oleh Michelsen termasuk Portugal, Serbia, Croatia, Poland, Sepanyol, Perancis, Monaco, Itali, San Marino, Montenegro, Kota Vatican dan Bulgaria. – AGENS
https://www.kosmo.com.my/2024/04/17/lelaki-belanja-hanya-rm35000-kunjungi-18-negara/



cutieslilies Publish time 17-4-2024 08:55 AM

xmo aku bercuti ala2 gelandangan camni..ni bukan bercuti namanya..ni mesti takat gi ambik gambor..upload..then chowww

plywood Publish time 17-4-2024 09:17 AM

Buat spt ini untuk kepuasan sendiri kira baguslah. Buat sahaja apa yang nak dibuat didunia ini tanpa susahkan orang lain.. tp personally tidur dlm gua tu tak sangup aku hahaha



supernaturalee Publish time 17-4-2024 09:37 AM

caveman ke


tp heols nmpk helok despite tdo dlm gua
cute rambut die cacak2 gitu
tp klu iols la mau nmpk mcm hobo dah
mcm cik kak ni:
{:8_638:}

midori888 Publish time 17-4-2024 09:58 AM

hampir semua negara dia visit meols dah pnh pergi kecuali Maghribi, Monaco, Serbia dan San Marino...

Slovakia, Hungary, Portugal, Bulgaria, Poland affordable jer, takde mahal pun...Croatia pun sama melainkan kita pergi tempat2 mcm Dubrovnik, same as Montenegro. Tak perlu lah smp tido dlm gua haih...Vatican City kecik jer pun...

Yoonggi Publish time 17-4-2024 10:09 AM

mcmana dia manage kebersihan diri bila tido pun dlm gua? aku suka travel tp x sanggup nk ikut cara dia nih

Samerosie Publish time 17-4-2024 10:25 AM

Amboi. Cam simon le bon masa muda...

_blackbird Publish time 17-4-2024 11:01 AM

lelaki sesuai la kot melancong style back pack asnaf ni. lelaki nak kencing senang, tak period so stakat tak mandi, tdo dlm gua, hutan, taman awam, kaki lima gelandangan ni sap sap sui je bg pelancong gelandangan. cuci muka basuh ketiak, siap. ;P;P tak perlu pikir kat mana nak tukar / dispose tampon, pad, sabut kelapa wakakakakaka :$:$

She-Ra Publish time 17-4-2024 11:08 AM

masing2 punya cara utk berjimat tp tidakla aku nak tdo gua la apa la mcm dia ni ;P
pantai tu ok la jgk.. pacak tent atau gantung hammock
berjimat pun tempat bermalam tu wajibla ada tempat mandi, lepas hajat, katil tilam
backpackers pun ok je asal boleh berjimat

makan pun tidak la bercatu.. kena la try lain dr yg lain janji halal

midori888 Publish time 17-4-2024 11:21 AM

_blackbird replied at 17-4-2024 11:01 AM
lelaki sesuai la kot melancong style back pack asnaf ni. lelaki nak kencing senang, tak period so st ...

non muslim bole lah mcm tu, kalu muslim tak bole sbb kena solat....kena bersih...

Kurex Publish time 17-4-2024 11:30 AM

Teringat dulu bekas kenalanan iols yg dah larikan diri ke sabah sebab berhutang dgn ramai orang ajak iols bercuti luar negara dari malaysia sampai rusia naik basikal je.. katanya bajet 200 pun cukup

ninja boy Publish time 17-4-2024 11:34 AM

1 negara kecil 2 week, negara besar tarak cukup 2 week

prettyuglybabe Publish time 17-4-2024 03:11 PM

orang malaysia dah lama buat..
ada RM10 boleh gi jepun :lol:

sharlenetexas Publish time 17-4-2024 03:28 PM

Rempit pprt nya muka.


sharlenetexas Publish time 17-4-2024 03:29 PM

Sib baik tak mintak sedekah.


Tinot7 Publish time 17-4-2024 03:50 PM

Kurex replied at 17-4-2024 11:30 AM
Teringat dulu bekas kenalanan iols yg dah larikan diri ke sabah sebab berhutang dgn ramai orang ajak ...

Bajet ciput mmg la voley.. tapi sepanjang perjalanan tergadai la body mcm dlm citer perempuan, isteri dan dotdotdot

dani-rox Publish time 17-4-2024 05:26 PM

Samerosie replied at 17-4-2024 10:25 AM
Amboi. Cam simon le bon masa muda...

ai pulak sekali pandang teringat Sting peminat tantric sex tuh :lol:

Samerosie Publish time 17-4-2024 06:06 PM

dani-rox replied at 17-4-2024 05:26 PM
ai pulak sekali pandang teringat Sting peminat tantric sex tuh

Terpaling tantrix kan..pergi skandel dgn bff first wife.
Sting ni tak pernah nak elok rambut tu.






dani-rox Publish time 17-4-2024 06:18 PM

Samerosie replied at 17-4-2024 06:06 PM
Terpaling tantrix kan..pergi skandel dgn bff first wife.
Sting ni tak pernah nak elok rambut tu.   ...

hahaha cepat2 trudie preggy nak perangkap laki bff sendirik :lol:

btw bole tahan hensem simon le bon muda2 dulu. rambut messy blonde mcm tu popular era 80s kan? david bowie pun pernah buat stail cenggitu, tingat bideo Just Dance ;P

Kitty_catz Publish time 17-4-2024 06:32 PM

kut style jenjalan obersea tp mkn bercatubaik duk je kat umah sambil layan netflix ;P
Pages: [1] 2
View full version: Lelaki belanja hanya RM35,000 kunjungi 18 negara


ADVERTISEMENT