FOTHER-MUCKER Publish time 17-4-2024 08:59 AM

Pelabur asing: Kepercayaan terhadap PMX makin hilang

Edited by FOTHER-MUCKER at 16-4-2024 05:01 PM


Pelabur asing: Kepercayaan terhadap PMX makin hilangApril 16, 2024

https://harakahdaily.net/wp-content/uploads/2024/04/PMX-696x391.jpg
KUALA LUMPUR: Pelabur asing yang berterusan menarik pelaburan mereka daripada pasaran saham Malaysia, menunjukkan kepercayaan yang semakin hilang terhadap pemimpin negara, Perdana Menteri ke-10 (PMX), Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Dewan Pemuda PAS Malaysia dalam kenyataannya berkata, unjuran perkembangan landskap pelaburan semakin rancak pada tahun 2024 sepertinya sedang tersasar berlandaskan keadaan pelaburan semasa.
“Ekonomi negara semakin malap nampaknya. Yang musykilnya, senario-senario ini masih berlaku biarpun bawah pemerintahan Anwar Ibrahim yang selama ini dilaung-laung sebagai sosok tepat untuk mengendalikan Malaysia dan membetulkan ‘kerosakan-kerosakan’ yang melanda negara,” ujar kenyataan tersebut hari ini.
Menurut kenyataan tersebut lagi, trend jualan bersih oleh pelabur asing di Bursa Malaysia telah berterusan untuk tujuh minggu berturut-turut sehingga mencatatkan aliran keluar bersih dana pada minggu lalu sebanyak RM373.5 juta.
“Maksudnya apa tuan-tuan? Maksudnya, pelabur-pelabur asing sedang berterusan menarik pelaburan mereka daripada pasaran saham Malaysia. Dalam erti kata lain, pelabur sedang lari meninggalkan Malaysia.
“Menurut Timbalan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) suatu ketika dahulu, jika keadaan seperti ini berlaku, hal ini bermakna pelabur asing semakin hilang kepercayaan terhadap negara kita dek ketidakcekapan pemerintahan kerajaan semasa.
“Hanya Anwar Ibrahim sahaja mampu membetulkan keadaan, menurutnya.
“Namun, melihat kepada keadaan semasa, dengan banyaknya dasar yang menyusahkan rakyat yang kononnya sebagai usaha untuk menambahbaik kedudukan fiskal negara, ditambah pula dengan kedudukan nilai Ringgit yang semakin jatuh menuju Ringgit terendah dalam sejarah sepertimana yang dilaporkan oleh portal Bloomsberg, terbukti kerajaan semasa memang tidak cekap,” tambah kenyataan tersebut. – HARAKAHDAILY

FOTHER-MUCKER Publish time 17-4-2024 09:02 AM

Edited by FOTHER-MUCKER at 16-4-2024 05:04 PM

Pelabur asing beri isyarat kembali semula ke Bursa Malaysia Mahanum Abdul Aziz - Mac 28, 2024 @ 4:20ammahanum_aziz@bh.com.my




https://assets.bharian.com.my/images/articles/HQ190324AZ006_1711611015.jpgPelabur asing menjual bersih kira-kira RM440 juta saham di Bursa Malaysia setakat tahun ini - NSTP/Asyraf Hamzah



KUALA LUMPUR: Pelabur asing memberi isyarat kembali ke pasaran saham tempatan selepas mengambil untung dari Bursa Malaysia sejak beberapa minggu lalu, demikian menurut penganalisis.
BIMB Securities Research berkata pihaknya melihat dana asing kembali mengalir ke dalam pasaran, khususnya pada dua hari terakhir dagangan minggu lalu, meskipun dalam jumlah belian bersih yang kecil.
Ia berkata, perkembangan itu menggalakkan walaupun konsisten dengan trend masa lalu apabila pelabur asing sama ada akan mengambil keuntungan menjelang keputusan dasar monetari Amerika Syarikat (AS) atau kekal di luar pasaran sehingga ada kejelasan mengenai hala tuju dasar AS.
"Selepas beberapa minggu sukar sejak awal Mac di mana dana asing telah mengambil keuntungan dalam pasaran tempatan, kami melihat kembalinya mereka dalam dua hari dagangan terakhir minggu lalu walaupun dalam dos kecil belian bersih iaitu secara terkumpul berjumlah RM28 juta. Sejarah telah berulang," katanya dalam satu nota penyelidikan.
BIMB Securities Research berkata, pihaknya menjangkaka pelabur asing kembali dengan stabil ke dalam pasaran saham tempatan walaupun Bursa Malaysia mungkin bukan pilihan utama memandangkan potensi pasaran saham Indonesia yang menarik berikutan kemenangan menakjubkan oleh Presiden akan datang, Prabowo Subianto.
Ia berkata, Prabowo telah diumumkan sebagai pemenang dalam Pilihan Raya Presiden Indonesia baru-baru ini dan oleh itu, akan ditabalkan sebagai Presiden Indonesia kelapan.
"Probowo, telah berada dalam Kabinet Jokowi (Widodo), dijangka meneruskan agenda pertumbuhan Jokowi termasuk mempercepatkan Kalimantan sebagai ibu negara baharu Indonesia.
"Presiden Jokowi akan menamatkan tempohnya pada Oktober 2024," katanya.
Mengenai kadar faedah AS, BIMB Securities Research berkata, bank pusat AS, Rizab Persekutuan (Fed) akhirnya memberi petunjuk bahawa pengurangan kadar dasarnya dijangka separuh kedua 2024, prospek yang telah dijangkakan oleh firma penyelidikan itu secara konsisten sejak Januari 2023.
Ia berkata, Pengerusi Fed, Jerome Powell melakukan sedikit perubahan minggu lalu di tengah-tengah kenyataan yang boleh mendorong pasaran saham serantau lebih tinggi dalam masa terdekat, dengan lebih galakan diberikan pada separuh kedua 2024 apabila AS akhirnya mempunyai keberanian untuk mengurangkan kenaikan kadar dana persekutuan (FFR).
Katanya, perbezaan kadar faedah yang mengecil berbanding kadar faedah serantau dan prospek pulangan yang lebih rendah di AS mencadangkan pengimbangan semula portfolio yang akan berlaku oleh dana lindung nilai dan pengurus dana.
Setakat tahun ini, pelabur asing telah membeli sebanyak RM57.61 bilion saham di Bursa Malaysia namun menjual sebanyak RM58.05 bilion, menjadikan aliran keluar bersih asing secara keseluruhan berjumlah kira-kira RM440 juta.
Institusi tempatan menjadi satu-satunya kumpulan pelabur yang membuat pembelian bersih saham di Bursa Malaysia setakat tahun ini dengan aliran masuk sebanyak RM1.6 bilion.
Sementara itu, peruncit tempatan juga menjadi penjual bersih saham dengan aliran keluar bersih sebanyak RM1.16 bilion.







Decaffeinated Publish time 17-4-2024 09:03 AM

Bukan pelabur asing ja, cina DAP pun ramai dah give up. PMX ni neither here nor there katanya. Can't blame either side though.

manopBKK Publish time 17-4-2024 09:05 AM

Siape lah yg percaya propaganda lobai Harakah Daily…. {:gif_borja:}

eragon Publish time 17-4-2024 09:07 AM

Waiting next PRU. adakah akan cukup penggal selama lima tahun iaitu sehingga akhir tahun 2027. atau lebih awal.

tripleid Publish time 17-4-2024 10:00 AM

Lobai ckp psl investment kat Kelantan ke??mmg la yillek{:1_563:}







Denco Publish time 17-4-2024 10:04 AM

Lebai bercakap mmg x tngok cermin.

Skuau Publish time 17-4-2024 11:50 AM

Edited by Skuau at 17-4-2024 12:05 PM

TETAPI tuan2,puan2....kepercayaan WARGA ASING kpd saiya semakin tinggi ..tiap2 hari ada sahaja warga asing datang Msia...saiya TAK PAYAH ULANG...tuan2,puan2 sendiri boleh tengok abangla,rohingya sangat ramai di Msia sekarang ni..:lol:

kemaruk Publish time 17-4-2024 12:09 PM

yang sewel2 je yang masih menaruh harapan

serupa macam orang yang dah kena tipu skim cepat kaya, tapi masih indenial

nusaraya Publish time 17-4-2024 06:38 PM

Decaffeinated replied at 17-4-2024 09:03 AM
Bukan pelabur asing ja, cina DAP pun ramai dah give up. PMX ni neither here nor there katanya. Can't ...

Bukankah yang paling kuciwa terhadap PMX adalah majority bangsa melayu yang marah kerana nak dihapus segala subsidikerana status istimewa orang melayu nak dihilangkan oleh kerajaan MADANI .... Hehehehe

Orix Publish time 17-4-2024 06:49 PM

takkanlah... menteri kewangan terbaik asia kot

gekkou Publish time 17-4-2024 06:53 PM

rakyat juga

kasibiman Publish time 17-4-2024 08:31 PM

Orix replied at 17-4-2024 06:49 PM
takkanlah... menteri kewangan terbaik asia kot

Dah tak berbunyi ratiban ni lagi ek ;P

Dwdrum Publish time 17-4-2024 08:33 PM

Pergi cari investors sambil sekolah kan orang di negara cari investors... LOL

Firenzza Publish time 17-4-2024 08:41 PM

Siakap kurita senohong gelama ikan duri
Cakap auta bohong lama2 jd menteri

Solokkk Publish time 19-4-2024 05:36 PM

Nko diam la, dia dulu2 menteri kewangan terbaik Asia, teriak self-claim terpaling educated acah2 terpaling urban :lol:

ezacbee Publish time 19-4-2024 05:38 PM

Kaki sembang memang laa..

{:8_670:}
Pages: [1]
View full version: Pelabur asing: Kepercayaan terhadap PMX makin hilang


ADVERTISEMENT