CARI-HBZ Publish time 17-4-2024 01:46 PM

Banjir kilat di Afghanistan, 66 maut

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202404/17/134607g54efff4mefmyzwa.png





KABUL – Sekurang-kurangnya 66 orang terkorban dalam hujan lebat dan banjir kilat di Afghanistan yang turut memusnahkan rumah, infrastruktur serta ladang di kebanyakan wilayah negara itu.


Akhbar Arab News melaporkan, ribut bermula minggu lalu menambah lagi cabaran yang dihadapi Afghanistan. Negara itu sedang cuba untuk pulih daripada konflik berpuluh tahun dan bencana alam termasuk kemarau, serta beberapa siri gempa bumi yang mengorbankan nyawa.


“Menurut laporan dari wilayah-wilayah, sekurang-kurang 66 maut, manakala 36 lagi cedera,” kata jurucakap Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan, Janan Sayed kepada Arab News semalam.


Angka korban dilaporkan meningkat dua kali ganda sejak Ahad lalu dan berkemungkinan lebih tinggi. Sebahagian mangsa maut akibat ditimpa rumah mereka sendiri.


Tambah Sayed, sebanyak 1,235 rumah musnah akibat bencana itu.


Kira-kira 23 daripada 34 buah wilayah di Afghanistan dilanda banjir kilat sehingga merosakkan tanaman menjelang musim menuai sekali gus menjejaskan sumber makanan. – AGENSI

tripleid Publish time 17-4-2024 03:44 PM

Kena kat dia ujian,kena kat org lain bala.

_blackbird Publish time 17-4-2024 06:06 PM

afganistan ni tak pernah banjir ke, banjir kilat pon sampai 66 mati 30++ cedera. kita sini lek lek john je banjir kilat everytime

Triple_8 Publish time 17-4-2024 10:46 PM

tripleid replied at 17-4-2024 03:44 PM
Kena kat dia ujian,kena kat org lain bala.

Bala nombor satu di Kelantan sekarang ialah tiada air.

tripleid Publish time 18-4-2024 12:31 PM

Triple_8 replied at 17-4-2024 10:46 PM
Bala nombor satu di Kelantan sekarang ialah tiada air.
Bala sbb pilih geng penunggang agama jadi pemimpin kot:o
Pages: [1]
View full version: Banjir kilat di Afghanistan, 66 maut


ADVERTISEMENT