vespa_oren Publish time 17-4-2024 07:18 PM

aku memang naik motor gie kerja, hntr anak sekolah isi full rm6 tahan 3hari jer

AbukRokok Publish time 17-4-2024 07:28 PM

subsidi minyak xde
tetap akan terpalit kat harga semua barangan sbb kos pengangkutan
kos operasi

cashewnut Publish time 17-4-2024 07:38 PM

nw111 replied at 17-4-2024 05:28 PM
Apa kata yg pegi open house tu pakat bambu heols...nak tgk kecut ke idok telur dia... untung2 masu ...

I syuka ni. Beramai-ramai la moh kita. Apa kata beramai-ramai cadangkan potong aja gaji dia and muntri yang ada . Ide tak efektif la

zacks Publish time 17-4-2024 07:53 PM

Jom beli kereta elektrik

Tesla > all
Ev > all

ctaz Publish time 17-4-2024 08:12 PM

soooo FORMULA tu semua hanya lah kencing semata2....




hahahahahahaha

jejaka_hensem Publish time 17-4-2024 08:21 PM

Iols yg register PADU tersenyum sinis

:lol:

kasibiman Publish time 17-4-2024 08:26 PM

jejaka_hensem replied at 17-4-2024 08:21 PM
Iols yg register PADU tersenyum sinis

Paduang{:1_152:}

Firenzza Publish time 17-4-2024 08:47 PM

BAPAK segala munafik tu la dia

MissYouSayang Publish time 18-4-2024 12:55 AM

Formula nak bagi rakyat cpt mampuih ke si sotong ni guna skrg ni hah

otai_g Publish time 18-4-2024 01:56 AM

Aik Ari tu kata nak turunkan harga minyak sekali yg jadi sebaliknya. X pa la asalkan ph-dap yg memerintah kami ok je :lol:

cantthinkofany Publish time 18-4-2024 08:48 AM

miszclassique replied at 17-4-2024 04:16 PM
Rapiji ada kat dewan pandan indah, open house sabtu ni.... Nanti nak gi jumpa heols mintak formula

terbaoooekkk laaa....tolong sampaikan salam kat dia...kata rakyat kirim salam goodbye to subsidi....

rikiruj Publish time 18-4-2024 10:53 AM

So elok invest full EV atau Hybrid?

vanilacup Publish time 18-4-2024 10:58 AM

Selama ni mana ada org politik cakapnya betul
Subsidi minyak tu dah sedia ada dlm minyak lah tak ada nya asing gitu..
Dari vaksin yg KJ dah tipu korang sampai Padu masih nak percaya lagi cakap Menteri sbb konon subsidi x kan dpt sbb x daftar Padu...
Ini semua ayat2 naratif utk menakutkan rakyat...
Sudah2 rakyat Malaysia jgn masih dlm mimpi lagi ..

arnauld Publish time 18-4-2024 02:29 PM

Hahaha ni belum cukup jahanam lagi. Engkorang tunggu #pmximatsabu dtg hahaha

Orix Publish time 18-4-2024 02:33 PM

tak sabarrr tgok ummah hencap piji after subsidi bersasar dilaksanakan (kalau betul la dia akan buat)

kemaruk Publish time 18-4-2024 02:34 PM

arnauld replied at 18-4-2024 02:29 PM
Hahaha ni belum cukup jahanam lagi. Engkorang tunggu #pmximatsabu dtg hahaha

kalau mat sabu jadi PM, level kehaukkan tetap sama, tapi sekurang-kurangnya ada hiburan

bbalik Publish time 18-4-2024 03:01 PM

dalam perlembagaan ada ke kasta2 nih

sharlenetexas Publish time 18-4-2024 03:51 PM

Dah habis formula venezuela?


adm7 Publish time 18-4-2024 03:58 PM

Boring.
Macai bingai walanon/ph dah mati ke?
Kalau tak dulu topikĀ² mcm ni la yg diorg suka. Kutuk najib, kutuk bn, kutuk umno.

adm7 Publish time 18-4-2024 04:35 PM


LAIN-LAIN (BISNES)
Pengapungan berperingkat harga RON95 elak rakyat, peniaga panik - Penganalisis
Oleh Alzahrin Alias
April 18, 2024 @ 4:25pm
zahrin@bh.com.my
facebook sharing buttonwhatsapp sharing buttontwitter sharing buttonemail sharing button
Kerajaan akan mengurangkan subsidi petrol tahun ini dalam usaha untuk mengecilkan defisit fiskal negara -NSTP/AIZUDDIN SAAD
Kerajaan akan mengurangkan subsidi petrol tahun ini dalam usaha untuk mengecilkan defisit fiskal negara -NSTP/AIZUDDIN SAAD
KUALA LUMPUR: Pengapungan harga bahan api RON95 mengikut harga pasaran secara beransur-ansur adalah kaedah terbaik bagi mengelakkan kejutan yang boleh menyebabkan situasi panik dalam kalangan rakyat dan peniaga.


Dalam masa sama, aktiviti penguatkuasaan juga perlu diperhebatkan bagi memastikan pihak tidak bertanggungjawab yang menyebabkan kenaikan harga secara mendadak diambil tindakan sewajarnya, demikian menurut penganalisis.


Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata harga RON97 adalah RM3.47 satu liter pada masa ini adalah mengikut harga pasaran, manakala harga runcit di pam RON95 adalah RM2.05 satu liter selepas mendapat subsidi kerajaan, menjadikan perbezaan antara kedua-dua jenis petrol itu sekarang agak besar iaitu RM1.42 satu liter.

Beliau berkata, harga siling RON95 ditetapkan pada paras RM2.05 satu liter bermula 27 Februari 2021 dan pada ketika itu, perbezaan antara RON97 dan RON95 adalah kira-kira 30 sen satu liter.

"Sekiranya kita mengambil angka ini sebagai penanda aras bagi melaraskan harga RON95, maka perbezaan yang besar dengan harga RON97 iaitu RM1.42 satu liter perlu dirapatkan. Namun, ia perlu dilakukan secara beransur-ansur agar tidak menyebabkan kenaikan inflasi yang mendadak," katanya kepada BH.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dalam satu temu bual bersama Bloomberg semalam berkata kerajaan akan mengurangkan subsidi petrol tahun ini dalam usaha untuk mengecilkan defisit fiskal negara.

Susulan jangkaan rasionalisasi bahan api itu, kerajaan akan melaksanakan pengurangan subsidi secara berperingkat dengan risiko inflasi meningkat sebelum rancangan itu dilaksanakan.

Sementara itu, Mohd Afzanizam berkata pengapungan mendadak harga bahan api pernah berlaku di negara ini apabila harga RON97 dinaikkan sebanyak 78 sen satu liter pada 5 Jun 2008 menyebabkan kadar inflasi melonjak ke paras 7.7 peratus pada bulan itu berbanding 3.8 peratus pada bulan sebelumnya.


"Ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan dalam isu pengurangan subsidi minyak ini dengan yang pertama adalah isu kuantum kenaikan harga minyak yang diperlukan bagi mengurangkan perbelanjaan subsidi. Sebaiknya kuantum kenaikan perlu dalam keadaan yang tidak mendadak.

"Isu kedua pula dari segi kekerapan untuk menaikkan harga minyak petrol bagi mengurangkan subsidi. Justeru, penggunaan kaedah 'Automatic Pricing Mechanism' (APM) mungkin cara yang dilihat sesuai yang mana setiap minggu harga minyak petrol yang baharu akan diumumkan.

"Dengan kaedah ini, rakyat boleh merancang kewangan mereka dengan lebih teratur," katanya.

Penganalisis Ekonomi UniKL Business School, Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid sebaliknya berpendapat pengapungan harga bahan api sekiranya dilaksanakan secara beransur-ansur tidak membantu menyelesaikan kenaikan kadar inflasi.

Katanya, hal ini kerana pasti ada peniaga dalam rantaian nilai perniagaan yang akan mengambil kesempatan menaikkan harga barangan berkali-kali atas alasan kenaikan harga bahan api, selain masalah penguatkuasaan memandangkan kekurangan anggota agensi kerajaan untuk memantau semua stesen minyak di seluruh negara terutama sekali dengan kawalan pembelian dan mekanisme di stesen.

Justeru, beliau berpendapat bahawa pengapungan itu perlu dibuat terus mengikut harga semasa, bukan dilaksana secara berperingkat.

"Dengan hanya satu kenaikan adalah lebih mudah menyelaraskan kenaikan harga barangan lain kerana masih ada barangan subsidi lain yang dikawal harganya oleh kerajaan seperti gula.

"Kenaikan yang mendadak pasti membimbangkan kerana harga minyak mentah semasa dalam trend meningkat kesan daripada krisis di Asia Barat, namun penangguhan beransur juga tidak memadai untuk mencapai usaha kerajaan menurunkan defisit perbelanjaan negara dan hutang semasa," katanya
Pages: 1 [2] 3
View full version: Dah bersedia ke korang?Pengurangan subsidi petrol tetap dilaksana tahun ini - Rafizi


ADVERTISEMENT