CARI-HBZ Publish time 17-4-2024 05:10 PM

Pagi kerja tukang cuci, petang sambung kelas PhD

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202404/17/170744yss14c6mecc1c1wm.png





PETALING JAYA – Seorang rakyat Malaysia yang sedang melanjutkan pelajaran peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD), di Universiti Bristol meraih pujian ramai berikutan sanggup membuat pekerjaan sampingan sebagai tukang cuci.


Berkongsi video sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di sebuah rumah di TikTok @NINN, pelajar yang dikenali sebagai Izzah itu kelihatan tidak kekok melakukan tugas berkenaan.


Menerusi ruangan komen Izzah memaklumkan, dia memilih untuk melakukan kerja sampingan itu untuk mencari pendapatan tambahan.


“Sebenarnya saya ada masa lapang sikit lepas siap tulis tesis dan kertas jurnal. Lagi beberapa bulan nak balik Malaysia dah, saja cari ‘extra income’,” kongsinya.


7357495657080327456


Perkongsiannya itu menerima pelbagai reaksi orang ramai yang rata-rata berbangga dengan dirinya yang bijak mencari peluang.


“Bagus bermula macam ni. Nanti bila dah jadi ‘seseorang’, awak ada empati dan simpati tinggi pada orang lain. Ramai akan sayang, doakan awak,” kata @dahlia.


“Pensyarah saya pun macam ni. Sekarang sumpah dia merendah diri gila walaupun ada PhD,” ujar @cunaaa


“Saya tak cemburu dengan orang yang kaya atau cantik. Tapi saya cemburu dengan orang yang berpelajaran tinggi,” puji seorang lagi pengguna.


Sumber – KOSMO! ONLINE

sharlenetexas Publish time 17-4-2024 05:14 PM

Al farabi pada waktu siang dia jaga kebun, malam hari dia belajar.


cmf_almondpecan Publish time 17-4-2024 07:31 PM

Sungguh mulia adik ni mencari rezeki halal pada waktu lapang. Pakej baik berpelajaran tinggi, rajin dan tak takut hadapi sesuatu yang ramai anggap sukar.

orangbiasaje Publish time 18-4-2024 04:13 AM

Nak ty...international student boleh kerja ke walau under student visa? Kiranya consider legal ya?

Pages: [1]
View full version: Pagi kerja tukang cuci, petang sambung kelas PhD


ADVERTISEMENT