maklukpenggoda Publish time 17-4-2024 08:51 PM

Ada isu sensitif, media dilarang buat liputan prosiding semakan kehakiman Najib

KUALA LUMPUR: Media tidak dibenarkan membuat liputan prosiding permohonan Datuk Seri Najib Razak mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum atau tambahan Yang di-Pertuan Agong ke-16 supaya bekas Perdana Menteri itu menjalani tempoh pemenjaraan selama enam tahun di rumah.

Prosiding itu berlangsung di Mahkamah Tinggi hari ini, bagi membolehkan peguam bela Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, memaklumkan identiti 'saksi kritikal' yang mengikrarkan afidavit bagi menyokong permohonan Najib.
Terdahulu ketika prosiding di hadapan Hakim Datuk Amarjeet Singh; Muhammad Shafee memohon supaya prosiding itu dijalankan secara dalam kamar, memandangkan ada isu sensitif.
"Saya diberitahu pihak responden (peguam kerajaan) menerima idea ini (prosiding dalam kamar) dengan mengambil kira kandungan afidavit permohonan itu yang dilihat sensitif," katanya.
Hakim kemudian membenarkan prosiding fizikal mahkamah diisytihar secara dalam kamar yang hanya boleh dihadiri pasukan pembelaan ajib dan wakil responden.
"Semua pihak lain termasuk pihak media tidak dibenarkan mengikuti prosiding ini," katanya.
Najib, 70, memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi di sini pada 1 April menerusi Tetuan Shafee & Co.
Beliau menamakan Menteri Dalam Negeri, Komisioner Jeneral Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di JPM dan Kerajaan Malaysia sebagai responden.
Bekas Ahli Parlimen Pekan itu memohon perintah supaya kesemua responden atau seorang daripada mereka diarah untuk menjawab dan mengesahkan kewujudan Titah Adendum bertarikh 29 Januari 2024.
Najib juga memohon perintah jika titah itu wujud, maka kesemua responden atau seorang daripada mereka perlu melaksanakannya dan dengan serta-merta memindahkan beliau dari Penjara Kajang ke kediamannya di Kuala Lumpur untuk menjalani baki hukuman penjara di rumah.
Bekas Perdana Menteri berkenaan memohon perintah supaya semua atau seorang daripada responden memberikan salinan titah utama oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 berhubung pengurangan hukuman penjara dan denda serta titah adendum, selain memohon kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/04/1235648/identiti-saksi-kritikal-najib-didedah-media-dihalang-buat-liputan

terma2nkondisi2 Publish time 17-4-2024 09:38 PM

baca tred2 pasal pengampunan najib ni, aku teringat berbalas komen dgn sorang walanon dalam salah satu tred pasal pengampunan najib yg lepas

tengah berbalas komen, si walanon ni buat satu hantaran dan lampirkan satu berita ni konon nak bagi nampak yg komen dia tu padu dan menang hujah.. yg kelakarnya, berita dalam hantaran dia tu dah dilampirkan awal2 lagi dah di hantaran pertama tred oleh si pembuka tred :lol:

poinnya yg aku nak sampaikan di sini adalah si walanon tu bodoh sama macam walanon2 yg lain, dan dalam tred tu juga aku nasihatkan si walanon tu kalau dia ada anak jgn wariskan kebodohan dia tu pada anak dia takut nanti akan berkembang biak keturunan yg bodoh
Pages: [1]
View full version: Ada isu sensitif, media dilarang buat liputan prosiding semakan kehakiman Najib


ADVERTISEMENT