maklukpenggoda Publish time 17-4-2024 09:13 PM

Ops Bersepadu: Penjawat awam, anggota polis sangkut 'urine test'

Edited by maklukpenggoda at 19-4-2024 08:54 AM

KOTA BHARU: Empat penjawat awam termasuk dua anggota polis antara 1,072 tahanan yang ditangkap melalui Ops Bersepadu dan Ops Bersepadu Sempadan yang dijalankan bermula 1 April sehingga semalam.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata semua suspek yang bekerja sebagai penjawat awam berusia 34 sehingga 54 tahun dan ditahan di Tumpat, Bachok dan Pasir Mas.
"Seorang anggota polis yang terbabit ditahan pada 4 April di ibu pejabat polis daerah (IPD), manakala seorang lagi pada 6 April lalu, di Lubok Setol, Pasir Mas.
"Dua lagi suspek masing-masing bekerja di Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Pertahanan. Hasil ujian saringan air kencing mendapati keempat-empat suspek positif dadah jenis Methamphetamine.
"Kes membabitkan penjawat awam terbabit akan disiasat mengikut Seksyen 39A(2), Seksyen 39A(1) dan Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya hari ini.
Muhamad Zaki berkata, melalui Ops Bersepadu dan Ops Bersepadu Sempadan itu, pihaknya merampas pelbagai jenis dadah seperti pil yaba, heroin, ganja, syabu serta air dan daun ketum bernilai lebih RM242,000.
"Semua 1,072 tahanan membabitkan 1,051 lelaki dan 21 wanita berusia antara 17 sehingga 59 tahun," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/04/1235854/polis-tahan-empat-penjawat-awam

supernaturalee Publish time 18-4-2024 09:06 AM

Muhamad Zaki berkata, melalui Ops Bersepadu dan Ops Bersepadu Sempadan itu, pihaknya merampas pelbagai jenis dadah seperti pil yaba, heroin, ganja, syabu serta air dan daun ketum bernilai lebih RM242,000.

pil yaba?
yaba-da-bedoo???

otai_g Publish time 18-4-2024 09:14 AM

Jangan pilih jalan hitam.

cashewnut Publish time 18-4-2024 09:21 PM

Buang. Banyak lagi orang lain yang tak isap dadih ni nak kija betul2 tak nak high

sharlenetexas Publish time 18-4-2024 09:29 PM

supernaturalee replied at 18-4-2024 09:06 AM
pil yaba?
yaba-da-bedoo???

Macam kucing happy happy happy.


supernaturalee Publish time 19-4-2024 08:19 AM

cashewnut replied at 18-4-2024 09:21 PM
Buang. Banyak lagi orang lain yang tak isap dadih ni nak kija betul2 tak nak high

klu dadah mmg gomen akn buangcuma still ada sop nk kena lalu ape
takes time jgk

najib888 Publish time 19-4-2024 08:24 AM

supernaturalee replied at 18-4-2024 09:06 AM
pil yaba?
yaba-da-bedoo???

Tu la Pil Kuda… boleh transform jadi Stallion liaq.,

supernaturalee Publish time 19-4-2024 08:28 AM

najib888 replied at 19-4-2024 08:24 AM
Tu la Pil Kuda… boleh transform jadi Stallion liaq.,

ye ke
wowwwwwwwwww


{:8_650:}


Pages: [1]
View full version: Ops Bersepadu: Penjawat awam, anggota polis sangkut 'urine test'


ADVERTISEMENT