maklukpenggoda Publish time 17-4-2024 09:36 PM

Raya haji pun dijangka sesak teruk

Edited by maklukpenggoda at 17-4-2024 09:38 PM

Selepas menempuh kesesakan trafik sehingga berbelas-belas jam ketika pulang semula ke ibu kota sempena Aidilfitri kali ini, adakah anda sanggup untuk mengharungi situasi sama sempena hari raya korban pada Jun ini?

Aidiladha kali ini juga dijangka berlaku kesesakan luar biasa apabila hari raya pertama korban dijadualkan pada 17 Jun iaitu Isnin, manakala hari raya kedua pula Selasa.

Hari raya pertama korban adalah cuti kelepasan am, manakala raya kedua berkemungkinan akan diberikan cuti umum dan sekolah pula mungkin mengambil cuti peristiwa,…


https://www.kosmo.com.my/2024/04/17/raya-haji-pun-dijangka-sesak-teruk/

akies Publish time 17-4-2024 10:26 PM

Nasibla ;P berhijrah beramai2 ke negeri org..
Pastu bersesak2 kembali balik kampung :lol:

Triple_8 Publish time 17-4-2024 10:36 PM

Jangan balik Kelantan! Air masih tiada!

axl_bach Publish time 17-4-2024 11:13 PM

Adakah punca kesesakan luar biasa ni sbb tempoh tol percuma yg pendek membuatkan ledakan kereta yg berganda sbb semuank tol percuma?

Firenzza Publish time 17-4-2024 11:17 PM

axl_bach replied at 17-4-2024 11:13 PM
Adakah punca kesesakan luar biasa ni sbb tempoh tol percuma yg pendek membuatkan ledakan kereta yg b ...

Semua dh mampu beli keta...keja di perantaun masyuk lebat, nk harap negeri sendiri idok le merasa

hyie Publish time 17-4-2024 11:33 PM

sorry raya haji iols malas nak balik sebab serik jem lama sangat :lol:

lurve82 Publish time 18-4-2024 09:01 AM

aku kena balik ganu..ada kenduri...adoi la..skrg jgk aku tempah tiket flight

pp_gurl Publish time 18-4-2024 09:06 AM

jom la kita ramai2 raya di bandar..wujudkan suasana raya
takde le bersesak kat hiway berbelas jam

Herlina Publish time 18-4-2024 09:13 AM

Dah 7 tahun tak balik kmpg raya Korban ni. Syukur mak pun paham kita bertugas kat masjid untuk program korban.

lagipun tak lalu wehh cuti sekejap tapi buang masa kat highway je.

vanilacup Publish time 18-4-2024 09:23 AM

Kesimpulan kalau cuti byk lagi sambunglah cuti Selasa ke atas...
:lol:
Kalau tak maka Selasa naiklah ofis kerja mcm biasa:bye:

orkid_amani Publish time 18-4-2024 09:36 AM

Aii tak rasa raya haji ni ramai yg balik sbb raya haji tengah bulan..17&18hb Jun tu jatuh Isnin- Selasa. Sekolah pun xdak bg cuti tambahan mcm cuti raya posa. Yg balik pun myb yg raya dekat2 ja kot. Xkn laa yg dah hadap jem belas2 jam gigih lg nk balik beraya:o:o

bulalof Publish time 18-4-2024 09:39 AM

syarat sah beraya bukan kena balik kampung.

venom1 Publish time 18-4-2024 09:49 AM

Pokcik kena balik Kelate jugak Raya Korban ni. Gerak Jumaat dan balik Rabu.

naina Publish time 18-4-2024 09:56 AM

axl_bach replied at 17-4-2024 11:13 PM
Adakah punca kesesakan luar biasa ni sbb tempoh tol percuma yg pendek membuatkan ledakan kereta yg b ...

Takkan lah sebab harga tol percuma yang cuma berapa sen je pun sanggup tunggu sampai last cuti..adoii. aku balik Klate hari Ahad, lengang macam bukan balik raya..lepastu naik KL raya kedua malam pun sama..memang nak elak jem..dan temujanji keluarga belah Selangor jugak..fuhhhhh idakla aku berfikiran last cuti baru naik KL

damsel_fiji Publish time 18-4-2024 10:04 AM

tu dia dalam mengeluh kesah takdek duit..menggelupo jugak balik kampung setiap kali cuti..dekat KL x boleh beraya ke :lol:

midori888 Publish time 18-4-2024 10:07 AM

mcm first time balik beraya plak diorg nie...

Suchi Publish time 18-4-2024 10:08 AM

axl_bach replied at 17-4-2024 11:13 PM
Adakah punca kesesakan luar biasa ni sbb tempoh tol percuma yg pendek membuatkan ledakan kereta yg b ...

Raya baru ni masa tol percuma tu clear je jln. Iols balik ari isnin 8hb tu mana ada jalan jem.Taktaula sbb pahang kot tak jem la sgt mcm alik kelate nun. Serupa hari biasa je. Awal kemain sampai sempat singgah sana sini sbb awal lg malas la duk lepak awal2 kat kg yg tgh gelombang haba tu.
Tp takdir tuhan bila iols sampai kg langit nampak mendung je tau2 ptg tu hujan
Mil kata tu la pestime hujan sejak last time hujan masa iols balik awal bulan lps.
Kiranya time iols blk kg je hujan turun walau sblm tu berminggu2 tak hujan.

Suchi Publish time 18-4-2024 10:12 AM

naina replied at 18-4-2024 09:56 AM
Takkan lah sebab harga tol percuma yang cuma berapa sen je pun sanggup tunggu sampai last cuti..ad ...

Jumaat ngn sabtu je kan jem, sama la isnin pun tak jem. Heran time blk kg jem tak seteruk masa balik kl.
Haah ummah kelate tak perlukan sgt tol free tu sampai bentong je pun melainkan dorang nk lalu ikut LPT.

Iols masih tertanya knp time nk blk KL jem teruk padahal raya ke2 lagi org dh berpusu2 balik KL. Sampai isnin pun jem teruk lg kat highway karak tu.
Raya hj ni cuti 4 hari je nk tanak kena hadap lg la jem dah la tiap minggu highway karak tu jem org suka jln2 ke pahang sbb dkt kan.

prettyuglybabe Publish time 18-4-2024 10:30 AM

sejak bila pulak raya haji cuti 2 hari..
sehari yang biasa ni pun dah cukup..
nak cuti panjang, apply cuti tahunan tu..
jadah nak simpan cuti banyak-banyak..
bukan boleh bawak masuk kubur pun..

She-Ra Publish time 18-4-2024 10:34 AM

bertabahla semua
iols boleh tarik napas lega dh tahun ni sebab dh kerja di negeri kelahiran dan hanya perlu merentas desa utk balik kg ;P

yg kesian belah2 pata timo.. siapa balik situ, mmg kena hadap jem
kita yg belah utara selatan ni ok lg, boleh la cuba gerak lepas jam 12 malam dan sebelum jam 5pagi.. pernah buat, mmg agak aman, kereta ada tp tak sesak
Pages: [1] 2 3
View full version: Raya haji pun dijangka sesak teruk


ADVERTISEMENT