maklukpenggoda Publish time 17-4-2024 09:45 PM

Samakan politik negara serupa rejim Korea Utara, Chegubard akan lawan MCMC jika ditahan

CYBERJAYA – Aktivis pembangkang, Badrul Hisham Shaharin meluahkan hasrat bersedia ‘lawan’ Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) jika ditahan agensi itu.
Bahkan, beliau yang juga Pengerusi Sekretariat Pembela Tanah Air (Peta) menyifatkan suasana politik negara ketika ini telah menyerupai pemerintahan kejam rejim Korea Utara.
“Kalau ditakdirkan dia (MCMC) guna kuasa tangkapan, saya tiada masalah malah berjanji akan sedia menawarkan perlawanan terbaik demi rakyat kita,” katanya kepada pemberita sebelum hadir bagi memberikan keterangan di MCMC di sini bersama-sama Salim Iskandar di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Mereka dipanggil bagi disiasat di bawah Seksyen 233 akta berkenaan yang jika disabitkan kesalahan boleh didenda maksimum RM50,00 atau dihukum penjara sehingga satu tahun.
Turut dipanggil ialah Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali sebagai Papagomo yang memberi rakaman percakapan atas kes sama di Balai Polis Setapak di ibu negara.
Mengulas lanjut, beliau yang lebih mesra dengan panggilan Chegubard mendakwa tidak tahu-menahu kenapa dirinya diminta datang dan bagi kertas siasatan untuk kes apa pula.
Pada 9 April lalu, Badrul Hisham hadir ke Unit Siasatan Jenayah Terkelas di Bukit Aman kerana satu hantaran menerusi akaun media sosialnya yang didakwa berbaur hasutan.
Walau bagaimanapun, beliau enggan pula menyerahkan sebarang komputer peribadi yang digunakan untuk memuat naik status tersebut kerana menyifatkan ia salah guna kuasa. – KOSMO! ONLINE

nazzse Publish time 17-4-2024 11:07 PM

Saya sokong cikgu.

Saya pun pernah kena, hanya sbb bagi pandangandkt ig menteri dia, hahh terus officer MCMC call. Nampak sangat tak boleh terima negative comment puak ni

Triple_8 Publish time 17-4-2024 11:50 PM

nazzse replied at 17-4-2024 11:07 PM
Saya sokong cikgu.

Saya pun pernah kena, hanya sbb bagi pandangandkt ig menteri dia, hahh terus...

Kesingapuraan kerajaan madanon semakin terserlah. ;P

stingerkentot Publish time 18-4-2024 12:09 AM

Jgn Korea Utara .. Palestin pun ko tak pernah sampai lagi mau sembang. Kalau kt KR dah lama ko merepot kurus kering kena torture tendang perot berlemak berlapis yg mcm kek Sarawak tu.
Poodahhhh!!!

:lol::lol:

tripleid Publish time 18-4-2024 09:30 AM

Bodohnya cytro PN..buat fitnah dgn kritik pon tak tahu beza..kalo zaman Mahafiraun dulu selamat dah ko kenasumbat dlm lokap ISA tanpa dakwa-dakwi.


takat kena panggil dgn mcmc yg mcm inteview keje tu pon dah nak menggelupor samakan dgn korea utara bagai.Lemahhh!!
Pages: [1]
View full version: Samakan politik negara serupa rejim Korea Utara, Chegubard akan lawan MCMC jika ditahan


ADVERTISEMENT