CARI-Author Publish time 18-4-2024 08:47 AM

[Edisi Bodoh?] Menanggung Kerugian Tiket Flight Lebih RM500, Salahkan Boarding Pass Tak Tulis AM PM!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEilReTnPo-rVGWDB0LGRj3KyOaJBgBi17HEc7d0KHqgESgbhWnpLR03Yf1AkwtIfpzH_mXr6jU0gAskUjupyU_N_Dz9KeOix8fCygZyUW6eR6JTvtO1oc2qY7WrHH9deLPrTV2KrEZ3_1vW/s1600/Image_5.jpg
Gambar hiasan flight.

HARGA tiket penerbangan biasanya akan meningkat setiap kali tibanya musim cuti atau perayaan.

Situasi sama turut dirasai di Malaysia, apatah lagi buat anak perantau yang berasal dari Sabah dan Sarawak.

Terbaharu, seorang pemuda tular selepas dia berkongsi kisah adiknya yang terlepas penerbangan dari Sandakan ke Kuala Lumpur pada Isnin.

Dakwa pemuda itu, adiknya terlepas penerbangan gara-gara kekeliruan yang timbul disebabkan sistem masa yang digunakan oleh sebuah syarikat penerbangan.

"Ramai orang Sandakan tertinggal flight ke semenanjung. Baru perasan ada juga penerbangan 1.15 pagi dari Sandakan ke Kuala Lumpur.

"Aku ingatkan adikku saja tertinggal flight, rupanya ramai. Dalam boarding pass juga tidak ditulis AM atau PM.

"Hanya ditulis 1.15, tidak semua orang boleh tahu kiraan jam begitu pagi atau petang. Automatik hangus tiket harga RM500++," ujar individu itu di Facebook.

Bercerita lanjut, pemuda itu berkata mereka membuat semakan untuk membeli tiket baharu pada hari kejadian, namun harganya cukup mengejutkan.

"Apabila check harga hari ni tiket RM1,200. Masya-Allah. Kepada kawan-kawan yang balik kampung, semak tiket flight betul-betul.

"Jangan sampai macam kes adik aku ni terlupa tengok waktu penerbangan. Moga kalian selamat sampai di tempat yang dituju," ujarnya sambil menambah adiknya terpaksa memanjangkan cuti ekoran kejadian berkenaan.

Perkongsian pemuda itu tentang nasib adiknya yang juga merupakan seorang pelajar di sebuah kolej di Bangi, Selangor bukan sahaja dihujani pelbagai komen, malah ia turut ditularkan sehingga ke laman X.

"Bukan ke sewaktu kita beli tiket, kita sendiri pilih waktu flight? Dan kiraan masa dalam website tu pun guna 24 jam?

"Penerbangan guna sistem 24 jam. Kalau 1 tengah hari, dia akan guna 1300.

"Airlines memang guna sistem 24 jam, bukan 12 jam yang ada AM/PM," ujar netizen.

CARI-Author Publish time 18-4-2024 08:47 AM

https://scontent.fkul2-3.fna.fbcdn.net/v/t39.30808-6/438031941_923795569526209_4926062802399945542_n.jpg?_nc_cat=111&ccb=1-7&_nc_sid=5f2048&_nc_ohc=Dxg5NHmsOC0Ab5DGV55&_nc_ht=scontent.fkul2-3.fna&oh=00_AfC5Jc70GAank7cbR2B6Lk3NdQobOdR2WZ7gHCsPZ1-pBw&oe=66265548

CARI-Author Publish time 18-4-2024 08:47 AM

https://scontent.fkul2-3.fna.fbcdn.net/v/t39.30808-6/437937239_923804192858680_7149970407118794914_n.jpg?_nc_cat=107&ccb=1-7&_nc_sid=5f2048&_nc_ohc=e1rf9ZVNYpsAb4VqNTJ&_nc_ht=scontent.fkul2-3.fna&oh=00_AfBZ1f0ubiW7oGstVek7XZsIeF5L9GWaRtdaChP1qhh1CQ&oe=6626351C

Kitty_catz Publish time 18-4-2024 08:55 AM

ni la saksi dak2 sunat laser ni betapa incompetence nyierrr

hat ni yg salu anto cv , masuk iterbiu keja rejekkkkkk;P


takkan masa beli tiket tu tak nampak time hat lain2 ? kut dapat 21.35 tu acaner ke gayanyer nak pi epot sbb takde digit 21 tu kat muka jam

bebaiii ;P

sara_thrash Publish time 18-4-2024 08:57 AM

betul ke ramai yang tertinggal ntah ntah ko sorang je yang tak cerdik.

midori888 Publish time 18-4-2024 09:02 AM

Kitty_catz replied at 18-4-2024 08:55 AM
ni la saksi dak2 sunat laser ni betapa incompetence nyierrr

hat ni yg salu anto cv , masuk iterbiu...

Taktau lah nie bengap level brapa....haih...

vespa_oren Publish time 18-4-2024 09:07 AM

sebenarnya aku pun keliru gak masa beli tiket raya, sebab x pernah flight terbang tengah malam, masa tu pukul 12:05minit gitu, tapi murah sangat rm200+ jer harga, masa tu tiket semua dh dekat rm400, check balik masa bru perasan mungkin jika bukan adik dia beli boleh dimaafkan

vespa_oren Publish time 18-4-2024 09:09 AM

sara_thrash replied at 18-4-2024 08:57 AM
betul ke ramai yang tertinggal ntah ntah ko sorang je yang tak cerdik.

ada yg tertinggal pompuan viral kt tik tok nk balik sarawak dari j.b, salah tgk masa juga
jika selalu naik flight memg ko xsangka ada flight tgh malam waktu gitu

Decaffeinated Publish time 18-4-2024 09:19 AM

Even tak tulis AM / PM but why assume PM? Banyak level kebodohan ni.

star_karat Publish time 18-4-2024 09:26 AM

01.00 ni petang ke malam. Nak kena tunjal ke budak ni.

orkid_amani Publish time 18-4-2024 09:29 AM

Setau aii last flight masa raya mmg depend on demand..kalau hari biasa last flight pukoi12mlm. Tuhari husband aii duty mlm raya mmg last flight pukoi130 pagi..

renko Publish time 18-4-2024 09:41 AM

nama tak padan dengan rupa

rikiruj Publish time 18-4-2024 09:43 AM

Dulu aku pun ada terconfuse masa beli sendiri tiket online, malah pernah buat kesilapan beli tiket 1.30 pagi, ingatkan 1.30 ptg.Dah beli lepas tu check balik baru perasan salah timing. Tapi aku ambik perkara tu kesalahan sendiri la sebab ada timing flight lain in 24 hrs format.Pikir balik memang lagi senang nak tersilap kalau guna 12hr am/pm format berbanding 24 hr format.

Lampuled Publish time 18-4-2024 09:47 AM

Bukam ke kalu pakai format 24hrs tak prlu titik bertindih (:) tu? Should be 0115. Titik bertindih biasanya utk format 12hrs.

_blackbird Publish time 18-4-2024 09:55 AM

ramai yg tertinggal flight? ermm 1 je nak tanya. org sandakan ni mmg bodoh benak buta huruf tak pandai baca jam ke? #tanyaje.. sebab ramai yg tertinggal flight sebab tak boleh bezakan 24HR format tu. curious gak. :$

Kitty_catz Publish time 18-4-2024 10:12 AM

midori888 replied at 18-4-2024 09:02 AM
Taktau lah nie bengap level brapa....haih...

ntoh le sis, makin lama, mcm makin benak memasing pun

ritu pun ada minah ni buat live kat fesebuk kut sama kes.. flight kul 0135 , depa skuarge nak balik sabah swak sana , pi epot 10am ;P siap ckp wahh kami tiba awal ye 3 jam sebelum flight ;P , sekali dia nak print boarding pass tak muleh,,, lawakkk sehhh ;P dah le muka cam opera cina dgn eye shadow mcm baru kena tumbuk dua belah mata ;P

konpiden tinggi sungguh mcm beli kat sopee guna spaylater ;P

Decaffeinated Publish time 18-4-2024 10:39 AM

vespa_oren replied at 18-4-2024 09:07 AM
sebenarnya aku pun keliru gak masa beli tiket raya, sebab x pernah flight terbang tengah malam, masa ...

Kalau 12.05 AM dia akan tulis 00:05

She-Ra Publish time 18-4-2024 10:41 AM

aduh dekkk.. system 24jam dekkk
takpe pengalaman mengajar

Decaffeinated Publish time 18-4-2024 10:42 AM

Lampuled replied at 18-4-2024 09:47 AM
Bukam ke kalu pakai format 24hrs tak prlu titik bertindih ( tu? Should be 0115. Titik bertindih bi ...

It's either 1.15 AM atau 01:15

Kalau polis report dorang biasa tulis jam 0115 hours

Posh_Madelyn Publish time 18-4-2024 10:44 AM

Tahun 4 sekolah rendah belajar topik masa, klu x sure call lah AirAsia..ckp bongok kang marah..
Pages: [1] 2 3 4
View full version: [Edisi Bodoh?] Menanggung Kerugian Tiket Flight Lebih RM500, Salahkan Boarding Pass Tak Tulis AM PM!


ADVERTISEMENT