FOTHER-MUCKER Publish time 19-4-2024 08:12 AM

Jumpa rangka terpisah dengan tengkorak di kuarters guru

Edited by FOTHER-MUCKER at 18-4-2024 04:13 PM


Jumpa rangka terpisah dengan tengkorak di kuarters guru


[*]Oleh IVAN AMIRUL
[*]18 April 2024, 5:39




https://i.postimg.cc/BQgbMp8J/IMG-3100.jpg

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/04/WhatsApp-Image-2024-04-18-at-17.27.29_3919a986.jpgPenemuan beberapa bahagian tulang yang dipercayai rangka manusia ditemui di sebuah bangunan kuarters perumahan guru terbiar di Membakut, Beaufort, Sabah.


BEAUFORT – Dua pekerja ditugaskan membersihkan kawasan sebuah bangunan kuarters perumahan guru terbiar di Membakut dikejutkan dengan penemuan beberapa bahagian tulang yang dipercayai rangka manusia semalam.
Dalam penemuan kira-kira pukul 9 pagi itu, rangka manusia berkenaan ditemui di sebuah bilik.
Pemangku Ketua Polis Daerah Beaufort, Asisten Superintendan Weddrin Mojingkin berkata, dua pekerja terbabit ditugaskan membersihkan kawasan bangunan yang dikatakan terbiar sejak lima tahun lalu.
“Hasil siasatan mendapati, rangka manusia terbabit masih lengkap berpakaian dan berada dalam keadaan terlentang. Bagaimanapun, badan rangka berkenaan terpisah dengan tengkorak kepala yang ditemui di kedudukan sisi badan mayat.
“Berdasarkan keadaan mayat yang hanya tinggal tulang, tempoh kematian dianggarkan sudah lama. Difahamkan, tempat ini sudah lama ditinggalkan kosong tanpa penghuni sejak kira-kira lima tahun lalu,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurut Weddrin, siasatan lanjut turut menemui satu wayar putih tersimpul bulat yang tergantung di atas kipas di bilik berkenaan selain kerusi plastik yang rebah berhampiran dengan kedudukan mayat berkenaan.
“Identiti mayat setakat ini masih belum dikenal pasti dan polis tidak menemui sebarang kesan perbuatan jenayah yang di tempat penemuan. Kertas siasatan kini sudah dibuka dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut berdasarkan siasatan lokasi kejadian,” katanya.
Sementara itu, Weddrin memaklumkan semua tulang berkenaan sudah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk tujuan bedah siasat bagi mengenal pasti identiti mangsa dan punca sebenar kematian.
“Usaha mencari orang awam yang kehilangan ahli keluarga juga sedang giat dilakukan,” katanya. – KOSMO! ONLINE



najib888 Publish time 19-4-2024 08:21 AM

Bunuh diri?

supernaturalee Publish time 19-4-2024 08:35 AM

bunuh diri tanpa sape pun tau


misc Publish time 19-4-2024 09:44 AM

Mcm bunuh diri sebab ada kerusi dan wayar. Mesti mayat tergantung lama sampai mereput, kepala pun putus dan jatuh terlentang. Kalau betul bunuh diri ok la.
Harap bukan kes bunuh tapi pembunuh create scene mcm bunuh diri. Kesian mangsa tak dpt prmbelaan.

epullipan Publish time 19-4-2024 09:52 AM

kalau tinggal tulang apa yang bole dibedah siasat? mohon pencerahan

kakikuDibibirmu Publish time 19-4-2024 10:18 AM

Terpisah tak apa, tak sengaja, dimaafkan di sisi syarak, selagi ada "ter" memang tak apa:$:rf:{:mlshy:}{:shyo

supernaturalee Publish time 19-4-2024 10:44 AM

epullipan replied at 19-4-2024 09:52 AM
kalau tinggal tulang apa yang bole dibedah siasat? mohon pencerahan

tak pernah tgk citer Bones la tuuuuuu


:P

prettyuglybabe Publish time 19-4-2024 11:09 AM

tengkorak beliau macam tengah ketawa besar..

ultra78 Publish time 19-4-2024 11:22 AM

Semoga @dua_chzy selamat di sana

melinda_kerr Publish time 19-4-2024 12:04 PM

misc replied at 19-4-2024 09:44 AM
Mcm bunuh diri sebab ada kerusi dan wayar. Mesti mayat tergantung lama sampai mereput, kepala pun pu ...

rasa mcm tu gak.. dgn kerusi jatuh terlentang mcm tu.. tpi kesiannya 5 tahun tapi tkdpt dicari kan...

dua_chzy Publish time 19-4-2024 12:05 PM

ultra78 replied at 19-4-2024 03:22 AM
Semoga @dua_chzy selamat di sana

Choi.

Ni mayat drug addict or homeless person ghasanya. Memang dia tinggal senyap2 kat sana kot berdasarkan kotak rokok bapak banyak dekat mayat dia tu.

SalenaGomez Publish time 19-4-2024 12:06 PM

Ooooomaaaaio serem nyaa

I.K.A888990 Publish time 19-4-2024 12:13 PM

5 thn terbiar
jgn kang ada lagi junpa rangka lain

ultra78 Publish time 19-4-2024 02:28 PM

dua_chzy replied at 19-4-2024 12:05 PM
Choi.

Ni mayat drug addict or homeless person ghasanya. Memang dia tinggal senyap2 kat sana kot b ...

Uols pernah tinggal di kuarters?

manjalara_01 Publish time 19-4-2024 06:13 PM

supernaturalee replied at 19-4-2024 10:44 AM
tak pernah tgk citer Bones la tuuuuuu

Ok saje la nk share yea, setahu i la, forensik tgk tulang2 ni boleh tahu

1) jantina
2) umur
3) kemungkinan punca kematian
4) berapa tahun/lama dia mati
5) bangsa apa
6) etc

Tu je yg i ingat sbb memori tgk cite csi/ crime dokumentari dah berkarat :loveliness:

mzzenma Publish time 19-4-2024 07:55 PM

epullipan replied at 19-4-2024 09:52 AM
kalau tinggal tulang apa yang bole dibedah siasat? mohon pencerahan

nanti forensik anthropologist akan tengok tulang2 and determine profail simati, dah berapa lama mati and kalau ada any trauma pada tulang2 tu

meolls peminat setia bones

ninja boy Publish time 19-4-2024 07:58 PM

Wargasing aman2 berumah rumah tinggal

dellashrill Publish time 19-4-2024 08:17 PM

supernaturalee replied at 19-4-2024 10:44 AM
tak pernah tgk citer Bones la tuuuuuu

best wooo cite bones.. masa preggy tahun lepaas layan bones sokmo.

dellashrill Publish time 19-4-2024 08:18 PM

mzzenma replied at 19-4-2024 07:55 PM
nanti forensik anthropologist akan tengok tulang2 and determine profail simati, dah berapa lama ma ...

me too. peminat bones.

Suchi Publish time 19-4-2024 08:37 PM

supernaturalee replied at 19-4-2024 10:44 AM
tak pernah tgk citer Bones la tuuuuuu

Iols peminat cite bones, ada lg ke ye? Sbb dh takda astrok tak tgk dahlaa
Tgk cite bones tak rasa geli plak bila tgk rangka2 berlemoih yg dorang siasat tu tp kalau tgk yg real nih kembang gak tengkuk
Maybe sbb kita tau tu cuma props je bkn betul so tak geli la kot serupa tgk hantu2 dlm pilem la.
Pages: [1] 2
View full version: Jumpa rangka terpisah dengan tengkorak di kuarters guru


ADVERTISEMENT