ultra78 Publish time 19-4-2024 08:58 AM

Google pecat 28 pekerja gara-gara protes projek kerjasama dengan Israel

Google pecat 28 pekerja gara-gara protes projek kerjasama dengan Israel
Agensi
18/04/2024 16:24 MYT




GOOGLE memecat 28 pekerjanya pada Rabu selepas mereka terlibat dalam protes terhadap projek Nimbus, iaitu kontrak layanan perkomputeran awan bernilai AS$1.2 bilion dengan kerajaan Israel, dan membabitkan Amazon.

Pekerja di kedua-dua syarikat itu mendakwa perjanjian berkenaan menghasilkan teknologi canggih dengan dikuasakan kecerdasan buatan (AI) untuk kegunaan anggota keselamatan Israel sekali gus menyumbang kepada pembunuhan warga Palestin di Gaza dan Tebing Barat.

Portal The Intercept dan Time juga melaporkan bahawa projek Nimbus membekalkan perkhidmatan yang boleh diakses oleh Angkatan Pertahanan Israel.

Pemecatan itu, yang disahkan Google, berlaku beberapa jam selepas sembilan pekerja ditahan polis pada Selasa selepas melakukan mogok duduk di hadapan pejabat Ketua Pengarah Eksekutif Google Cloud Thomas Kurian di Sunnyvale, California, serta sebuah lagi pejabat di New York.



Kesemua sembilan pekerja itu dipecat, bersama 19 lagi peserta protes lain.

Gerakan tunjuk perasaan itu dilakukan dengan dipimpin kumpulan aktivis yang dinamakan 'No Tech For Apartheid' yang mendesak Google dan Amazon untuk membatalkan kontrak projek Nimbus.

Jurucakap Google Anna Kowalczyk dalam satu kenyataan berkata, para pekerja itu dipecat dari tugas selepas siasatan dalaman mendapati 'mereka bersalah kerana secara fizikal menghalang pekerja lain daripada menjalankan tugas dan mengakses kemudahan pejabat'.

rospinki Publish time 19-4-2024 09:04 AM

netflix tu pon sama asik promot cerita pasal isral teraniaya. aku ni tak reti nk explain yg aku tgk movie2 dlm nets tu penuh dg psal peperangan jerman yahudi dan last kli tgk filem epic pasal nabi musa versi yahudi hahaha bodo punya yahudi mcm la aku percaya.:laugh3: hbis gugel ni kita nk boikot ke guane? chrome lembab mic exploreer lagi la mcm acik senah sembang je lebat.

Dwdrum Publish time 19-4-2024 09:12 AM

Edited by Dwdrum at 18-4-2024 05:13 PM

Hire pekerja baru... Google tiada issue cari staff baru... This fuckers troublemaker ingat depa ada priviledge.. Mahu buat seperti UCLA and UCB... Some perlu tamat kan visa hantar balik dari mana depa belong

airfilterkotor Publish time 19-4-2024 09:32 AM

Salah.
McD dan KFC lagi yahudi. :lol:

ultra78 Publish time 19-4-2024 09:43 AM

Boikot android

:lol:

bakingsoda Publish time 19-4-2024 10:56 PM

impressive gak dorang sanggup dipecat dr Google kot

green~tea Publish time 19-4-2024 11:00 PM

Alhamdulillah kami bekerja di company milik lokal... usahakan bisnes lokal...
Pages: [1]
View full version: Google pecat 28 pekerja gara-gara protes projek kerjasama dengan Israel


ADVERTISEMENT