maklukpenggoda Publish time 19-4-2024 08:45 PM

Pelajar meninggal dunia merentas desa jantung berlubang

Edited by maklukpenggoda at 20-4-2024 07:58 AM

KUALA PILAH: Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Deputi Superintenden Syahrul Anuar Abdul Wahab berkata, dalam kejadian jam 8 pagi itu, pelajar terbabit Nuqman Naufal Shamsul Fadzli, 14, dikatakan rebah dan tidak sedarkan diri sebaik menghampiri garisan penamat.

"Allahyarham dan seramai 700 pelajar lain telah mulakan larian merentas desa sepanjang tujuh kilometer.

"Semasa pelajar itu hampir di garisan penamat iaitu lebih kurang 50 meter, dia telah rebah dan tidak sedarkan diri," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, guru yang berada di lokasi telah cuba memberikan bantuan pernafasan tetapi pelajar itu tidak menunjukkan sebarang tindak balas.

Ujarnya, pihak sekolah kemudiannya telah menghubungi talian 999 dan dia kemudiannya telah dibawa oleh ambulans ke Unit Kecemasan, Hospital Tuanku Ampuan Najihah untuk tindakan lanjut.

"Ambulans tiba di Unit Kecemasan kira-kira jam 10.15 pagi dan setelah hampir sejam memberikan bantuan, akhirnya pelajar itu disahkan meninggal dunia," katanya.

Sementara itu katanya, berdasarkan keterangan daripada bapa Allahyarham, dia menghidap penyakit jantung berlubang sejak tahun 2016.

Malah katanya, dia turut mempunyai kad rawatan bagi penyakitnya dari Institut Jantung Negara (IJN) dan dibekalkan dengan ubat-ubatan daripada IJN pada setiap masa.

"Buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). Siasatan lanjut masih dijalankan," katanya. - Sinar Harian





akies Publish time 19-4-2024 11:32 PM

Patutnya si ibu tk benarkan arwah berlari sbb
keadaan jantung dan faktor kesihatan.
Adakah si ibu tktau risiko semua ni?
Takkan nak salahkan pihak sekolah sebab tak semua tau
keadaan kesihatan anak kita.

Apapun takziah diucapkan pada keluarga.
Pihak sekolah pula lepas ni kena menjawab dengan ppd dan
atasan.

Huhu

maklukpenggoda Publish time 20-4-2024 07:46 AM


7ycrqnoK_pI

dua_chzy Publish time 19-4-2024 08:51 PM

Edited by dua_chzy at 19-4-2024 12:52 PM

Aiyoh...Dah la sakit jantung, ntah2 dah veksin pula kan. Syukur tadi weols buat menda ni takda yang mati. Apsal la kau pi lari dek. Patutnya bila cikgu tanya sapa ada penyakit, kau angkat tangan dek.

lightheaded67 Publish time 19-4-2024 09:00 PM

mmg syarat rentas desa budak2 skolah kena 7km yek, ke lain skolah lain km nye? taktau. takleh revise ke huhu

Ahriman Publish time 19-4-2024 09:03 PM

Innalillah
Salam Takziah
Klau mcm ni boleh saman sekolah?KPM ke?

Manjahati Publish time 19-4-2024 09:07 PM

Innalillah…takziah utk keluarga..tapi kan Klu dh mmg ada sakit jantung berlubang napalah suh lari rentas desa tu…apaknya tau x tu acara rentas desa sekolah tu hari ni.? Cikgu2 sekolah tu x tau ke arwah ni ada sakit jantung berlubang..

Dovahkiin Publish time 19-4-2024 09:11 PM

Sblm merentas desa kan sekolah da bagi surat kebenaran. Klu ada penyakit jantung, kenapa benarkan anak pegi lari?

aechae Publish time 19-4-2024 09:19 PM

Kt X ada sorg parent anak sebaya skolah ctu kata kawan2 yg tau mmg larang dh xyah lari, tp budak tu nk jugak katanya…

green~tea Publish time 19-4-2024 09:21 PM

7 km kau?????????


Setakat lari geli2 kat skolah tu kau buat 3-5 km je dah lah...... level fun run je takat merentas desa skolah tu..apsal ko pulun sangat... haaaa

shernazz Publish time 19-4-2024 09:23 PM

lightheaded67 replied at 19-4-2024 09:00 PM
mmg syarat rentas desa budak2 skolah kena 7km yek, ke lain skolah lain km nye? taktau. takleh revise ...

Sekolah aanak iols 4km je..
Merentas la pokok2 ...redup je..
Tapi Anak iols tak dpt tempat apa pung..
Percubaan.dpt.no 6..huhu

kakikuDibibirmu Publish time 19-4-2024 09:24 PM

Masa ni lah nak raya masa ni jugaklah dia nak merentas desa

lightheaded67 Publish time 19-4-2024 09:45 PM

shernazz replied at 19-4-2024 09:23 PM
Sekolah aanak iols 4km je..
Merentas la pokok2 ...redup je..
Tapi Anak iols tak dpt tempat apa pun ...

kira ikut pengurusan skolah la yek, harap acik gomen buat stended range. sbb nya budak2 yg dh diagnos sakit ok lah,boleh tak masuk kan... kot mana yg ade jantung tp tak di diagnos/sakit tak timbul lagi, pastu tiber pulun sbb taktau?? takut ler..... dh ramai2 tu.cikgu2 pun tak carry risiko bnyk sgt kalau dh manja manja je jarak rentasnya.huhu takziah la pd family. tp 7km tu mcm jauh lah utk budak skolah huhu riso kadg nengok, dgn badan masing2 kurus kering nye. kesian lah huhu

manopBKK Publish time 19-4-2024 09:46 PM

innalillahiwainnailaihirojiun

iman_kasih Publish time 19-4-2024 09:52 PM

Inna lillahi wainna ilaihi rojiun
Salam takziah.

vespa_oren Publish time 19-4-2024 10:08 PM

dua_chzy replied at 19-4-2024 08:51 PM
Aiyoh...Dah la sakit jantung, ntah2 dah veksin pula kan. Syukur tadi weols buat menda ni takda yang...

xkn cikgunya xthu
ank aku pas operate
nk lari rentas desa, cikgunya xbgi
nanges2 dia nk lari,
tpi cikgu xmhu tanggung risiko
aku bgi jer dia lari

kotakbaju Publish time 19-4-2024 10:20 PM

aechae replied at 19-4-2024 09:19 PM
Kt X ada sorg parent anak sebaya skolah ctu kata kawan2 yg tau mmg larang dh xyah lari, tp budak tu...

Ohh kisahnya.

Mungkin dah sampai 'masa' dia agaknya. Rasanya arwah pun sedar dia tak mampu nak join merentas desa tu ditambah pulak dengan penyakitnya. Tapi dah sampai seru. Semoga diampunkan segala dosa arwah dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan soleh dan dikurniakan ganjaran syurga buatnya.

Jitu Publish time 19-4-2024 10:31 PM

Takziah

oh ada rentas desa hari ni patut la td ramai bebudak berlari

Azharitubunga Publish time 19-4-2024 11:01 PM

Tahun lepas pun ada sorang ninggal rentas desa
Tahun ni ada juga..

slavehunter Publish time 19-4-2024 11:04 PM

Salam takziah pada adik ni. Bila sampai masa nye tidak lewat sesaat dan terlebih.

Mimo.mimo Publish time 19-4-2024 11:07 PM

Salam takziah buat keluarga. Dah sampai masanya.

I.K.A888990 Publish time 19-4-2024 11:20 PM

salam takziah
Pages: [1] 2 3 4 5
View full version: Pelajar meninggal dunia merentas desa jantung berlubang


ADVERTISEMENT