CARI-HBZ Publish time 19-4-2024 09:08 PM

Kereta BMW anak timbalan menteri rempuh sekatan polis

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202404/19/210845es4ggl6mgyl4wwym.png





BANGKOK – Anggota-anggota polis di daerah Chatuchak, Bangkok mengejar sebuah kereta milik anak seorang timbalan menteri yang dipandu laju malam semalam, lapor portal berita Thaiger.


Lelaki berusia 46 tahun itu memandu kereta sport BMW tetapi kenderaan tersebut merempuh penghadang polis yang sedang melakukan pemeriksaan di sebatang jalan raya.


Anggota-anggota polis kemudian melakukan pemeriksaan terhadap dirinya dan mendapati terdapat 183 miligram alkohol bagi setiap 100 mililiter darah sekali gus melebihi had undang-undang yang dibenarkan.


Menghadapi tuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol, lelaki itu berada dalam tahanan di balai polis Pracha Chuen.


Walaupun tingkah lakunya yang dilaporkan tidak bekerjasama dengan polis, dia berjaya mendapatkan pembebasan dengan membayar wang jaminan sebanyak 20,000 baht (RM2,595).


Pemandu itu bagaimanapun akhirnya dijatuhi hukuman penjara empat bulan dan denda 8,000 baht (RM1,038) kerana memandu di bawah pengaruh alkohol, kata Pejabat Peguam Negarahari ini. – AGENSI

Carcosa Publish time 19-4-2024 11:12 PM

Aku memati la ingat budak belia rumajah.
Yelah kan, nama pun ANAK timbalan munteri. Sekali je, ha engkauuu. Dah 46 tahun. Dan berkerituk uban dekat buls jembs.

I.K.A888990 Publish time 19-4-2024 11:18 PM

ingatkan dlm negara haha
Pages: [1]
View full version: Kereta BMW anak timbalan menteri rempuh sekatan polis


ADVERTISEMENT