CARI-HBZ Publish time 19-4-2024 09:10 PM

Baru umur 7 tahun sudah bergelar tunangan orang

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202404/19/211015d3mu76xnym7yynz5.png



JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan majlis pertunangan seorang kanak-kanak berumur tujuh tahun di Madura, wilayah Jawa Timur, lapor akhbar Tribunnews semalam.


Lebih mengejutkan, budak perempuan yang tidak didedahkan namanyaitu ditunangkan dengan seorang kanak-kanaklelaki yang juga berusia tujuh tahun.


Menerusi rakaman video yang dimuat naik dalam akaun TikTok @z0yaahmad, penduduk tempatan dilihat menghadiri majlis berkenaan dan menyaksikan pertunangan mereka.


Keluarga kanak-kanak lelaki itu membawa barang-barang hantaran termasuk emas.


Seorang ahli keluarganya menyarungkan perhiasan pada kanak-kanak perempuan itu sama seperti majlis pertunangan orang dewasa.


Menurut pemilik akaun TikTok tersebut, kedua-dua mereka dijodohkan sejak dari kecil dan akan berkahwin apabila memasuki usia dewasa. – AGENSI

SalenaGomez Publish time 20-4-2024 02:14 AM

Hurmmmm, lepas 10 tahun nanti viral lah video mantan datang ke acara pernikahan. Pastu pengantin pempuan pulak kalau x teriak time tu, maybe pengsan lah kot. Perangai ni rotate la sampai bila2 kat negara konoho tu

batmana Publish time 20-4-2024 11:15 AM

main pondok2 ni..versi indon

beatgirlX Publish time 20-4-2024 11:56 AM

Kalau x pelik2 x sah deme ni

sapeka Publish time 20-4-2024 11:58 AM

Lah
Anak kecik2 lagi dah pikir jodoh
Apo la
Tak de menda lain nak di pikir ke acik acik kat kampung tu

Takde m

airfilterkotor Publish time 20-4-2024 09:08 PM

SalenaGomez replied at 20-4-2024 02:14 AM
Hurmmmm, lepas 10 tahun nanti viral lah video mantan datang ke acara pernikahan. Pastu pengantin pem ...

Tunang awal, baru tak kalut. :lol:

airfilterkotor Publish time 20-4-2024 09:09 PM

Macam ikat pertalian saudara jauh jer ni.

dani-rox Publish time 20-4-2024 10:17 PM

semoga bila dah besar nanti, kedua2nya jumpa jodoh dgn org lain.

SalenaGomez Publish time 21-4-2024 01:42 PM

airfilterkotor replied at 20-4-2024 09:08 PM
Tunang awal, baru tak kalut.

Kalut2 pon nak pi mana :lol: last2 nanti kelaut ;P
Pages: [1]
View full version: Baru umur 7 tahun sudah bergelar tunangan orang


ADVERTISEMENT