FOTHER-MUCKER Publish time 20-4-2024 08:11 AM

Bekas KPN, Tun Hanif Omar meninggal dunia

Edited by FOTHER-MUCKER at 19-4-2024 04:18 PM

Bekas KPN, Tun Hanif Omar meninggal dunia.

April 20, 2024 @ 12:33am






https://i.postimg.cc/W4Z9pwxH/IMG-3104.jpg


KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meninggal dunia jam 2.15 pagi tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak Allahyarham, Abdul Rahmat Omar Mohamed Haniff. Dengan perasaan amat dukacita. Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.
Saya, Abdul Rahmat Omar bin Mohamed Haniff, ingin memaklumkan pemergian pulang ke Rahmatullah Ayahanda kami yang dikasihi, Tun Haji Mohammed Hanif bin Omar sekitar jam 2.15 pagi tadi, Sabtu 20 April 2024," kata Abdul Rahmat dalam kenyataan ringkas.
Urusan jenazah akan menyusul kemudian, jelas beliau lagi.
Tun Mohammed Hanif Omar (lahir 16 Januari 1939) merupakan Ketua Polis Negara Malaysia yang keempat dan juga Ketua Polis Negara paling lama berkhidmat iaitu selama 20 tahun.
Beliau dilantik sebagai KPN pada usia 35 tahun pada 8 Jun 1974 bagi menggantikan Tan Sri Abdul Rahman Hashim yang telah terbunuh ditembak komunis.
Dilahirkan di Teluk Intan, Perak, Haniff Omar menjadi Ketua Polis Melaka pada 7 September 1970, dan Ketua Polis Selangor pada 6 Disember 1971.
Pada 1 Februari 1973 beliau menjadi Timbalan Ketua Polis Negara.
Selepas persaraan pada Januari 1994, beliau dilantik sebagai ahli Suruhanjaya Memantapkan Pengurusan dan operasi-operasi PDRM 2004-2005.
Tun Hanif Omar adalah Penaung Yayasan Pengaman Malaysia.





Minami2013 Publish time 20-4-2024 09:12 AM

Innalillahiwainnailaihirojiun

Semoga Allah SWT merahmati rohnya, mengampuni segala kesalahannya, menjadikan syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan menempatkan arwah di kalangan orang-orang yang beriman.

auntieagony Publish time 20-4-2024 10:04 AM

Innalillahi wainna ilaihi rajiun

Kak-Leen Publish time 20-4-2024 10:13 AM

Innalillahiwainnailaihiroji’un

Samerosie Publish time 20-4-2024 10:36 AM

Edited by Samerosie at 20-4-2024 10:37 AM

Innalillahiwainnailaihirojiun

Ada sekali tak sikap iols tv nona ke rancangan apa tak ingat tour rumah and interviewed wifedia kat pj impressed masa tu iols pun sekolah lagi rumah teres setingkat dia beli 2 biji sebelah menyebelah and made it to one house.Cantik hiasan dlm rumah.

TeropongThaico Publish time 20-4-2024 11:13 AM

Innalillahiwainnailaihirojiun

izwan_izi Publish time 20-4-2024 12:40 PM

Al-Fatihah dan Salam Takziah pd seluruh keluarga , rakan taulan dan PDRM...

perghh...umur 35 dh menjawat top position sbgai KPN...Dengan era insurgensi komunis lagi smpai 1989...

Pegawai skang kalo umur 35 mungkin stakat DSP jah...

Prickford Publish time 20-4-2024 12:55 PM

izwan_izi replied at 20-4-2024 04:40 AM
Al-Fatihah dan Salam Takziah pd seluruh keluarga , rakan taulan dan PDRM...

perghh...umur 35 dh men ...

Polis skang umur 35 stuck kat sarjan pastu dok hadap duit kopi.

Decaffeinated Publish time 20-4-2024 01:12 PM

Innalillahi

Ada satu jawatan Tun kosong

Ahriman Publish time 20-4-2024 02:43 PM

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ
Salam Takziah.

Tinot7 Publish time 20-4-2024 02:47 PM

Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun.. takziah kpd keluarga

Tinot7 Publish time 20-4-2024 02:48 PM

izwan_izi replied at 20-4-2024 12:40 PM
Al-Fatihah dan Salam Takziah pd seluruh keluarga , rakan taulan dan PDRM...

perghh...umur 35 dh men ...

Jaman dolu2 tak ramai org kott.. now ramai nak berebut pangkat nan satu tu..

liyamariska Publish time 20-4-2024 03:23 PM

اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُون

yangsemb Publish time 20-4-2024 03:27 PM

Innalillahi Innalillahirojiun

yangsemb Publish time 20-4-2024 03:28 PM

Samerosie replied at 20-4-2024 10:36 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun

Ada sekali tak sikap iols tv nona ke rancangan apa tak ingat tour rum ...

Usj 13 kan, corner lot. Rumah tu pun kaler biru polis

nw111 Publish time 20-4-2024 03:46 PM

Decaffeinated replied at 20-4-2024 01:12 PM
Innalillahi

Ada satu jawatan Tun kosong

Boleh bagi tun Najib...syarat bayar balik duit yg k.mah joli..:lol:

nw111 Publish time 20-4-2024 03:49 PM

Tinot7 replied at 20-4-2024 02:48 PM
Jaman dolu2 tak ramai org kott.. now ramai nak berebut pangkat nan satu tu..

Now nk rebut pangkat kena cable besar + kaki bodek tahap centralised aircond kat hotel 5 star
Kalau takde semua tu mereput le kat gred 52 paling tinggi sampai pencen:lol:

Tinot7 Publish time 20-4-2024 04:10 PM

nw111 replied at 20-4-2024 03:49 PM
Now nk rebut pangkat kena cable besar + kaki bodek tahap centralised aircond kat hotel 5 star
Kala ...

Gaji gred 52 pun byk jahh.. ok la..

nw111 Publish time 20-4-2024 04:20 PM

Tinot7 replied at 20-4-2024 04:10 PM
Gaji gred 52 pun byk jahh.. ok la..

Kalau I keje gomen, I nak le pencen jusa...taknak le takat 52 je...lain le kalau I pemalas n X perform..

FOTHER-MUCKER Publish time 20-4-2024 04:59 PM

Edited by FOTHER-MUCKER at 20-4-2024 01:00 AM

Tun Mohammed Hanif selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara


[*]Oleh KOSMO!
[*]20 April 2024, 4:14 pm


https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/04/tun.jpegImam Masjid Negara, Ustaz Ehsan Mohd. Hosni ketika membaca doa dan talkin sejurus selesai majlis pengebumian jenazah Allahyarham Mohammed Haniff Omar di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara hari ini.


KUALA LUMPUR – Jenazah bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di sini kira-kira pukul 3.15 petang tadi.
Sebelum dibawa ke tanah perkuburan berkenaan, jenazah Allahyarham di bawa ke Masjid Negara untuk dimandi, dikafankan, disolat serta penghormatan terakhir.
Solat jenazah tersebut diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negara, Ehsan Mohd Hosni. Majlis penghormatan terakhir di Masjid Negara itu dihadiri hampir 1,000 orang kenalan termasuk ahli keluarga serta pegawai dan anggota polis.
Hadir memberi penghormatan terakhir adalah isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, KPN, Tan Sri Razarudin Husain dan Timbalan KPN, Ayob Khan Mydin Pitchay.
Turut hadir, bekas KPN, Tan Sri Musa Hassan, Tan Sri Ismail Omar dan Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Terdahulu, jenazah Allahyarham dibawa dari kediaman di No.21, Jalan Memanah 13/55A, Laman Seri, Seksyen 13, Shah Alam dan sslamat tiba di Masjid Negara kira-kira pukul 11.10 pagi.
Tun Mohammed Hanif, 85, merupakan Ketua Polis Negara Malaysia yang keempat dan juga Ketua Polis Negara yang paling lama berkhidmat di Malaysia iaitu selama 20 tahun.
Beliau menggantikan Tan Sri Abdul Rahman Hashim yang telah terbunuh akibat serangan komunis.
Dilahirkan di Teluk Intan, Perak, Mohammed Hanif menjadi Ketua Polis Melaka pada 7 September 1970 dan kemudiannya Ketua Polis Selangor pada 6 Disember 1971.
Beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada 1 Februari 1973. – KOSMO! ONLINE




Pages: [1] 2
View full version: Bekas KPN, Tun Hanif Omar meninggal dunia


ADVERTISEMENT