maklukpenggoda Publish time 20-4-2024 10:57 AM

Dibakar bekas teman lelaki

Edited by maklukpenggoda at 20-4-2024 11:02 AM

SEGAMAT – Seorang lelaki nekad membakar kereta dan motosikal bekas teman wanitanya selepas berang wanita berkenaan enggan meneruskan hubungan cinta.
Menurut Timbalan Ketua Polis Segamat, Deputi Superintendan Ng Swie Chait, kejadian berlaku pada pukul 12.15 malam Ahad lalu ketika wanita berusia 38 tahun itu tidak berada di rumahnya.
“Wanita terbabit dihubungi anak perempuannya berusia 20 tahun memaklumkan terlihat api dan asap di kereta Perodua Myvi dan motosikal Suzuki Nex yang diletakkan di garaj rumahnya.
“Bimbang dengan keselamatan diri, mangsa tampil membuat laporan polis beberapa minit kemudian di Balai Polis Segamat untuk tindakan selanjutnya,”katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat hari ini.
Swie Chait berkata, bertindak atas maklumat, anggota polis peronda (MPV) Daerah Segamat membuat tangkapan ke atas seorang lelaki berusia 28 di sekitar Bandar Utama tidak sampai sejam selepas laporan dibuat.
Ujarnya, semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek mempunyai rekod jenayah berkaitan khianat Seksyen 323 dan 427,” katanya.
Tambah Ng Swie Chait, ujian saringan awal air kencing mendapati suspek negatif bahan terlarang.
“Hasil pemeriksaan pada kereta Myvi mangsa mendapati bahagian kerusi belakang, pintu, tayar, bumper belakang kanan terbakar. Sementara itu, motosikal Suzuki Nex terbakar pada tempat duduk, ‘cover seat’, dan meter.
“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kerugian sebanyak RM15,000. Perbuatan dilakukan disebabkan suspek mendakwa berdendam kerana dipercayai mangsa tidak mahu meneruskan hubungan,” ujarnya.
Kes di siasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api.-KOSMO! ONLINE

None68 Publish time 20-4-2024 12:45 PM

Kalau suka sangat bukan mcm gitu.

antikorok Publish time 20-4-2024 01:13 PM

Edited by antikorok at 20-4-2024 01:14 PM

Bahaya bila tersilap menjalin chinta dengan maknosia obses fanatik terlampau serope sociopath

B40tastePosh Publish time 20-4-2024 01:58 PM

Lelaki sekarang ramai takde Pride.

Berbeza zaman dulu.....tu pun ada hati nak tambah bini.

shernazz Publish time 20-4-2024 05:10 PM

Ngeri Wei
Iols pernah berjumpa.dgn.orang obses MCM Ni..
Sampai iols.keluar dgn kawan2 gi Makan dia..dia boleh.mesej.iols.pakai baju warna apa..tudung apa..
Ada sehari tu Sampai iols tak balik rumah...kawan iols bawak gi.sampai.ke rawang..hahaha..
Sejak tu dia memerhati dari jauh sebab polis dah warning. Nak gi kelas.pung terpaksa lalu Jalan lain..

Jitu Publish time 20-4-2024 10:10 PM

jahat + mental bahaya org mcm ni

allshares Publish time 20-4-2024 10:11 PM

Ex bf mesti spisis bewok tu kan

Jitu Publish time 20-4-2024 10:15 PM

shernazz replied at 20-4-2024 05:10 PM
Ngeri Wei
Iols pernah berjumpa.dgn.orang obses MCM Ni..
Sampai iols.keluar dgn kawan2 gi Makan dia.. ...

skerinya mujur takde jd yg bukan2 :funk:

shernazz Publish time 20-4-2024 10:34 PM

Jitu replied at 20-4-2024 10:15 PM
skerinya mujur takde jd yg bukan2

Kan..iols memula tu takut Sampai tak dpt nak balik rumah sebab dia tunggu bawah rumah
Iols jumpa member laki...dia cepat Tahu..
Padahal iols.pernah jumpa dia 2 Kali je
Itupung sebab housemate iols konon nak kenalkan iols.pada dia..
Kawan iols siap cakap kalau iols tak report polis..mau masuk dalam lombong Kau Ni..huhu

Ahriman Publish time 20-4-2024 10:40 PM

shernazz replied at 20-4-2024 05:10 PM
Ngeri Wei
Iols pernah berjumpa.dgn.orang obses MCM Ni..
Sampai iols.keluar dgn kawan2 gi Makan dia.. ...

Seramnya.
Mesti uols lawa kan?:$
Teringat perempuan yng kena bunuh dngn stalker tu.

ninja boy Publish time 21-4-2024 08:55 AM

Gila talak ka, jadi ex masih ganggu sampai report polis pindah kerja pindah rumah spy pergi mana kawan dgn siapa, x penat ka, warga asing aman2 spy tanah spy rumah kosong buat bisnes dlm tempoh 2 tahun boleh kaya

asmurai Publish time 21-4-2024 09:13 AM

Edited by asmurai at 21-4-2024 09:26 AM

Bodo punya ex bf. Kalau suka kat pompuan, hantar bunga, bagi hadiah perfume ke, bagi hadiah tudung naelofar ke barulah perempuan suka. Ini nan hado kedekut taik idung masin ditambah pakej psycho buat kerja tak berfaedah yang tak menambah hasil pendapatan, duk stalk,spy, ganggu pempuan bagai,

Kitty_catz Publish time 21-4-2024 10:51 AM

ramai org giler sekarang ni

batmana Publish time 21-4-2024 02:00 PM

pmpn 38 tahun
laki 28 tahun

monreyes Publish time 21-4-2024 02:03 PM

mesin ATM dah xde

Jitu Publish time 21-4-2024 03:26 PM

shernazz replied at 20-4-2024 10:34 PM
Kan..iols memula tu takut Sampai tak dpt nak balik rumah sebab dia tunggu bawah rumah
Iols jumpa...

syukur la tak jd apa2
byk dah kes2 sebelum ni mcm uols tp berakhir dgn tragis
Nauzubillah la

lolen Publish time 21-4-2024 03:30 PM

Umur 38 dah ada anak umur 20..bf pulak umur 28.. suruh je la anak bercinta dgn bf maknya..xyah la kena layan budak2 masa bercinta

shernazz Publish time 22-4-2024 06:33 AM

Ahriman replied at 20-4-2024 10:40 PM
Seramnya.
Mesti uols lawa kan?
Teringat perempuan yng kena bunuh dngn stalker tu.

Hahaha...
Lawa tu takde la sangat .
Entah le uols..
Mmg iols ngeri tau sebab takut kena bunuh...
Kawan2 iols ikut takut juga sebab mamat Ni Akan perhati siapa yang rapat dgn iols...
Siap Cari Nama siapa lelaki yang jumpa iols la..
Beli hadiah mcm2..letak kat pigeon hole rumah sewa iols lah..call nak htr makanan lah..

Skang kalau jumpa kawan2 iols mesti depa throwback pasal Ni...huhu...pengalaman MCM filem.kata depa

shernazz Publish time 22-4-2024 06:36 AM

Jitu replied at 21-4-2024 03:26 PM
syukur la tak jd apa2
byk dah kes2 sebelum ni mcm uols tp berakhir dgn tragis
Nauzubillah la

Kan..
Bila iols.report polis ..lepas tu dia dah kurang sikit..
Pastu iols pindah terus ke rumah parents iols...
Tukar nombor..

Bila iols on nombor lama..still dia Ada bagi SMS..
Lepas tu iols Buang terus simkad tu..
Harap dia takde la dalam forum Ni...hahah...
Kot dia cam bila baca post iols

midori888 Publish time 22-4-2024 09:13 AM

india ker? slalu yg suka bakar2 nie indian...dulu2 pnh tgk citer tamil, ppuan nak bunuh diri, dia mandikan diri dgn minyak api...
Pages: [1]
View full version: Dibakar bekas teman lelaki


ADVERTISEMENT