FOTHER-MUCKER Publish time 20-4-2024 04:46 PM

Misi Kayuhan Kembara Berbasikal ke Makkah selesai

Edited by FOTHER-MUCKER at 20-4-2024 12:53 AM

Misi Kayuhan Kembara Berbasikal ke Makkah selesai

OlehROSKHOIRAH YAHYA

20 April 2024 03:47pm

https://i.postimg.cc/8c4tsWH9/IMG-3107.jpg

SHAH ALAM - Misi peserta Kayuhan Kembara Berbasikal ke Makkahsudah selesai apabila mereka kini berada di Masjid Nabawi.

Salah seorang rakyat Malaysia yang menyertai misi itu, Ahmad Mohd Isa, 35, berkata, mereka mengambil masa selama 150 hari iaitu lima bulan untuk sampai ke destinasi.

"Genap 150 hari (5 bulan) kembara berbasikal dari Malaysia ke Mekah. Alhamdulillah syukur pada ALLAH, kami kini di Masjid Nabawi.


"Dengan ini, saya mengumumkan misi untuk ke Tanah Suci ikut jalan darat selesai. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada keluarga, sahabat, warga tempatan, pembeli buku Ustazah Basikal serta penyumbang kerana menjadi penyokong dan membantu kami," katanya pada Sabtu.

Terdahulu, empat rakyat Malaysia iaitu Ahmad; isterinya, Noradilah Mohd Sapie, 36, bersama bekas wartawan sambilan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Che Saad Nordin, 73, dan kakitangan FRIM, Abdul Halim Talha, 56, memulakan kayuhan basikal untuk menuju ke Tanah Suci, Makkah bagi menunaikan ibadat haji yang membabitkan perjalanan sejauh 12,000 kilometer (km).
Perjalanan mereka melalui jalan darat yang memakan masa tujuh bulan itu akan merentasi tujuh negara iaitu Malaysia, Thailand, India, Pakistan, Iran, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebelum dijangka tiba di Arab Saudi pada pertengahan Mei 2024.
Tambah Ahmad, mereka sekarang hanya memberi fokus kepada ibadah hingga habis musim haji nanti.
"Saya akan mula perlahankan hantaran atau tidak buat hantaran hingga kami pulang ke Malaysia. Terima kasih sekali lagi buat semua, nama anda sentiasa dalam doa kami di Madinah dan Makkah, Insya-ALLAH.
"Hanya ALLAH sahaja mampu balas kebaikan kalian.Saya doakan kalian semua diampunkan segala dosa dan dimasukkan ke syurga Firdaus tanpa hisab," jelasnya.
https://www.sinarharian.com.my/article/660525/berita/semasa/misi-kayuhan-kembara-berbasikal-ke-makkah-selesai





isseliparjepun Publish time 21-4-2024 07:31 AM

Alhamdulillah seronok baca :loveliness:

primarikey Publish time 21-4-2024 07:37 AM

Alhamdulillah...terharu baca

TeropongThaico Publish time 21-4-2024 09:01 AM

Syukur alhamdulillah. Rezeki diarg dipermudahkan. Semoga rezeki kita pun dipermudahkan juga
Pages: [1]
View full version: Misi Kayuhan Kembara Berbasikal ke Makkah selesai


ADVERTISEMENT