Keluarga rakam penampakan raksasa Loch Ness
Keluarga rakam penampakan raksasa Loch Ness
[*]Oleh KOSMO!
[*]19 April 2024, 10:50 am
https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/04/Viral-Ness-1.jpgPARRY merakam gambar raksasa Loch Ness di Tanah Tinggi Scotland awal tahun ini. - Foto Peter Jolly Northpix
EDINBURGH, Scotland – Raksasa Loch Ness dilaporkan dilihat buat kali pertama pada 2024 dengan sebuah keluarga mendakwa merakam bukti baharu tentang haiwan misteri tersebut, lapor akhbar Daily Mirror semalam.
Daftar Rasmi Penampakan Raksasa Loch Ness Rasmi mengesahkan dakwaan Parry dan Hannah Malm selepas mereka merakam gambar menunjukkan kehadiran makhluk tersebut dekat Istana Urquhart yang merupakan lokasi tumpuan raksasa Loch Ness.
Ketika itu, keluarga Malm bersama anak-anak mereka melawat tasik Loch Ness buat kali pertama.
Parry menceritakan detik itu dengan berkata: “Shannon (anaknya) ternampak kepala hitam sejenis haiwan. Saya meragui kewujudan raksasa tersebut sebelum ini tetapi sekarang, saya fikir mesti ia ada di sana.”
Lebih 1,156 penampakan Loch Ness yang turut dikenali sebagai Nessie direkodkan sejak Sir Edward Mountain menghantar ekspedisi menjejaki raksasa tersebut pada tahun 1934.
Mountain yang terlibat dalam bisnes insurans menganjurkan pencarian itu.
Dia menghantar 20 orang dilengkapi kamera Kodak dan cermin mata khas untuk mengawasi tasik berkenaan, demikian menurut jurnal saintifik Nature. – AGENSI
Binatang speerti alpaca and llama saja... memerang Ye la raksasa..sekali keluar..kepala je saiz besar sikit..badan ke bawah..tetiba kontot dan kecik je..besar lg raksasa dlm cite ultraman. kehkehkeh
Hmmm... Macam selalu je benda ni dirakam from to time
Bigfoot pun rajin keluar Gambar pun saiz mikro penis lepas tu claim raksasa Ampon,dah 2024 gambar still taraf ni.nak membongak pon agak2 la airfilterkotor replied at 21-4-2024 10:59 AM
Hmmm...
Nampak mcm itik je dok berenang..di claim monster..
naga tasik chini je tak pernah muncul2 :$ airfilterkotor replied at 21-4-2024 10:59 AM
Hmmm...
Ni ke gambar nya?
Biawak kt dpn rumah cik yah kt kmpung laki iols lg besar dr ni…elok dia lalu dpn tangga gtuu;P Edited by B40tastePosh at 21-4-2024 04:41 PM
Macam bijik k3l3ntet.
Tu pun nak tunjuk. Tak malu ke? Malu apa bossku? Dengki ke?
aechae replied at 21-4-2024 04:38 PM
Ni ke gambar nya?
Biawak kt dpn rumah cik yah kt kmpung laki iols lg besar dr ni…elok dia lalu d ...
Yep.
Pic cilok dari website omputeh gitu.
Susah gak nak pastikan saiz mende alah tu sebab kita taktau berapa tinggi kedudukan perakam dari aras air... senang citer berapa jauh.
Tapi, kalau tengok fizikal dan corak ombak air tu secara keseluruhan... mende alah tu nampak macam tak besar mana pun.
Mungkin bewok, mungkin buayak, mungkin sponge bob... segalanya berkemungkinan. 2024 masih 3gp Kejadah monster kemetot gitu? Monsters inc ke haper Macam bukan Nessie jah. Kici. airfilterkotor replied at 21-4-2024 10:59 AM
Hmmm...
zaman2 semua brand hempom bersaing kamera tercanggih nak beat dslr, gambar cenggini masih wujud?
Yg bulat² tu orang. Boleh bandingkan saiz. Saiz bewok Komodo ler nim. Jengok luor air sat takut sesat. Dulu penah kecoh penampakan, foto yg nampak sangat real. Ramai juga terpercaya.
Sekali kantoi, dia cilok gambar catfish yang orang tangkap kat Itali astu sotosop kat tasek ni.
Sangap jugak omputeh ni ye.
Pages:
[1]
2