CARI-Author Publish time 22-4-2024 06:38 AM

Mengelakkan Jadi Mangsa Sihir, Perlu Edit Gambar Pada Bahagian Wajah!

https://images.says.com/uploads/story_source/source_image/905607/9a2b.jpg
Gambar hiasan.

WALAUPUN kita hidup dalam dunia serba moden, masih ada individu yang percaya dan mengamalkan sihir serta syirik.

Lebih menakutkan lagi apabila mereka menggunakan ilmu hitam demi kepuasan diri untuk memudaratkan orang yang dibenci.

Bagaimanapun, di laman X, seorang wanita berkongsi cara yang boleh kita lakukan untuk mencegah diri daripada menjadi mangsa sihir.

Wanita tersebut yang dikenali sebagai Sarah berkongsi cara mengelakkan diri daripada terkena santau atau sihir jika ada yang berniat tidak baik dengan menggunakan gambar yang diambil dari media sosial 'mangsa'.

Menurut Sarah, anda perlu sunting atau edit gambar yang ingin dikongsikan walaupun dengan hanya sedikit pengubah suaian pada bahagian wajah.

Jelasnya, ilmu hitam akan 'berfungsi' atau menjadi hanya untuk gambar yang asli tanpa ada satu pun perubahan dibuat.

Selain itu, elakkan juga daripada menghebahkan nama penuh ibu dan tarikh lahirnya.

Nasihat sama juga diberikan kepada bagi pasangan yang merancang untuk hamil atau wanita mengandung bagi mengelakkan dirinya terkena sihir.

Jelas Sarah, dia berkongsi peringatan ini susulan kisah diceritakan sepupunya mengenai seseorang yang menanggung derita selepas menjadi mangsa sihir.

Sebagai peringatan bersama, larangan ilmu hitam ada dijelaskan oleh Mufti Wilayah Persekutuan yang mana Islam menolak amalan sihir.

Malah, umat Islam diajar untuk meminta perlindungan dengan Allah SWT daripada kejahatan sihir yang boleh membinasakan pengamalnya.

noor2 Publish time 22-4-2024 06:45 AM

Jenuhla org menyihir agong, sultan2 permaisuri, PM, menteri2 ye dak?

Kitty_catz Publish time 22-4-2024 08:53 AM

gambo jahlopakpamtek merata2 bod CI neh

angpa ada kasik royalti kat sheols kew? ;P

slyfynx Publish time 22-4-2024 09:18 AM

Kitty_catz replied at 22-4-2024 08:53 AM
gambo jahlopakpamtek merata2 bod CI neh

angpa ada kasik royalti kat sheols kew?

Momod siap bg kredit tu
X paham aku.
Mende jadi leh mendatangkan fitnah kot

CARI-Author Publish time 22-4-2024 12:03 PM

boikot sihir

asmurai Publish time 22-4-2024 12:46 PM

Edited by asmurai at 22-4-2024 01:15 PM

noor2 replied at 22-4-2024 06:45 AM
Jenuhla org menyihir agong, sultan2 permaisuri, PM, menteri2 ye dak?

Dorang banyak duit bole upah perawat/bomoh paling power utk counter attack balik.Dorang pun siap ada bodyguard keliling bagai. Petik jari je terus SB, Polis datang tolong.

intan_smsb Publish time 22-4-2024 12:53 PM

skrgkan da boleh pakai filter jin pun confius muka sebenar org mcmmna ;P

Kitty_catz Publish time 22-4-2024 01:32 PM

slyfynx replied at 22-4-2024 09:18 AM
Momod siap bg kredit tu
X paham aku.
Mende jadi leh mendatangkan fitnah kot

momod tu smer kena saka lopak la tu ;P

She-Ra Publish time 22-4-2024 01:42 PM

Kitty_catz replied at 22-4-2024 08:53 AM
gambo jahlopakpamtek merata2 bod CI neh

angpa ada kasik royalti kat sheols kew?

merata hala wehh jd gamba hiasan ahahaahahaaaa abisla kena penyakit ain atau mak esah kang

Zezo Publish time 22-4-2024 01:47 PM

Aku mmg naif la halĀ² ni. Tp ada lagi ke org amalkan benda ni? Mcm x berfaedah je, dengki sampai nk syirik.

Kitty_catz Publish time 22-4-2024 01:53 PM

She-Ra replied at 22-4-2024 01:42 PM
merata hala wehh jd gamba hiasan ahahaahahaaaa abisla kena penyakit ain atau mak esah kang

haa tak pun cik senah

dua 3 menjak ni nama cik senah pun naik kat bod CI

ntah shiappaaa yang salah, ku tak tahuuuuuuu ;P

She-Ra Publish time 22-4-2024 01:56 PM

Kitty_catz replied at 22-4-2024 01:53 PM
haa tak pun cik senah

dua 3 menjak ni nama cik senah pun naik kat bod CI


cik senah samadengan mak esah ke? hahahhaaa

cmf_premierleag Publish time 22-4-2024 02:24 PM

Kalo org tu gundu katek busuk hitam berdaki miskin bodoh takyah la fefeling ada org nk sihirkan ko;P
Takde sapa nk dengki dgn ko laa;P
Kalo ko lawa jelita kaya wangi mcm level2 juliana evans,sofia al barakbah ke, aku percaya la ada org nk dengki bagai;P

jejaka_hensem Publish time 22-4-2024 02:52 PM

Dari ko edit2 jadi mjka kartun,baik ko xyah upload gamba sume tu kat media sosial.
Tapi kalau tak letak kat media sosial,camne pulak nak bagitau kawan2 tentang kekayaan diri,tak leh menunjuk pulak.
Aahhh,serba salah pulak
{:8_670:}

kakikuDibibirmu Publish time 22-4-2024 04:33 PM

Boikot lobenak

noor2 Publish time 22-4-2024 05:08 PM

cmf_premierleag replied at 22-4-2024 02:24 PM
Kalo org tu gundu katek busuk hitam berdaki miskin bodoh takyah la fefeling ada org nk sihirkan ko ...

Betul juga...tp mungkin juga kut yg gaduh teruk bukansb jeles cantik...haha

cmf_premierleag Publish time 22-4-2024 05:39 PM

noor2 replied at 22-4-2024 05:08 PM
Betul juga...tp mungkin juga kut yg gaduh teruk bukansb jeles cantik...haha

Maybe bleh gaduh sbb bende lain juga kan..as if mcm org tu ada something yg dia takde ..so bleh juga jd punca pergaduhan sihir santet menyantet sume ni;P

Ahriman Publish time 22-4-2024 07:21 PM

Jiran kampung iols lagi dahsyat.dia ckap
dia malas sebab orng sihir.:lol:
Iols dengar masuk telinga kanan keluar telinga kiri.koser nak caya
Padahal ko memang malas sejak azali lagi.:lol:

abgrara Publish time 22-4-2024 09:21 PM

dapat nama sudah cukup, dukun x advance shj perlu gambar dan nama

CARI-Author Publish time 22-4-2024 10:01 PM

boikot sihir
Pages: [1] 2
View full version: Mengelakkan Jadi Mangsa Sihir, Perlu Edit Gambar Pada Bahagian Wajah!


ADVERTISEMENT