CARI-HBZ Publish time 22-4-2024 08:17 AM

Mata guru wanita lebam ditumbuk cikgu lelaki di kantin sekolah

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202404/22/081728wyytbzhhe6x59hez.png





KEMAMAN – Seorang guru wanita berusia 32 tahun sebuah sekolah rendah di daerah ini lebam mata kiri selepas dipercayai ditumbuk oleh seorang guru lelaki di kawasan kantin sekolah itu hari ini.


Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sebelum kejadian, mangsa yang merupakan guru Bahasa Inggeris dan suspek berusia 49 tahun dipercayai bertengkar.


“Insiden dikatakan berlaku di kantin sekolah sebelum mangsa telah disepak dan ditumbuk suspek menyebabkan matanya lembam. Motif yang menyebabkan pertengkaran mereka masih dalam siasatan,” katanya di sini hari ini.


Hanyan berkata, suspek menghilangkan diri selepas insiden itu, maka gerakan mengesannya sedang giat dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 akta sama.


Sumber – KOSMO! ONLINE

krustykrab Publish time 22-4-2024 08:20 AM

Mesti kes mengorat cikgu bi tp kena reject mentah2:lol:

Thunderclouds Publish time 22-4-2024 10:21 AM

Cepatnya pelaku menghilangkn diri.
Mcm la dia warga asing mudah nk ghaib² pas wat jenayah.

otai_g Publish time 22-4-2024 10:37 AM

Biar polis do their work. ada mcm2 kemungkinan bleh berlaku?

Mulut cikgu English hangsuang atau
Cikgu laki kaki baran/kaki pukul?

ifanonline Publish time 22-4-2024 10:39 AM

cikgu curang?

bulan_gerhana Publish time 22-4-2024 10:43 AM

iols target cikgu BI ni mulut hangsuang... org muda jenis ckp main lepas je kot..

yg cikgu lelaki tu umo 49.. maybe dah paneh tinge dgn chegu pompuan tu membebel kot..

or kita tunggu ape cite yee

she Publish time 22-4-2024 11:32 AM

Bertemu buku dan ruas kot

Naseb cikgu BI tu tak repot kat somi dia
Idok jadi macam kes kat Klate tu
Tikam kawan sekerja bini

sayurmayur88 Publish time 22-4-2024 11:38 AM

iolls nak tulis jugak ni mengenai toksik/politik di temapt keje. tak kesahlah, skolah ke, opis ke mana2 lah..
biasanya kes2 macam ni jadi sebb ada pihak yg provoke, ada org akan react dgn maki hamun, ada yg akan react dgn naik tgn..
sebaiknya, tahan je hati klu kena provoke, klu nak react pon maki jer balik..jgn sesekali naik tgn , sbb yg naik tgn akan kena tindakan..

menjad Publish time 22-4-2024 11:39 AM

Tak sayang pencen ker cikgu oiiii. Umo da 49. Konfem dah 25 tahun dalam perkhidmatan. Sangkut kes parahhhhh lah

venom1 Publish time 22-4-2024 12:27 PM

Mulut tu kena jaga. body shaming, perli, bunyi suara macam speaker mmg mengundang kepada kelebaman mata. kena ikat mulut tu baru diam.

B40tastePosh Publish time 22-4-2024 12:48 PM

Nak ngorat cikgu lelaki la tu...tak dapat lepastu kutuk2 belakang.

rikashi Publish time 22-4-2024 12:56 PM

sayurmayur88 replied at 22-4-2024 11:38 AM
iolls nak tulis jugak ni mengenai toksik/politik di temapt keje. tak kesahlah, skolah ke, opis ke ma ...

Setuju..mmg kena sabar. Tukang provoke mmg ramai

TomyamPuteh Publish time 22-4-2024 01:32 PM

Aku tebak cikgu pompuan tu jenis jahat mulut. Suka bwk cita dkt pentadbir. Bila si penumbuk dh dpt tau sapa si pelakunya, dpt la habuan.

shernazz Publish time 22-4-2024 02:21 PM

Aduhai.
Gambo polis ni.pung.mata dia MCM kena.tumbuk jugak
Hahah

Dovahkiin Publish time 22-4-2024 05:30 PM

Kalau ikut pengalaman, cikgu bi pompuan bnyk mulut puaka, potpet2 mcm burit ayam. Perasan diva. Antar anak pegi olahraga, cikgu pompuan jerit2 kat cikgu lain, tanya anak cikgu apa tu. Cikgu BI. ;P

mawarika Publish time 22-4-2024 08:10 PM

Mmg pun ada pompuan yg jenis mulut mcm bontot ayam.. pot pet pot pet.. lagi yg anak dara tua. Ckp tak bertapis. Nak gurau dgn suami org pun tak agak2 .. ada tu siap offer jadi bini kedua.. tp katanya gurau je. Eh tahi..

Itzy Publish time 23-4-2024 12:12 AM

Kahkahkah malaysia ni memang lemah iman, kena kutuk sikit je terus naik tangan hahahah, ganas tak bertempat lol

imransulaiman Publish time 23-4-2024 04:59 AM

Takde update dari mana-mana sumber ke apa punca sebenar? FB? X? IG? Malas nak tebak-tebakan.. :)

None68 Publish time 23-4-2024 05:18 AM

Biasa lelaki mana ambik pot sangatkan, klu sampai kena bedok tu mmg sesuatu sgt cikgu pompuan tu..

shamsadis Publish time 23-4-2024 07:59 AM

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202404/22/081728wyytbzhhe6x59hez.png

:shakehead3:
Pages: [1] 2
View full version: Mata guru wanita lebam ditumbuk cikgu lelaki di kantin sekolah


ADVERTISEMENT