CARI-HBZ Publish time 22-4-2024 08:27 AM

Sukarelawan penguat kuasa syariah didakwa cabul wanita

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202404/22/082711vqzveeqnq21lzev5.pngGambar Sekadar Hiasan





KEMAMAN – Seorang sukarelawan pegawai penguat kuasa syariah ditahan kerana disyaki mencabul kehormatan seorang pembantu akaun wanita di Pantai Teluk Mak Nik di sini pada Khamis lalu.


Lelaki berusia 53 tahun itu didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh tersebut terhadap mangsa yang berusia 24 tahun pada pukul 7 malam.


Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sewaktu kejadian, suspek dikatakan melakukan pemeriksaan terhadap mangsa dan tunangnya yang ketika itu berduaan di dalam sebuah kereta di pantai peranginan tersebut.


“Suspek dikatakan telah mengarahkan mangsa dan pasangannya keluar dari kenderaan sebelum merampas kunci kereta tersebut.


“Dia seterusnya dikatakan memeriksa kad pengenalan mangsa dan pasangannya sebelum mengugut mahu membawa mereka ke pejabat agama Islam terdekat,” katanya di sini hari ini.


Hanyan berkata, suspek kemudiannya dikatakan mengarahkan tunang mangsa pulang sebelum menghantar sendiri wanita itu pulang ke rumah di sebuah taman perumahan di daerah ini.


Beliau berkata, sewaktu dalam perjalanan dan sebaik tiba di depan rumah, mangsa mendakwa telah dicabul beberapa kali oleh sukarelawan pegawai penguat kuasa syariah berkenaan.


“Mangsa kemudiannya membuat laporan polis yang membawa kepada penahanan suspek sehingga esok bagi membantu siasatan,” katanya.


Sumber – KOSMO! ONLINE

c===8 Publish time 22-4-2024 08:45 AM

itu pasal badar dulu kena bubar akibat pakcik2 takde pelajaran yg teringin jadi penguatkuasa tapi sekolah takat darjah 6 aje dapat sedikit kuasa

lightheaded67 Publish time 22-4-2024 08:54 AM

ooo amik kesempatan ko yeh, kasi lempang sama dia satu kali

epullipan Publish time 22-4-2024 09:30 AM

umur 53..kasi potong kote baru tau erti penyesalan

Thunderclouds Publish time 22-4-2024 10:04 AM

Jadi volunteer cegah maksiat sbb leh katup pangai hazab kuat napsu sendri.
Lobai.. Lobai:shakehead3:

salimrock Publish time 22-4-2024 10:31 AM

c===8 replied at 22-4-2024 08:45 AM
itu pasal badar dulu kena bubar akibat pakcik2 takde pelajaran yg teringin jadi penguatkuasa tapi se ...

tengok dulu diorang beromen baru tangkap... tu yg dok tahang tu....







otai_g Publish time 22-4-2024 10:35 AM

Volunteer ni ada kuasa ke nak tahan org? Sp bg kuasa? Kalo Mati ketika bekerja bleh claim perkeso x?

ifanonline Publish time 22-4-2024 10:40 AM

kerja pencegah maksiat ni memang utk bangsa melayu shj...ada tak cina dan india cegah maksiat?;P

songket_merah Publish time 22-4-2024 10:42 AM

boleh bagitahu apa yang boleh diconsider kata dicabul tu?

bulan_gerhana Publish time 22-4-2024 10:45 AM

songket_merah replied at 22-4-2024 10:42 AM
boleh bagitahu apa yang boleh diconsider kata dicabul tu?

tangan merayap dan meraba kot... yihhhh
harap pegar.. pegar makan padi..

_blackbird Publish time 22-4-2024 10:58 AM

songket_merah replied at 22-4-2024 10:42 AM
boleh bagitahu apa yang boleh diconsider kata dicabul tu?

assault by physical or verbal w/out your consent with sexual intent.. haa gituhhhh... kalau org pegang tangan ko then ramas2 dengan tujuaan utk turn u on and ko tak rela pongggg, tu la kira cabul. verbal lak cth making threats, cth mcm taknak masuk penjara jom settle tepi, blow i 1x hihihihi :$

Supersirap Publish time 22-4-2024 11:09 AM

Semoga mendapat hukuman yang setimpal

ultra78 Publish time 22-4-2024 01:08 PM

Apakah syarat dan kelayakan utk jadi sukarelawan penguatkuasa syariah? Adakah sekadar pakai kopiah sahaja?

Kitty_catz Publish time 22-4-2024 01:31 PM

meh le bernusnuzon lepas2 raye ni

hagak pacit ni kena fitenoh kutt

sbb nangkap basah deme2 tu

renko Publish time 22-4-2024 01:32 PM

totey mgeras ke masa anta balik tu
tu tatahan sangat tu

Normiang-Baru Publish time 22-4-2024 09:54 PM

Lobai....

Decaffeinated Publish time 22-4-2024 10:59 PM

Kitty_catz replied at 22-4-2024 01:31 PM
meh le bernusnuzon lepas2 raye ni

hagak pacit ni kena fitenoh kutt


Then that will be his words against hers sahaja.

Nafi sahaja lah selagi boleh but it's not so easy lah dengan polis yang dah tau selok belok orang berdalih ni. Kena gertak sikit terus cair.

Firenzza Publish time 22-4-2024 11:10 PM

Boleh ke suka suki rampas kunci keta org lain?
Pages: [1]
View full version: Sukarelawan penguat kuasa syariah didakwa cabul wanita


ADVERTISEMENT