ultra78 Publish time 22-4-2024 03:30 PM

Mansuh lesen 24 jam kedai makan galak tabiat pemakanan, tidur lebih baik - CAP

Mansuh lesen 24 jam kedai makan galak tabiat pemakanan, tidur lebih baik - CAP
Oleh Zuhainy Zulkiffli - April 22, 2024 @ 3:26pm
bhnews@bh.com.my

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader. NSTP
GEORGETOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa lesen operasi 24 jam yang diberikan kepada kedai makan dimansuhkan.

Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata kajian menunjukkan terdapat kesan negatif akibat tabiat makan lewat malam seperti berat badan bertambah, gangguan tidur dan masalah penghadaman.

Beliau berkata, pihaknya sekian lama menyeru larangan kedai makan beroperasi 24 jam dengan alasan akses terhad kepada makan lewat malam akan menjadikan rakyat Malaysia lebih sihat.

Katanya, penyelidikan menunjukkan individu yang makan lewat malam melebihi 40 peratus daripada keperluan tenaga harian mereka, menimbulkan faktor risiko ketara bagi obesiti.

"Sementara tabiat pemakanan tidak sihat, ditambah pemakanan tidak seimbang terdiri makanan tinggi kandungan lemak dan garam (biasa terdapat dalam makanan Malaysia) seperti snek selepas makan malam juga dikaitkan risiko penyakit kardiovaskular.

"Ketersediaan makanan dan minuman meluas selama 24 jam mempunyai implikasi ketara terhadap kesihatan mulut, selain akses mudah kepada snek manis dan minuman yang didapati pada bila-bila masa boleh menimbulkan ancaman berterusan kepada enamel gigi selain meningkatkan risiko kaviti dan jangkitan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Tinjauan Kesihatan Pergigian Kebangsaan, sebanyak 94.6 peratus orang dewasa Malaysia memerlukan beberapa bentuk rawatan pergigian dengan kerosakan gigi menjadi masalah utama.

Malah, enam daripada 10 orang dewasa memerlukan penjagaan akibat kerosakan gigi, berdasarkan tinjauan dijalankan pada 2022.

Mohideen berkata, pada masa ini rakyat Malaysia dalam keadaan tidak sihat kerana mempunyai prevalen obesiti tertinggi dalam kalangan orang dewasa di Asia Tenggara.

Katanya, dalam Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019, sebanyak 50.1 peratus daripada populasi dewasa dilaporkan mengalami berat badan berlebihan (30.4 peratus) atau obes (19.7peratus).

"Berbanding individu dengan berat badan normal, obesiti meningkatkan risiko diabetes tahap dua sebanyak tujuh kali ganda pada lelaki dan peningkatan 12 kali ganda pada wanita.

"Kajian tempatan mendapati sebanyak 30 peratus daripada pesakit diabetes tahap dua adalah obes secara klinikal, manakala obesiti adalah faktor risiko penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti diabetes tahap 2, penyakit kardiovaskular dan kanser.

"Memandangkan situasi dan jumlah rakyat Malaysia terjejas tinggi, RM9.65 bilion dibelanjakan setiap tahun bagi menangani NCD di negara ini," katanya lagi.

Mohideen berkata, CAP menyokong langkah beberapa kedai makan memendekkan waktu operasi, namun ia perlu diwajibkan kerana pada masa ini, masih terdapat restoran beroperasi selama 24 jam.

"Kerajaan perlu lebih serius mengawal persekitaran yang menggalakkan obesiti dengan mewajibkan semua kedai makanan ditutup pada tengah malam dan bukannya dibenarkan beroperasi 24 jam sehari," katanya.

otai_g Publish time 22-4-2024 03:40 PM

Lor abeh tu kalo org tu keje malam atau after 12.00 am start keje, camno?

Gang2 rail maintenance mmg kena keja time rail stop operation utk x ganggu operation.

FOTHER-MUCKER Publish time 22-4-2024 03:43 PM

Salahkan kedi makan pula!

songket_merah Publish time 22-4-2024 03:46 PM

terpulang pada individu, macam aku pukul 9 malam dah berhenti makan.
by 10 malam dah siap siap nak tido.

cantthinkofany Publish time 22-4-2024 04:00 PM

FOTHER-MUCKER replied at 22-4-2024 03:43 PM
Salahkan kedi makan pula!

malaysia mmg mcm tu....bakar kelambu sebab marahkan nyamuk.....

epullipan Publish time 22-4-2024 04:03 PM

sebelom ko mintak camtu..soh la xde shift malam..hanat betul permintaan

damsel_fiji Publish time 22-4-2024 04:59 PM

Edited by damsel_fiji at 22-4-2024 05:00 PM

Shift malam semua makan kt kantin kilang jah atau pun bwk bekal.. brp kerat jah pon makan kt mamak.. yg melantak kaki melepak kt mamak tu semua xdenya yg keje shift malam.. shift malam la sgt padahal mmg mentekedarah 24 jam:lol:

Kurex Publish time 22-4-2024 05:09 PM

Serabai pa rambut kauuuu!!!!!

Skuau Publish time 22-4-2024 05:35 PM

damsel_fiji replied at 22-4-2024 04:59 PM
Shift malam semua makan kt kantin kilang jah atau pun bwk bekal.. brp kerat jah pon makan kt mamak.. ...

ada la...ko ingat pelacur2,pondan2 lorong tu semua keja 9-5 ka????{:1_555:}

sharlenetexas Publish time 22-4-2024 05:38 PM

Skuau replied at 22-4-2024 05:35 PM
ada la...ko ingat pelacur2,pondan2 lorong tu semua keja 9-5 ka????

Mak bapak hayam shif malam.


ifanonline Publish time 22-4-2024 05:39 PM

malaysian cannot afford not to work, sepatutnya semua sector di galakkan bekerja 24 jam ikut shift...kita ni bukan negara maju nak sekat tempoh bekerja

cmf_premierleag Publish time 22-4-2024 05:41 PM

Bongoknya la pakcik ni
Kalo org tu obesiti, salah kan diri sendiri la
Kejadah salahkan kedai makan lak
Ada je org keje waktu shift mcm kt hospital, keje dgn MNC ikut waktu negara lain etc etc
Apa pakcik ni bodoh sgt ke mcm kan baru lahir smlm?????

orangbiasaje Publish time 22-4-2024 05:51 PM

sebagai bekas pekerja syif malam, tak perlu pun ada mamak 24 jam. kitorg especially ppuan dah beli siap2 sebelum masuk syif utk makan time break tu (letak kat pantry), and kalau lapar lagi rela cati makan lepas syif. Takde keje nak keluar ofis tengah2 malam atau pagi buta, byk syaitan bertopengkan manusia time tu.

chandrahusin Publish time 22-4-2024 05:55 PM

Bekerja untuk makan
Makan untuk bekerja
Mcm beli kereta untuk pergi kerja
Pergi kerja untuk bayar kereta :lol:

Ahriman Publish time 22-4-2024 06:37 PM

Edited by Ahriman at 22-4-2024 07:22 PM

Iols ok je kalau tutup awal.mmng iols dh bekal makan siap2.
mungkin kaki lepak je yng terkesan.;P

Kitty_catz Publish time 22-4-2024 06:49 PM

udah kenapa salah kekedai yg bukak dohpohpatjam tu?

udah mulut sendiri yg mentakedarah ;P

kekedai tu la penyelamat kut tetengah malam megi habis ke roti habes ke rokok abes keee... yg keja shift tu acaner ke nak kira?

bejaga tengah malam layan nexflix viu marathon nengok cite korea pun bukan salah kekedai ni , tu sendiri gatai bijik nonok nak nengok sampai pagi ;P


ayoyo karawale la mamu uiiii

nutcrack8 Publish time 22-4-2024 07:04 PM

Mungkin korg akan kecam aku, tp aku setuju dgn cdgn di atas.
Utamkan kesihatan. Rezeki kesihatan, rezki yg paling utama. Malam2 kalo xde ape2, tdo la sebelum jam 12. Lg awal lg bagus. Yg berbaloi nak stay up, tahajud je. Selain dari tu, tidor lah sayang ku...

ninja boy Publish time 22-4-2024 09:57 PM

Bukak lah 24 jam certain tempat, emergency ka drive jauh ka balik clubbing ka

antikorok Publish time 23-4-2024 01:45 AM

Marahkan tikus, rengkiang dibakar :$

domestobot Publish time 23-4-2024 06:17 AM

eleh kat Jepun tu seluruh negara ada landasan keretapi, takde pun pekerja rail maintenance keluar pegi kedai makan 24 jam walaupun kerja shift
Pages: [1] 2 3
View full version: Mansuh lesen 24 jam kedai makan galak tabiat pemakanan, tidur lebih baik - CAP


ADVERTISEMENT