ultra78 Publish time 22-4-2024 06:21 PM

Malaysia negara ke 5 tertinggi dunia cemari laut dengan plastik

Malaysia negara ke 5 tertinggi dunia cemari laut dengan plastik
Oleh Suraya Ali - April 22, 2024 @ 4:31pm
suraya.ali@bh.com.my

Gambar hiasan yang tiada muka Neelofa
KUALA LUMPUR: Penyedia perkhidmatan tenaga dari United Kingdom (UK), Utility Bidder mendedahkan Malaysia mencemari lautan dengan 2.29 kilogram plastik perkapita setiap tahun, sekali gus meletakkan negara ini kelima tertinggi di dunia yang terbabit menyebabkan pencemaran laut.

Kajian pencemaran plastik dilakukan Utility Bidder ini bagi mengenal pasti negara yang paling banyak mengeksport sisa, negara yang mempunyai kebarangkalian paling tinggi mengeluarkan sisa plastik dan negara yang paling banyak melakukan salah urus sisa.

Kajian itu turut mendedahkan Filipina menduduki tempat teratas dengan pencemaran 3.3 kilogram sisa plastik ke lautan setiap orang setiap tahun, diikuti Suriname dengan pembuangan 2.89 kilogram sisa plastik ke lautan setiap orang setiap tahun.

Pengarah Urusan Utility Bidder, James Longley, berkata jumlah 2.29 kilogram sisa plastik perkapita setiap tahun dari Malaysia yang mencemari lautan itu bersamaan dengan 8.9 peratus sisa plastik yang disalah urus di negara ini iaitu sebanyak 25.49 kilogram sisa plastik perkapita setiap tahun.

Beliau berkata, selain tersenarai sebagai negara kelima tertinggi mencemari lautan, Malaysia juga tersenarai sebagai negara ke-10 paling banyak melakukan salah urus sisa plastik perkapita.

Katanya, sisa plastik yang tidak terurus ialah sisa yang dibuang atau dibuang di tapak pelupusan sampah tidak terkawal yang kemudian boleh menyebabkan ia mencemari lautan.

Susulan itu, Longley berkata, terdapat banyak langkah mudah boleh diambil untuk mengurangkan sisa plastik, antaranya melalui penggunaan botol air dan cawan yang boleh diguna semula.

"Sekitar 1,500 botol plastik dibuang setiap saat, manakala hanya satu daripada 400 cawan kopi dikitar semula dengan cekap. Sebenarnya, menggunakan cawan boleh guna semula boleh menjimatkan wang.

"Pembelian plastik secara berlebihan boleh membahayakan alam sekitar daripada pelepasan dan sisa daripada proses pengeluaran.

"Beg plastik pula mengakibatkan kira-kira 250 haiwan marin terbunuh setiap hari akibat lemas. Jadi, menggunakan beg guna semula adalah cara yang ideal untuk mengurangkan sisa berlebihan ini dan cara ini juga boleh menjimatkan wang dalam jangka panjang kerana tidak perlu membayar caj beg plastik ketika membeli-belah," katanya.

Bagi memastikan amalan mengurangkan penggunaan plastik, Longley turut menasihati pengguna meletakkan beg guna semula berdekatan pintu rumah atau dalam kereta bagi memastikan ia dapat digunakan setiap kali mereka keluar membeli-belah.

kakikuDibibirmu Publish time 22-4-2024 06:25 PM

Sudah tiba masanya Malaysia jadikan plastik sebagai makanan ruji, 0 kalori dan teda karbon banyak

Ahriman Publish time 22-4-2024 07:16 PM

kakikuDibibirmu replied at 22-4-2024 06:25 PM
Sudah tiba masanya Malaysia jadikan plastik sebagai makanan ruji, 0 kalori dan teda karbon banyak

{:gif_borja:}

Samerosie Publish time 22-4-2024 07:19 PM

Boikot pastik.

Skuau Publish time 22-4-2024 07:28 PM

Ini tidak adil..lain la yg dibumi Msia ni Msian jer...ni dgn rohingya,bangla,indon,nepal,myanmar,negro,pilak dll....depa buang pon dpt nma kt Msia jugak...:curse:

mamakcool Publish time 22-4-2024 11:38 PM

Itu belum lagi barangan plastik dari kedai eco/2rm

Themilo Publish time 23-4-2024 07:53 AM

btw, indon dapat tempat ke berapa based on perkapita?

rakyat dia ratusan juta, mesti la perkapitanyahh rendah, walaupun sampahnyah lagi banyak dari ummah tanah melayu. :lol::lol:

malarky Publish time 23-4-2024 08:54 AM

Themilo replied at 23-4-2024 07:53 AM
btw, indon dapat tempat ke berapa based on perkapita?

rakyat dia ratusan juta, mesti la perkapitan ...

ye masuk akal
Pages: [1]
View full version: Malaysia negara ke 5 tertinggi dunia cemari laut dengan plastik


ADVERTISEMENT