CARI-Author Publish time 23-4-2024 08:42 AM

Takde Sivik, Pemandu Honda Civic Memaki Hamun Pekerja Tol! - "Sebab Kau Bodoh Lah Kau Kerja Tol!"

https://tvpeople.files.wordpress.com/2008/05/zalina-promo_0011.jpg?w=1080
Gambar hiasan.

Gara-gara kekurangan baki dalam kad tambah nilai Touch ‘n Go (TnG), seorang pemandu kereta Honda Civic memaki hamun jurutol yang bertugas di Tol Segambut.

Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik oleh individu yang dipercayai abang kepada jurutol tersebut, jelas kedengaran lelaki tersebut mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan terhadap jurutol.

“Menyusahkan oranglah engkau ni. Sebab kau bodoh lah kau kerja tol. Buka! Buka! Kalau pandai kau tak kerja tol la,” ucap pemandu tersebut.

Namun, jurutol berkenaan tetap dalam keadaan tenang walaupun dihina oleh pemandu.

Abang kepada jurutol, @AzfaMierul turut berkongsi klip audio kronologi kejadian di X.

Hantaran video tersebut mendapat perhatian Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang meminta mangsa untuk membuat laporan polis agar siasatan dapat dijalankan.

“Salam sejahtera, Mangsa diminta untuk tampil di mana-mana balai polis berhampiran bagi membuat laporan agar tindakan selanjutnya dapat diambil. Terima kasih,” balas PDRM pada ciapan video.

Mangsa juga mendedahkan sudah pun membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut dan menunggu siasatan pihak polis.

CARI-Author Publish time 23-4-2024 08:44 AM

https://www.mstar.com.my/image/830/553?url=https%3A%2F%2Fapicms.mstar.com.my%2Fuploads%2Fimages%2F2024%2F04%2F22%2F2656520.jpg

CARI-Author Publish time 23-4-2024 08:45 AM

https://twitter.com/AzfaMierul/status/1782228406916256211

CARI-Author Publish time 23-4-2024 08:45 AM

https://twitter.com/AzfaMierul/status/1782351396106654177

Dwdrum Publish time 23-4-2024 08:52 AM

Abang perangai seperti mafia... police report tidak cukap ka....

epullipan Publish time 23-4-2024 08:56 AM

civic fd je pon...mcm mahal sgt keta ko tu

B40tastePosh Publish time 23-4-2024 08:59 AM

No comment. Sepatutnya tak perlu letak manusia dah kat Tol. Sebab utama kita perlu kan mesin dan robot.

batmana Publish time 23-4-2024 09:16 AM

Pihak konsesi tol belilah seketul dua humanoid dari boston dynamic..ni untung sehari kutip tol juta2, kedekut..
29ECwExc-_M?si=SMOwOSXgqxJ3ZEwg

salimrock Publish time 23-4-2024 09:29 AM

epullipan replied at 23-4-2024 08:56 AM
civic fd je pon...mcm mahal sgt keta ko tu

pemilik tu mmg meskin, baki tng pn tak cukup...

salimrock Publish time 23-4-2024 09:33 AM

dah tua pn bodoh,

dulu ada orang nak parang aku, aku cakap , bang cakap je tak guna meh la aku nak tgk ko parang aku....

ckp kt abg tu,ko pun bodoh, sebab tu baki tak cukup wakakak

mayaHD Publish time 23-4-2024 09:35 AM

driver ngan abg toll teller tu sama je baran elok la korang berdua bertumbuk

midori888 Publish time 23-4-2024 09:37 AM

duit tol pun tak mampu byr nak kutuk org....

Firenzza Publish time 23-4-2024 09:37 AM

Edited by Firenzza at 23-4-2024 09:39 AM

Driver hondua patut maki hamun pemerintah yg janji nk hapus tol tp kena berak berketol- ketol....mmg samdol

SAIFULLAH AHMAD
31 OCT 2022 3:44 PM

IPOH - Pakatan Harapan (PH) sedia memansuhkan tol di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) jika mereka diberi mandat membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

airfilterkotor Publish time 23-4-2024 09:46 AM

Mohon PDRM saman ini orang tua, tak pakai tali pinggang keledar sewaktu memandu.

Dah tua-tua pun bodo.
Yang slalu cakap dia biasa lempang-lempang orang ni, tau dah mentaliti jenis apa.

_kelly Publish time 23-4-2024 09:47 AM

alahai pakai civic seken pon berlagak

airfilterkotor Publish time 23-4-2024 09:47 AM

Pemandu Honda.
Penunggang Yamaha.

Dia spesis ni memang huru-hara atas jalan. :lol:

TabletSusu Publish time 23-4-2024 09:52 AM

x faham kenapa dia nak mengamuk. sah2 lah bagi dlm kad dia tu yg x cukup. pakai honda nak tunjuk gah. tp bagi tng pun x cukup.

msdummy.2018 Publish time 23-4-2024 10:00 AM

Tng system sememang bangang...ada plak certain toll xleh detect ewallet balance...babihhhh jah

otai_g Publish time 23-4-2024 10:01 AM

Sp owner sivik? Nak gak Tau background dia? Ada ilmu kebal kena tikam x lut ke cane?

She-Ra Publish time 23-4-2024 10:08 AM

kenapa dia nak marah2 ekk bkn ke salah dia sb baki tak cukup? kenapa tak topup awal2 sebelum gerak
kemain sedap dia hembus ckp org jaga tol tak pandai.. tak baik pandang org dr pekerjaan dia.. janji kerja tu halal
Pages: [1] 2 3 4
View full version: Takde Sivik, Pemandu Honda Civic Memaki Hamun Pekerja Tol! - "Sebab Kau Bodoh Lah Kau Kerja Tol!"


ADVERTISEMENT