mattzzx Publish time 23-4-2024 11:31 AM

David Beckham tetap teruskan saman terhadap Mark Wahlberg

https://www.mstar.com.my/image/830/553?url=https%3A%2F%2Fapicms.mstar.com.my%2Fuploads%2Fimages%2F2024%2F04%2F22%2F2655874.png
David Beckham saman Mark Wahlberg

BINTANG bola sepak, David Beckham menfailkan saman terhadap rakan baiknya iaitu pelakon Mark Wahlberg selepas saham pusat kecergasan yang berpengkalan di Australia, F45 jatuh sehingga menyebabkan dia kerugian sebanyak RM78.4 juta.

Menurut laporan The Sun, syarikat milik Beckham iaitu DB Ventures Ltd (DBVL) mendakwa pelakon Amerika tersebut telah menipu semata-mata ingin bekerja dengan syarikat berkenaan.

Sejak berpindah ke Los Angeles pada tahun 2007 dan menyertai pasukan Major League Soccer LA Galaxy, Beckham telah menjalinkan hubungan akrab bersama Wahlberg setelah mengetahui mereka tinggal di kawasan kejiranan sama iaitu Beverly Hills.

https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2024/04/22/2655875.png

David Beckham dan Mark Wahlberg merupakan rakan akrab serta rakan perniagaan

Namun pada 2020, Beckham telah bersetuju untuk menjadi duta global syarikat tersebut selepas diperkenalkan oleh Wahlberg, yang merupakan pemegang saham minoriti F45 melalui kumpulan pelaburannya Mark Wahlberg Investment Group (MWIG).

Beckham juga turut berkongsi keterujaan dia sebagai duta global F45 dalam satu temu bual sekitar tahun 2020.

“Saya rasa dalam bentuk terbaik yang saya rasai sejak saya bersara daripada bermain bola sepak itu menerusi F45.

"Perkongsian ini adalah usaha perniagaan yang menarik untuk saya juga, dan saya menantikan perjalanan dengan F45 kerana perniagaan itu terus berkembang di peringkat global," katanya mengenai peranannya sebagai duta gimnasium itu.

Namun selepas daripada kejadian saham syarikat gim itu jatuh, segala perkongsian Beckham mengenai kumpulan gimnasium F45 telah dipadamkan di akaun media sosial miliknya.

https://www.mstar.com.my/spotlight/bintang-global/2024/04/22/rasa-dikhianati-kawan-baik-david-beckham-tetap-teruskan-saman-terhadap-mark-wahlberg

Supersirap Publish time 23-4-2024 02:31 PM

Semoga semuanya baik-baik sahaja

berusjamban Publish time 23-4-2024 04:22 PM

Ohhhh patut la selalu nampak marky mark ni promote gym F45 ni. Ada gak dkt2 dgn rmh iols tp mcm xberapa berminat nak join
Pages: [1]
View full version: David Beckham tetap teruskan saman terhadap Mark Wahlberg


ADVERTISEMENT