CARI-HBZ Publish time 23-4-2024 11:07 PM

Toa Payoh tempat tinggal paling mahal di Singapura

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202404/23/230725de4lwik5pwfz5mei.png



SINGAPURA – Toa Payoh muncul tempat tinggal paling mahal di Singapura untuk golongan ekspatriat, demikian menurut kajian yang dilakukan oleh syarikat pembelajaran bahasa, Preply seperti dilaporkan laman berita Stomp hari ini.


Purata pendapatan isi rumah bagi ekspatriat yang menetap di Toa Payoh adalah SG$7,480 (RM25,219), manakala kos sewa bulanan sebanyak SG$6,823 (RM23,917).


Berdasarkan peratusan pendapatan untuk disewa, lima kawasan paling mahal selain Toa Payoh ialah Bukit Merah, Outram, Kallang dan Geylang.


Dalam pada itu, lima kawasan dengan harga paling berpatutan untuk golongan tersebut ialah Ang Mo Kio, Sembawang, Yishun, Punggol dan Choa Chu Kang.


Secara umumnya, semakin jauh dari pusat bandar, semakin rendah harga sewa rumah yang diperoleh.


Menurut kajian yang sama, Singapura berada di kedudukan sama dengan Basel di Switzerland, sebagai bandar ketiga terbaik di dunia untuk ekspatriat bekerja dan menetap. – AGENSI

jazaa100 Publish time 23-4-2024 11:11 PM

Aku dulu memang suka pi Toa payoh ni....masa tu aku sek ren, tempat teratur & bersih....ada satu emporium CK Tang memang best sgt shopping kat situ.....

Yg paling aku tak suka, bila mak aku nk pi geylang....berserabut sgt....

mizzmimi Publish time 24-4-2024 08:15 AM

Singapo banyak antu

Samerosie Publish time 24-4-2024 10:37 AM

jazaa100 replied at 23-4-2024 11:11 PM
Aku dulu memang suka pi Toa payoh ni....masa tu aku sek ren, tempat teratur & bersih....ada satu emp ...

Ya Rabbi, samalah dulu kecik2 mmg tu lah tempat menyopping mak pak, gi geylang mall tu yg penuh dgn kedai jual pinggan mangkuk, carpet etc. pastu gi sembawang sebab pak aku nak tengok barang keta.Gi lak bugis st area situ buka posa.lemah.

aliaa Publish time 24-4-2024 11:55 AM

dulu2 kenapa mak2 suka shoppin kat singapo

jazaa100 Publish time 24-4-2024 05:57 PM

Edited by jazaa100 at 24-4-2024 05:59 PM

aliaa replied at 24-4-2024 11:55 AM
dulu2 kenapa mak2 suka shoppin kat singapo

Harga brg murah sgt....beza sgt dgn kat msia...
Aku brg² sekolah, byk beli kat spore....pen, jam tgn, beg etc....memang quality tak sama yg jual kat msia.....sampai cikgu aku kata aku org kaya pakai brg mahal²....dia pun tak de brand tu....pdhal family aku biasa² je ....

Lg satu, brg letrik sana pun murah....blender, mesin mee semua sampai sana dulu, yg ada kat msia ni, harga berkali² ganda mahal.... Baju pun cantik² corak kat ssna tau.....

mejaputih Publish time 24-4-2024 05:58 PM

aliaa replied at 24-4-2024 11:55 AM
dulu2 kenapa mak2 suka shoppin kat singapo

mak iols pun penah gi rombongan shopping sana masa dia muda remaja dulu...

green~tea Publish time 24-4-2024 06:05 PM

aliaa replied at 24-4-2024 11:55 AM
dulu2 kenapa mak2 suka shoppin kat singapo

Dulu 80 sen kita.. sama dengan singgit lebih dia... matawang kita jauh lg mahai..

Lepas economic crisis 1998.. kita jatuh teruk... tak bangun2 sampai skang

green~tea Publish time 24-4-2024 06:10 PM

Expat apa kat singapork gaji 7k SGD?

Mcm murah sgt je expat income gitu...
Pages: [1]
View full version: Toa Payoh tempat tinggal paling mahal di Singapura


ADVERTISEMENT