FOTHER-MUCKER Publish time 23-4-2024 11:08 PM

Anak kucing dibakar hidup-hidup

Edited by FOTHER-MUCKER at 23-4-2024 07:11 AM


Anak kucing dibakar hidup-hidup

23 April 2024, 6:14pm

https://media.buletintv3.my/2024/04/RlsPK0uh-BTV3-WORK-19.jpg
Foto tular



[KAJANG: Seekor anak kucing melecur teruk selepas dibakar tiga lelaki di parkir motosikal Flat Seri Kenari, di sini, semalam.
Presiden Persatuan Haiwan Malaysia Arie Dwi Andika berkata, tiga lelaki terbabit bertindak membakar anak kucing itu pada 2 petang semalam.

Laporan polis sudah dibuat dan kami meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan atas perbuatan ini.
Kita khuatir ia petanda awal keparahan kriminologi terhadap haiwan merebak kepada manusia lain akibat tiada langkah pencegahan, hukuman dan koreksional diambil dengan pantas,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, PDRM boleh mengguna pakai Akta Kebajikan Haiwan 2015 dalam menjalankan siasatan dan mencadangkan pendakwaan kepada pendakwa raya bagi kes jenayah haiwan begini.
Anak kucing yang dibakar dilaporkan melecur teruk diselamatkan dan dibawa ke veterinar swasta untuk rawatan pemulihan intensif,” katanya.
https://www.buletintv3.my/nasional/anak-kucing-dibakar-hidup-hidup/


mojarean_X Publish time 23-4-2024 11:11 PM

So korang dh fahamlah nape Thanos nk hapuskan separuh populasi dunia kan

edayildiz Publish time 23-4-2024 11:20 PM

sialnya..ingt obersi..:mad:
malang betul hidup stray cat ni
kalau xblh jd pencinta hewan jgn seksa dorg..
i ngn kuceng, anjing ,panda i xblh lak..sedih..

amlm boss i punya kucing mati..dia cite kt i..pastu i tnya tnya la..sekali dia nngis..i fhm sedih giler kot..tktnya nk menghadapi bnda gitu..i jnis lambat nk move on:'(
selalu doa kucing i dipanjangkn umo..

dani-rox Publish time 23-4-2024 11:36 PM

salah sorg pembuat konten bideo seksa dan bunuh kucing/anak kucing di China, pernah bg tahu kenapa dia org pilih hewan tuh - sbb bunyinya paling mirip suara baby. kalo diikutkan dia org lebih prefer nak buat benda2 tak berperikemanusiaan ke atas bayi atau budak kecik. Tapi kucing is the next best thing.

Ahriman Publish time 24-4-2024 12:12 AM

Gampunknya nakharam tiga ekor ni.melampau kelaku.aku doa korang pulak excident sampai diri terbakar.

zehra2 Publish time 24-4-2024 01:31 AM

mmg ada balasan nya. kucing ni ada badi. org pakat buat aniaya dok ingat² lah ya.
jgn nanti dh terbaring baru nk menyesal berckp pd Tuhan knapa ko yg sengsara.

FOTHER-MUCKER Publish time 24-4-2024 04:57 AM

Edited by FOTHER-MUCKER at 23-4-2024 12:58 PM


Bakar anak kucing hidup-hidup, 3 diburu polis


[*]Oleh TUAN NURHIDAYAH TUAN AB.GHANI
[*]23 April 2024, 10:05 pm

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/04/kucing.jpegRakaman CCTV menunjukkan sekumpulan lelaki bertindak membakar seekor anak kucing hidup-hidup. FOTO - Instagram Persatuan Haiwan Malaysia


KAJANG – Polis sedang mengesan tiga lelaki yang membakar seekor anak kucing hidup-hidup di tempat letak kenderaan Flat Sri Kenari, Sungai Ramal Baru, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan kejadian daripada wanita warga emas tempatan berusia 63 tahun pada pukul 10.31 pagi tadi.
Menurut pengadu, seorang saksi yang juga penduduk di flat berkenaan telah ternampak seekor anak kucing sedang terbakar dan dia segera mencurah air untuk memadamkannya.
Katanya, pengadu menjumpai anak kucing itu dalam keadaan lemah dan segera menghantarnya ke Klinik Veterinar Swasta di Ampang.
“Semakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati kejadian berlaku semalam kira-kira pukul 1 tengah hari.
“Terdapat tiga suspek lelaki melepak di tapak letak kenderaan dan dua daripada suspek telah menyimbah bahan bakar ke atas anak kucing tersebut dan salah seorang menyalakan api.
“Ketiga-tiga mereka hanya menyaksikan anak kucing tersebut berlari dalam keadaan badan terbakar,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Mohd Zaid, anak kucing berusia enam minggu itu ditempatkan di sebuah Klinik Veterinar Swasta di Ampang susulan melecur tahap dua.
“Keadaan anak kucing agak kritikal dan perlu diletakkan di bawah pemerhatian rapi sekurang-kurangnya satu minggu.
“Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kajang telah pun mengenal pasti suspek dan kini sedang giat mengesan suspek untuk membantu siasatan,” jelasnya.
Tambahnya, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 428 Kanun KeseksaanOrang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh berhubung dengan mana-mana Balai Polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Suresh Krishnan di talian 0174333795 bagi membantu siasatan. -KOSMO! ONLINE



hokeypokey Publish time 24-4-2024 05:44 AM

semoga korang mampus dan lenyap dr muka bumi ni

imanda Publish time 24-4-2024 06:43 AM

semoga pelaku jahat ni dpt balasan terbakor hidup2 jugak.

FOTHER-MUCKER Publish time 24-4-2024 07:03 AM

Suspect tak kelihatan seperti melayu.

SedihPedih Publish time 24-4-2024 08:03 AM

org mcm ni patut kena lock up aja.. ada mental issue..

shamsadis Publish time 24-4-2024 08:11 AM

sia2 ada rekod jenayah :lol: nak kerja susah dah

duri_durians Publish time 24-4-2024 08:14 AM

pukul 1 tghari melepak kat motor nampak sangat la takde keje. dah tak keje perangai cam haram pulak. setan.

olaoli Publish time 24-4-2024 08:56 AM

aku x paham bangsat yang ada vendetta dengan haiwan ni. apa masalah korang eh setan? kucing pulak tu, haiwan lemah lembut.

Denco Publish time 24-4-2024 09:11 AM

Elok mampus cepat2 3 ekor anak harom ni. Ada potensi bole bunuh org gak

Simunggu Publish time 24-4-2024 09:13 AM

ini kerja gila..ramai org sudah gila..

B40tastePosh Publish time 24-4-2024 09:18 AM

Sebab tu aku tak suka kawan dengan orang miskin.

epullipan Publish time 24-4-2024 09:31 AM

dah takde keja ke sampai pi bakar anak kucing tu:shakehead3:

dua_chzy Publish time 24-4-2024 09:32 AM

dani-rox replied at 23-4-2024 03:36 PM
salah sorg pembuat konten bideo seksa dan bunuh kucing/anak kucing di China, pernah bg tahu kenapa d ...

Ni yang betina budak U konon budak pandai tu kan? :I:I:I

I.K.A888990 Publish time 24-4-2024 10:03 AM

apa je salah kucing tu kat kau wahai lahanat2 oiiiii
Pages: [1] 2
View full version: Anak kucing dibakar hidup-hidup


ADVERTISEMENT