maklukpenggoda Publish time 24-4-2024 09:59 AM

'Diam sajalah Sanusi'

Edited by maklukpenggoda at 24-4-2024 10:19 AM

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menasihatkan Muhammad Sanusi Md Nor supaya menumpukan perhatian terhadap tugas dan tanggungjawabnya sebagai menteri besar Kedah berbanding 'menyibuk' tentang negeri lain.
Fahmi yang juga jurucakap kerajaan perpaduan berkata ini kerana pengarah pilihan raya Perikatan Nasional (PN) terlalu banyak bercakap daripada membuat kerja.
[“Saya rasa daripada dia sibuk tentang negeri lain sibukkan diri dia untuk menyiapkan pelbagai projek yang telah beliau umumkan di negeri Kedah, sama ada projek litar atau apa saja dia ini sembang banyak tapi (projek yang) siap tak banyak.
"Berbeza dengan menteri besar Selangor umum (projek pembangunan) dan kita dah lunaskan, tunaikan.
Jadi, menteri besar Kedah ini dahlah dia ada kes hasutan melibatkan Tuanku Sultan Selangor, jadi saya rasa diam sajalah Sanusi,” kata Fahmi dalam sidang media selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) di Kuala Lumpur, hari ini.
Sanusi semalam berkata tindakan MIC dan MCA untuk memboikot PRK Kuala Kubu Bharu memberi kelebihan kepada PN.
Pemimpin PAS itu juga berkata pihaknya mahu meretakkan lagi hubungan kerajaan PH-BN yang menurutnya kini telahpun sedia retak.
"Kita akan retakkan lagi untuk menjadi belah. Mereka sudah retak, kita akan pecahkan lagi. Itu kerja politik," katanya ketika ditemui pemberita di Kuala Lumpur.
DUN Kuala Kubu Bharu kosong berikutan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong pada 21 Mac lalu selepas dia mewakili kawasan berkenaan sejak 2013.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari mengundi pada 11 Mei manakala hari penamaan calon pada 27 April.
Tarikh pengundian awal pula ditetapkan pada 7 Mei depan.
Kuala Kubu Bharu merupakan kerusi campuran dengan pecahan pengundi Melayu terdiri daripada 51 peratus diikuti Cina (30 peratus) dan India (18 peratus) manakala baki 1 peratus lagi kaum lain.
https://www.malaysiakini.com/news/703378

Samerosie Publish time 24-4-2024 10:16 AM

Ye diam sajalah kau, berkaraoke pun tak sedap. Kedah Darul Umum.

ifanonline Publish time 24-4-2024 10:18 AM

majoriti MB di malaysia ni sembang kuat...biasa la org melayu, kerja tak seberapa, sembang saje kuat

pokokmeranti Publish time 24-4-2024 10:37 AM

sama2 geng pembohong, janji yg tidak ditunaikan. cakap ke lebih

SWORKS27 Publish time 24-4-2024 10:44 AM

dua2 patut diam..buat ja kerja yg diamanahkan oleh raykat...
sembang kari ja lebih

polinkuer Publish time 24-4-2024 11:15 AM

Nasihat Menteri Perhubungan Fahmi Fadzil kepada Muhammad Sanusi Md Nor agar fokus kepada tugas dan tanggungjawab sebagai penasihat Kedah adalah wajar, saya rasa sudah tiba masanya untuk mencari penyelesaian radikal untuk Hentikan cerita ini.
Quick Draw

Kuin-Kepam Publish time 24-4-2024 09:01 PM

Lagi melayan lagi menjadi. Tak perlu pun..

nikaido Publish time 24-4-2024 09:15 PM

Contoh2 sembang sanusi. Antara yg plg aku ingat sembang buat litar. Selangor relaks je siapkan xde kecoh2

BicaraHatiku Publish time 25-4-2024 12:45 PM

Pakcik Bwg
Pages: [1]
View full version: 'Diam sajalah Sanusi'


ADVERTISEMENT