Abahmung Publish time 24-4-2024 11:53 AM

Joget 'Alamak Raya Lagi' versi tauke babi raih 1.6 juta tontonan

Joget 'Alamak Raya Lagi' versi tauke babi panggang raih 1.6 juta tontonan
Diterbitkan:Apr 23, 2024 12:29 PM

https://i.newscdn.net/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2024/04/4c5f27580d124f0261b13c6b7d83176f.jpg=s800

Fenomena lagu Alamak Raya Lagi nampaknya bukan saja mempengaruhi orang Melayu Islam, bahkan turut memberi idea kepada rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Antaranya seorang tauke babi yang turut tidak melepaskan peluang untuk memuat naik lagu dendangan kumpulan De Fam itu di TikTok dengan disertai tarian yang tersendiri.

Berdasarkan maklumat di akaun media sosial tersebut lelaki terbabit merupakan penjual daging babi panggang di Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Ditinjau di laman sosialnya, lelaki Cina berkenaan dilihat memang gemar membuat kandungan berupa tarian di TikToknya.

Menurut kapsyen yang ditulisnya, tarian bagi lagu Alamak Raya Lagi itu ditujukan buat rakan-rakannya yang berbangsa Melayu.

Tarian yang dimuat naik di TikTok pada 14 April lalu berjaya meraih sebanyak 1.6 juta tontonan setakat berita ini ditulis.

"Maaf saya lambat buat cover ini. Ini joget untuk kawan-kawan Melayu saya, terima kasih kerana menjadi sebahagian hidup saya," tulisnya.


Dia juga memberi penghargaan kepada kawan-kawan kerana sedia menerima dia seadanya di sebalik terlibat dalam perniagaan yang tidak halal mengikut hukum Islam.

Sementara itu di ruangkan komen menunjukkan video berkenaan mendapat reaksi positif warga maya termasuk dalam kalangan orang Melayu yang terhibur dengan gelagat individu terbabit.

Bahkan ada yang memuji langkah ahli perniagaan itu sebagai simbol perpaduan masyarakat pelbagai kaum di negara ini dalam meraikan kepelbagaian.

https://i.newscdn.net/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2024/04/3a9ec389d2789a332df7dc9d583fba61.jpg

Sebelum ini Lagu Alamak Raya Lagi dendangan kumpulan De Fam mencetuskan fenomena apabila sekumpulan gadis berbangsa India menggayakan baju kurung dan kebaya menari menggunakan lagu itu dalam aksi klip video hari raya sehingga sohor kini di TikTok.

Dikenali dengan nama The Cine Dance, video 11 penari berusia antara 14 hingga 26 tahun itu semakin mendapat perhatian di media sosial di TikTok, Instagram dan Facebook sehingga merekodkan hampir sejuta tontonan.

Selain menarik minat masyarakat bukan Melayu, lagu berkenaan juga dilaporkan telah tular ke luar negara.

alesandra Publish time 24-4-2024 06:31 PM

Jgn pulak adabangang kata nak menungangapa ye.dah dia jual babi nk tunggang apa?

noor2 Publish time 24-4-2024 08:07 PM

Dah kenapa nk highlight dia tokeh babi....bodo betul wartawan nih

kanecharles Publish time 25-4-2024 11:30 PM

Edited by kanecharles at 25-4-2024 11:32 PM

Ini adalah kisah yang sangat menarik dan mengagumkan tentang keharmonian budaya dan interaksi antara masyarakat yang berbeza di Malaysia. Hakikat bahawa seorang penjual daging yang istimewa menyertai aliran "Alamak Raya Lagi" dengan mempersembahkan koreografi yang unik dan mendapat sambutan positif masyarakat Melayu menunjukkan semangat setiakawan dan saling menghormati time calculator. bersama-sama. Ini sangat dipuji dan merupakan contoh yang menarik tentang bagaimana orang boleh mengintegrasikan dan berkongsi budaya antara satu sama lain, merentasi sempadan etnik. Kisah ini menjadi sumber inspirasi dan harapan untuk perpaduan dalam masyarakat berbilang budaya.

syamzana Publish time 26-4-2024 12:08 AM

tepek la video skali

FOTHER-MUCKER Publish time 26-4-2024 12:21 AM

Nanti adalah lebai kata lagu raya dah jadi haram:lol:

hashashes Publish time 26-4-2024 12:33 AM

Lagi elok lah aku baca pasal tokey bab1 ni menari dari baca cerita alip dengan battle of the scandal tu {:1_152:} bab1 btl, tak habis2

sharlenetexas Publish time 26-4-2024 12:47 AM

Dedulu kan ada lori babi eksiden kat highway. Berlari2 kat atas jalan. Itu baru betul alamak... alamak... Tapi jgn letak perkataan raya. Alamak alamak dah cukup.


Thunderclouds Publish time 26-4-2024 05:39 AM

Dh 2024 pon masih wat pelik cina mkn babi /tokey babi panggang ada kwn sama mulayu.

Pages: [1]
View full version: Joget 'Alamak Raya Lagi' versi tauke babi raih 1.6 juta tontonan


ADVERTISEMENT