CARI-Author Publish time 24-4-2024 02:20 PM

Dapat Rasakan Suhu Menurun, Penyaman Udara Dah Lama Rosak, Boleh Bukak Kipas Je!

http://img.youtube.com/vi/7J4Yvrroz18/0.jpg
Gambar hiasan kipas.

"Sewaktu saya ditawarkan kerja di sini tiga tahun lalu, saya sudah diberikan amaran yang tempat ni 'keras' dan ramai staf sebelum saya diganggu. Tapi saya cekalkan hati sebab saya nak bekerja," kata Haziq.

Menyingkap sejarah lampau perpustakaan Pekan Beluru, Haziq berkata penduduk tempatan mendedahkan tapak perpustakaan tersebut pada dahulunya merupakan 'perkampungan' makhluk halus.

"Itulah antara sebab perpustakaan ni 'panas' dengan aktiviti paranormal. Saya sendiri pun pernah terkena dan boleh dikatakan antara yang paling teruk diganggu berbanding staf lain.

"Kejadiannya dua tahun lalu, saya baru lagi bekerja ketika tu. Masih segar di ingatan, hari Khamis pukul 4.30 petang dalam selepas Asar, saya tengah buat kerja senaraikan buku yang hendak dilupuskan.

"Tiba-tiba pintu depan perpustakaan ni dibuka macam ada orang masuk, tapi apabila saya toleh ke belakang tiada siapa pun. Nak cakap angin mustahil sebab pintu kaca tu berat dan ada penahan yang kuat, macam mana boleh terbuka sendiri?

"Maksudnya ada 'sesuatu' yang tolak. Serentak dengan tu juga, saya dapat rasakan suhu dalam perpustakaan ni menurun, sejuk rasanya. Kalau nak tahu, penyaman udara perpustakaan dah lama rosak, boleh buka kipas je," cerita Haziq.

Dalam pada itu, Haziq berkata bulu roma badannya mula meremang, menandakan kemungkinan wujud entiti yang menemaninya dalam perpustakaan terbabit.

"Saya dah rasa tak sedap hati, untuk elakkan perkara yang tidak diingini berlaku, saya siapkan kerja seawal mungkin dan segera pulang. Hari-hari seterusnya saya masuk juga kerja macam biasa sebab saya nak cari rezeki, mental kena kuat.

"Tak lama selepas tu saya minta bantuan seorang rakan yang terbuka 'hijab' untuk tengokkan perpustakaan tu. Dia kata memang nampak ada 'benda' yang duduk dalam perpustakaan, sampai dia pun hanya berani tengok daripada luar je.

"Dia nasihatkan saya untuk 'bersihkan' perpustakaan tu. Saya pun dapatkan khidmat seorang ustaz untuk buat bacaan. Tapi ustaz tu letak syarat, proses 'pembersihan' hanya boleh dibuat daripada jauh sebab risau keadaan jadi lebih parah.

"Maka saya pun buat panggilan telefon loud spekaer dengan ustaz tu, dia baca-baca dan saya berjalan ke setiap sudut perpustakaan. Menggigil tangan ni tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar," imbas Haziq.

Memasuki tahun ketiga bekerja, Haziq bersyukur sudah tiada lagi gangguan mistik yang menghantuinya di perpustakaan itu.

"Apabila habis sesi dengan ustaz tu, perpustakaan ni dah tak ada sebarang insiden paranormal. Saya dapat bekerja dengan aman sehingga ke hari ini, lega rasanya," kata Haziq menutup bicara.

CARI-Author Publish time 24-4-2024 02:20 PM

https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2024/04/23/2619515.jpeg
Bahagian dalam perpustakaan awam di Pekan Beluru.

CARI-Author Publish time 24-4-2024 02:21 PM

https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2024/04/23/2619514.jpeg
Ruang kerja Haziq di dalam perpustakaan.

renko Publish time 24-4-2024 03:23 PM

dah kenapa la tiap posting de gmbar barua yang takde kaitan

midori888 Publish time 24-4-2024 03:34 PM

dua org nie maskot CI ke?

tungkai Publish time 24-4-2024 03:38 PM

Pekan Beluru tu kat mana..?? So relevance pada isu semasa adalah...

B40tastePosh Publish time 24-4-2024 03:43 PM

Elok la sejuk bila jin ada...boleh bela jin musim panas gila skang ni.

Thunderclouds Publish time 24-4-2024 03:44 PM

Reputs ada personal vendetta against jah ka hapa?
Jah caras boipren hg?
Or hg penah try masuk line tp jah libas ngn turban?
Kaaaa..hg ni dulu agen tegar prodakĀ² timbang kilo jah hat ujungĀ² kna kamboih blakang umah? :lol:;P
Ni dh kira salah guna kosa.
Momod ci or admin6 xkan dok tgk saja.

Cyempaka Publish time 24-4-2024 03:45 PM

renko replied at 24-4-2024 03:23 PM
dah kenapa la tiap posting de gmbar barua yang takde kaitan

sebab cari author ni hidupnya sangat menyedihkan. dia terpaksa letak gmbr xde kaitan utk tarik org bukak benang dia. kalo tidak xde orang layan sbb topik2 yg dia bukak xbest. selain itu dia buat tajuk mengundang, kadang2 letak tarikh kedepan supaya benang dia sentiasa di atas. bila nampak benang dia sendu di aidilfitri, dia sendiri akan reply - boikot itu boikot ini.

sedih.

:lol:

syamzana Publish time 24-4-2024 03:54 PM

setakat cite kes paranormal camni, iols blh cerita kak ponti bertenggek atas bumbung rumah mak iols pkl 2pagi masa kejadian banjir awal thn ritu. jelas kelihatan 'dia' memantau kenaikan paras air (adik i kata:lol:)

ape ke bongok ci skrg semua news masuk. dah la satu kerja plak nak kene gugel celah mana pekan beluru ni.

renko Publish time 24-4-2024 04:21 PM

Cyempaka replied at 24-4-2024 03:45 PM
sebab cari author ni hidupnya sangat menyedihkan. dia terpaksa letak gmbr xde kaitan utk tarik org ...

betul2 xde life ye barua ni
mcm hanat je modus operandi

ninja boy Publish time 24-4-2024 04:49 PM

Janji ada kerja ada gaji nak byr kereta rumah ptptn dah habis bayar lum

zuuu Publish time 24-4-2024 06:38 PM

Kat mana tempat keja brother ni???ada kekosongan lagi x,aq bminat nk join kalo ada:lol: library plus mystery element 2 benda fav aq:lol:

dua_chzy Publish time 24-4-2024 08:26 PM

syamzana replied at 24-4-2024 07:54 AM
setakat cite kes paranormal camni, iols blh cerita kak ponti bertenggek atas bumbung rumah mak iols...

Kan. Aiol pon tinggal serumah dengan hantus. Ok je. :lol;

CARI-Author Publish time 25-4-2024 09:11 AM

boikot kipas

jejaka_hensem Publish time 25-4-2024 09:21 AM

Kalau korang nak cuba rasa seram2 manja,cer cuba ke muzium taiping sorang2.
Dengan bayaran serendah 2 ringgit,korang naik tingkat atas,jalan sorang2 sambil nikmati barang2 yg dipamerkan.dengan lampu yg redup2 manja,korang akan dpt rasakan mcm ada aura jahat yg dtg tiba2:lol:
Tapi iols enjoy pegi muzium taiping ni sebab xde orang sgt,boleh pusing lama2 dlm tu.

salimrock Publish time 25-4-2024 09:24 AM

sebelum aku search pekan beluru ni, aku nak teka, ia teletak di indon kot..

shernazz Publish time 25-4-2024 12:01 PM

jejaka_hensem replied at 25-4-2024 09:21 AM
Kalau korang nak cuba rasa seram2 manja,cer cuba ke muzium taiping sorang2.
Dengan bayaran serendah...

Thanks
Iols nak gi sana.lah
Iols suka gi muzium2 Ni...

shernazz Publish time 25-4-2024 12:01 PM

salimrock replied at 25-4-2024 09:24 AM
sebelum aku search pekan beluru ni, aku nak teka, ia teletak di indon kot..

Atas indon
Serawak

tripleid Publish time 25-4-2024 12:09 PM

takde gamba hiasan muka org lain ke hanat???
Pages: [1] 2
View full version: Dapat Rasakan Suhu Menurun, Penyaman Udara Dah Lama Rosak, Boleh Bukak Kipas Je!


ADVERTISEMENT