CARI-HBZ Publish time 24-4-2024 09:04 PM

Lelaki cedera ditembak cuba rempuh anggota polis

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202404/24/210402rvxr5pxwxr8wu3dd.png





PETALING JAYA – Gara-gara cuba merempuh anggota polis ketika ditahan untuk pemeriksaan, seorang lelaki cedera ditembak dalam kejadian di kawasan parkir sebuah taman perumahan di Kota Damansara, di sini, awal pagi tadi.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, suspek yang dalam keadaan mencurigakan ditahan anggota polis untuk pemeriksaan sekitar pukul 5 pagi.


“Suspek yang memandu sebuah kenderaan diarahkan supaya berhenti, bagaimanapun dia enggan dan terus memandu secara melulu.


“Suspek cuba melanggar anggota polis yang berdiri di hadapan kereta menyebabkan satu das tembakan dilepaskan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


Tambah beliau, suspek yang mengalami kecederaan di bahagian kepala kemudiannya dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.


“Suspek turut didapati memiliki sembilan rekod jenayah lampau membabitkan kes bunuh, pecah rumah selain pernah dikenakan tindakan tahanan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA).


“Siasatan dijalankan mendapati suspek menggunakan kereta curi yang sebelum ini dilaporkan hilang di kawasan Sungai Buloh,” katanya.


Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.


Sumber – KOSMO! ONLINE.

Kurex Publish time 25-4-2024 03:28 PM

buat apa selamatkan... biar la dia mati dalam keadaan terseksa
Pages: [1]
View full version: Lelaki cedera ditembak cuba rempuh anggota polis


ADVERTISEMENT