CARI-HBZ Publish time 24-4-2024 09:13 PM

PM Australia gelar Elon Musk ‘bilionair sombong’

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202404/24/211321w6ta0m6emmi0xshp.png



CANBERRA – Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese menggelar Elon Musk sebagai ‘bilionair sombong’ kerana menolak gesaan kerajaan negara itu untuk menghapuskan video berkaitan satu serangan di gereja, di platform X,.


Perbadanan Penyiaran British (BBC) melaporkan, mahkamah Australia pada kelmarin telah mengarahkan X untuk menyembunyikan beberapa hantaran mengenai kejadian tikaman seorang paderi di Sydney pada minggu lalu.


“Dia (Musk) berasa dia lebih berkuasa berbanding undang-undang, dia juga bersikap keterlaluan,” kata Albanese kepada ABC News.


Minggu lalu, Suruhanjaya e-Keselamatan Australia mengancam X serta laman media sosial lain dengan denda yang tinggi jika ia tidak menyekat video tikaman dalam insiden tersebut.


X berkata, ia sudah menyekat kandungan untuk pengguna di Australia.


Namun, platform itu tidak akan menyekat siaran untuk pengguna di luar negara dengan alasan kerajaan Australia tidak mempunyai kuasa untuk menentukan kandungan yang boleh dilihat penggunanya secara global.


Suruhanjaya e-Keselamatan Australia merayu injuksi mahkamah selepas Musk mengatakan bahawa tindakan X jelas membenarkan pengguna di luar Australia mendapat akses menonton rakaman berkenaan.


“Saya berasa tercabar selepas X memilih untuk tidak mematuhi (arahan) dan cuba berhujah dalam kes mereka,” kata Albanese dalam sebuah taklimat. – AGENSI

sharlenetexas Publish time 25-4-2024 04:16 PM

Sombong bila ada kuasa.


sayurmayur88 Publish time 26-4-2024 08:32 AM

sebab dia orang paling kaya atas dunia kot.
ramai tunduk ke kita klu kita ada duit dan auto, kuasa..

Dwdrum Publish time 26-4-2024 08:42 AM

Kenapa perlu pilih kaseh?... Oz gomen boleh pilih banned those videos negara sendiri... If person yang committed crime ada mental issue or issue lain... masing masing boleh buat narratives sendiri
Pages: [1]
View full version: PM Australia gelar Elon Musk ‘bilionair sombong’


ADVERTISEMENT