sfhzuraz Publish time 25-4-2024 09:33 PM

Yang Dipertua Negeri, Ketua Menteri Pulau Pinang serah sumbangan kepada keluarga Muhammad Firdaus

Yang Dipertua Negeri, Ketua Menteri Pulau Pinang serah sumbangan kepada keluarga Muhammad Firdaus


BERNAMA - April 25, 2024 @ 8:46pm


https://assets.bharian.com.my/images/articles/sedihhhh_1714049188.jpg
Bapa Allahyarham Komander Muhammad Firdaus Ramli, Ramli Abd Hamid, 69, tidak dapat menahan sebak ketika Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Koon Yeow, menziarahi keluarganya di Pantai Jerjak, Sungai Nibong hari ini. - Foto BERNAMA



GEORGETOWN: Kerajaan Pulau Pinang hari ini menyerahkan sumbangan kepada keluarga Allahyarham Komander Muhammad Firdaus Ramli, anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam tragedi helikopter terhempasdi Lumut, Perak, Selasa lalu.
Sumbangan peruntukan khas ketua menteri itu diserahkan sendiri Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, kepada bapa Allahyarham, Ramli Abd Hamid, 69, ketika menziarahi kediaman keluarganya di Pantai Jerejak di sini, petang ini.
Kon Yeow berkata, kerajaan negeri sedia berbincang mengenai bentuk bantuan lain kepada keluarga Allahyarham selepas ini dan berharap Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan TLDM melakukan siasatan sebaik mungkin bagi mengetahui punca sebenar kejadian yang turut mengorbankan sembilan lagi anggota TLDM.
"Kita semua sedih atas kejadian yang mengorbankan 10 orang wira negara, lebih-lebih lagi keluarga mangsa. Kita turut memberikan sedikit sumbangan hari ini sebagai tanda prihatin atas tragedi yang menimpa," katanya kepada pemberita.
Terdahulu, Kon Yeow meluangkan masa kira-kira 20 minit bersama ahli keluarga Allahyarham.
Turut hadir, Panglima 2 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Azhan Md Othman dan Panglima Laut Wilayah 3 Laksamana Pertama Roslee Mohamad Isa.
Bercakap kepada pemberita, Ramli mengucapkan terima kasih atas keprihatinan kerajaan negeri yang memberikan sumbangan dan kata-kata semangat ketika dirinya amat memerlukan sokongan selepas kehilangan anak dalam tragedi menyayat hati itu.

https://assets.bharian.com.my/images/articles/Fuzi_1714049166.jpg
Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak (dua, kiri) menyampaikan sumbangan kepada balu Allahyarham Komander Muhammad Firdaus Ramli, Sofiyyah Saidin, ketika menziarahi keluarga arwah di Pantai Jerjak, Sungai Nibong, hari ini. - Foto BERNAMA


Sementara itu, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak, turut menziarahi keluarga Allahyarham dan meluangkan kira-kira 30 minit bertanyakan khabar dan perkembangan terkini mengenai siasatan tragedi itu.
Beliau menyerahkan sumbangan berupa cek bernilai RM10,000 kepada isteri Allahyarham, Sofiyyah Sa'adon daripada Yayasan Amal Tuan Yang Terutama (TYT) Pulau Pinang selain RM30,000 yang disumbangkan oleh beberapa ahli korporat.
Keluarga Muhammad Firdaus turut menerima tiga kotak makanan keperluan asas daripada yayasan berkenaan.
Muhammad Firdaus, 44, Pegawai Memerintah Skuadron 503 TLDM, antara 10 tentera yang maut dalam nahas dua helikopter di Pangkalan Tentera Laut TLDM di Lumut, Perak, Selasa lalu.
Allahyarham meninggalkan isteri, Sofiyyah, 42, dan seorang anak lelaki berusia empat tahun.
Jenazah Muhammad Firdaus selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Sungai Nibong Besar di sini semalam, selepas solat jenazah dan diberi penghormatan terakhir mengikut istiadat rasmi TLDM di Kem 23 Rejimen Askar Melayu Diraja Ipoh, Perak. – BERNAMA
Yang Dipertua Negeri, Ketua Menteri Pulau Pinang serah sumbangan kepada keluarga Muhammad Firdaus (bharian.com.my)





Pages: [1]
View full version: Yang Dipertua Negeri, Ketua Menteri Pulau Pinang serah sumbangan kepada keluarga Muhammad Firdaus


ADVERTISEMENT