EJALTI Publish time 26-4-2024 01:48 PM

Berang pasangan bertengkar, lelaki rempuh kereta di tempat letak kenderaan

Berang pasangan bertengkar, lelaki rempuh kereta di tempat letak kenderaan

https://www.freemalaysiatoday.co ... at-letak-kenderaan/

FMT Reporters
26 Apr 2024, 11:32 AM

https://www.freemalaysiatoday.com/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2024%2F04%2Fe152a7e5-langar-each-other-260424.webp&w=2048&q=50
Kejadian itu dirakam dalam sebuah klip video 27 saat yang menjadi tular, menunjukkan detik suspek merempuh kenderaan pengadu dengan keretanya.

Suspek berusia 35 tahun ditahan pada Rabu dan direman tiga hari.

PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelaki kerana merempuh sebuah kereta lain di tempat letak kenderaan kondominium di Kuala Lumpur Isnin lalu.

Ketua Polis Brickfields, Ku Mashariman Ku Mahmood, berkata siasatan awal mendapati suspek berusia 35 tahun berang kerana pengadu dan teman wanitanya bising ketika bergaduh di unit kondominium mereka.

Katanya, suspek adalah rakan kepada penyewa lain di unit didiami pasangan tersebut.

“Selisih faham tersebut tidak terhenti di rumah dan menyebabkan berlakunya kejadian khianat kenderaan apabila suspek yang memandu kenderaan lain didapati dengan sengaja telah melanggar kenderaan pengadu yang keluar dari tempat letak kenderaan.

“Kenderaan pengadu mengalami kerosakan yang teruk (namun) pengadu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan.

Kejadian itu dirakam dalam sebuah klip video 27 saat yang menjadi tular, menunjukkan detik suspek merempuh kenderaan pengadu dengan keretanya.

Ku Mashariman berkata, suspek ditahan kira-kira 6.15 petang Rabu sebelum direman tiga hari.

Katanya, suspek didapati mempunyai pelbagai rekod jenayah sejak 2014 dan dikehendaki berhubung siasatan kes jenayah lain di Cheras.

“Kertas siasatan yang lengkap dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya Kuala Lumpur pada 26 April dengan cadangan untuk menuduh suspek bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat,” katanya.

hokeypokey Publish time 26-4-2024 01:53 PM

orang lain yg bergaduh dia plak yg hangin

supernaturalee Publish time 26-4-2024 04:23 PM

kot marah pun perlu ke gi langgar kete org tu
dgn kete2 ko remuk
dah tu siap naik court
kot jatuh salah mau ke dalam terus

Radzor Publish time 26-4-2024 07:47 PM

kiasu ka?

mojarean_X Publish time 26-4-2024 07:48 PM

X de bideo ke?

puccafan Publish time 26-4-2024 08:52 PM

mojarean_X replied at 26-4-2024 07:48 PM
X de bideo ke?

Kat tiktok ada. Kete hitam tu tayar depan belah penumpang kemik ke dalam. Memang kna towing la crita dia. Takleh buat hati kering drive pegi bengkel

Thunderclouds Publish time 26-4-2024 09:01 PM

Radzor replied at 26-4-2024 07:47 PM
kiasu ka?

Who else.
Bidio pon xtau butir ckp apa dok tlolong² mcm kna hysteria.
Pages: [1]
View full version: Berang pasangan bertengkar, lelaki rempuh kereta di tempat letak kenderaan


ADVERTISEMENT