EJALTI Publish time 26-4-2024 03:00 PM

Minta suap RM2,500 lepas warga asing

Minta suap RM2,500 lepas warga asing

https://www.kosmo.com.my/2024/04/26/minta-suap-rm2500-lepas-warga-asing/

Oleh MOHD YUNUS YAKKUB
26 April 2024, 2:27 pm

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/04/Suspek-ketika-dibawa-untuk-proses-reman-di-Mahkamah-Majistret-Shah-Alam-hari-ini..jpeg
Suspek ketika dibawa untuk proses reman di Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM – Seorang pegawai penguat kuasa sebuah jabatan di negeri ini direman empat hari bagi membantu siasatan kes suapan melepaskan warga asing, kelmarin.

Perintah reman bermula hari ini terhadap suspek lelaki berusia 39 tahun, dikeluarkan Majistret P. Mageshwary.

Sumber berkata, suspek terdahulu ditahan di kawasan parkir sebuah kompleks beli-belah di sini, kira-kira pukul 2 petang semalam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Suspek dipercayai menghubungi dan meminta wang rasuah RM2,500 daripada seorang pengarah syarikat sebagai balasan membebaskan lelaki warga Bangladesh yang juga pekerjanya.

“Lelaki warga asing itu ditahan dalam satu operasi dijalankan agensi penguat kuasa di Shah Alam minggu lalu,” katanya ketika dihubungi, petang ini.

Sementara tu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan tangkapan terhadap suspek dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Pages: [1]
View full version: Minta suap RM2,500 lepas warga asing


ADVERTISEMENT