maklukpenggoda Publish time 26-4-2024 07:06 PM

32 perkara penstrukturan semula Akaun KWSP yang perlu anda tahu

Edited by maklukpenggoda at 26-4-2024 07:33 PM

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) semalam mengumumkan inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 dengan semua akaun ahli di bawah umur 55 tahun akan distruktur semula kepada tiga akaun iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Akaun Persaraan untuk mengumpul simpanan sebagai pendapatan semasa persaraan, Akaun Sejahtera untuk menangani keperluan kitaran hayat yang menyumbang kepada kesejahteraan semasa persaraan dan Akaun Fleksibel sebagai akaun baharu untuk menyediakan fleksibiliti untuk keperluan kewangan jangka pendek.
Simpanan dalam Akaun Fleksibel itu boleh dikeluarkan pada bila-bila masa mengikut keperluan ahli.
Berikut adalah apa yang perlu kita tahu mengenai penstrukturan tiga akaun berkenaan:
1. Apakah yang dimaksudkan dengan penstrukturan semula akaun KWSP?Penstrukturan semula akaun KWSP adalah bertujuan untuk memperkukuh jaminan pendapatan persaraan dan memenuhi keperluan kitaran hayat ahli.Penstrukturan semula akaun KWSP melibatkan perubahan daripada dua (2) akaun kepada tiga (3) akaun seperti berikut:
i. Akaun sedia ada dinamakan semula daripada Akaun 1 kepada "Akaun Persaraan"; danii. Akaun 2 pula dinamakan "Akaun Sejahtera" tanpa perubahan pada tujuan di kedua-dua akaun tersebut;iii. Memperkenalkan satu akaun baharu iaitu Akaun ke-3 iaitu "Akaun Fleksibel";
iv. Simpanan dalam Akaun Fleksibel boleh diakses atau dikeluarkan oleh ahli pada bila-bila mengikut keperluan, tertakluk kepada terma dan syarat.v. Caruman baharu yang diterima selepas tarikh kuat kuasa akan dikreditkan ke dalam akaun mengikut nisbah 75:15:10 iaitu Akaun Persaraan (75%), Akaun Sejahtera (15%) dan Akaun Fleksibel (10%).
2. Mengapakah KWSP melaksanakan penstrukturan semula akaun KWSP?Penstrukturan semula akaun ini dibuat bertujuan untuk:- Meningkatkan kecukupan simpanan untuk menjamin pendapatan persaraan yang bermakna untuk ahli;- Mengimbangi keperluan jangka masa pendek, sederhana dan panjang selaras dengan keperluan kitaran hidup dan jangka hayat ahli;- Membangunkan Skim KWSP yang relevan dengan perubahan lanskap pekerjaan, perubahan demografi dan keperluan ahli di masa kini dan masa hadapan; dan- Memenuhi keperluan kewangan jangka pendek yang boleh menjejaskan kesejahteraan semasa persaraan sekiranya tidak dipenuhi.
3. Apakah itu Akaun Persaraan?Akaun Persaraan adalah Akaun 1 yang dinamakan semula berdasarkan tujuan atau objektif akaun berkenaan. Akaun ini terdiri daripada 75% jumlah simpanan ahli yang bertujuan untuk mengumpul dan meningkatkan simpanan persaraan ahli dalam jangka masa panjang bagi kehidupan yang selesa selepas persaraan.Simpanan di Akaun Persaraan tidak boleh dikeluarkan sebelum ahli berumur 55 tahun. Bagaimanapun, ahli yang layak boleh melaburkan sebahagian daripada simpanan Akaun Persaraan dalam pelaburan yang diuruskan oleh Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang diluluskan, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.
4. Apakah Akaun Sejahtera?Akaun Sejahtera adalah Akaun 2 yang dinamakan semula berdasarkan tujuan atau objektif akaun berkenaan. Akaun ini terdiri daripada 15% jumlah simpanan ahli yang bertujuan untuk memenuhi keperluan kitaran hidup pra-persaraan bagi jangka sederhana yang menyumbang kepada kesejahteraan semasa persaraan.Simpanan di Akaun Sejahtera boleh dikeluarkan bagi tujuan pengeluaran pra-persaraan yang dibenarkan (tertakluk kepada terma dan syarat KWSP) seperti berikut:
i. Perumahanii. Pendidikaniii. Kesihataniv. Perlindungan Insuransv. Hajivi. Pengeluaran 50 Tahun
5. Apakah itu Akaun Fleksibel?Akaun Fleksibel adalah akaun baharu yang terdiri daripada 10 peratus jumlah simpanan ahli. Akaun ini bertujuan untuk memenuhi keperluan kewangan jangka pendek ahli.Simpanan Akaun Fleksibel boleh dikeluarkan oleh ahli pada bila-bila masa tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh KWSP. Walau bagaimanapun, KWSP menggalakkan pengeluaran cuma digunakan pada waktu kecemasan dan untuk keperluan mendesak sahaja.
6. Bilakah tarikh pelaksanaan penstrukturan semula akaun KWSP?Pelaksanaan penstrukturan tiga (3) akaun KWSP akan bermula pada 11 Mei 2024.
7. Adakah penstrukturan semula akaun KWSP yang baharu melibatkan semua ahli KWSP?Penstrukturan semula akaun KWSP terpakai kepada semua Ahli KWSP termasuk bukan warganegara Malaysia yang belum mencapai umur 55 tahun pada 11 Mei 2024.
8. Adakah Akaun 55 dan Akaun Emas masih wujud selepas penstrukturan semula akaun KWSP ini dilaksanakan?Ya, bagi ahli yang telah mencapai umur 55 tahun, kesemua baki simpanan dalam ketiga-tiga akaun akan dipindahkan ke Akaun 55. Caruman baharu yang diterima mulai umur 55 tahun akan dikreditkan ke Akaun Emas.
Penstrukturan Semula Akaun
9. Apakah yang akan berlaku dengan simpanan sedia di dalam Akaun 1 dan Akaun 2 setelah penstrukturan semula akaun KWSP dilaksanakan?Baki simpanan di dalam Akaun 1 dan Akaun 2 akan kekal di dalam Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera, manakala Akaun Fleksibel iaitu akaun baharu akan bermula dengan sifar (0).
Caruman Baharu
10. Bagaimanakah caruman baharu dikreditkan selepas tarikh kuat kuasa penstrukturan semula akaun KWSP?Caruman baharu yang dikreditkan selepas tarikh pelaksanaan akan diagihkan mengikut nisbah seperti berikut:i. Akaun Persaraan: 75%ii. Akaun Sejahtera: 15%iii. Akaun Fleksibel: 10%Ilustrasi pembahagian caruman berdasarkan penstrukturan semula akaun KWSP yang baharu:
11. Apakah yang dimaksudkan dengan pilihan pindahan amaun permulaan?Selepas tarikh pelaksanaan, ahli mempunyai pilihan untuk memindahkan sebahagian daripada baki simpanan dalam Akaun Sejahtera sebagai amaun permulaan ke dalam Akaun Fleksibel. Ahli boleh membuat pilihan untuk pindahan amaun permulaan ke Akaun Fleksibel.
12. Bagaimanakah amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel ditentukan?Penentuan amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel adalah tertakluk kepada baki simpanan dalam Akaun Sejahtera ahli pada tarikh permohonan seperti berikut:Bagi ahli yang mempunyai baki simpanan RM3,000 dan ke atas dalam Akaun SejahteraBaki simpanan dalam Akaun Sejahtera diagihkan mengikut nisbah berikut:-i. Sepuluh per tiga puluh (10/30) ke Akaun Fleksibel;ii. Lima belas per tiga puluh (15/30) kekal dalam Akaun Sejahtera; daniii. Lima per tiga puluh (5/30) ke Akaun Persaraan.
13. Bagaimanakah ahli boleh membuat pilihan pindahan amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel?Ahli digalakkan untuk membuat permohonan secara online melalui KWSP i-Akaun untuk proses yang lebih mudah dan pantas. Walau bagaimanapun, bagi ahli yang menghadapi kesukaran akses kepada kemudahan online boleh membuat permohonan melalui Self Service Terminal (SST) di mana-mana pejabat KWSP.
14. Bilakah ahli boleh membuat pilihan pindahan amaun permulaan?Ahli boleh membuat pilihan pindahan amaun permulaan bermula 12 Mei 2024 sehingga 31 Ogos 2024.Pilihan ini hanya boleh dibuat sekali sahaja pada bila-bila masa sepanjang tempoh tersebut dan tidak boleh dibatalkan.
15. Apakah yang akan berlaku sekiranya ahli tidak membuat pilihan pindahan amaun permulaan?Sekiranya ahli tidak memilih untuk membuat pindahan amaun permulaan, baki dalam Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel sedia ada akan kekal.Manakala, caruman baharu akan dikreditkan ke Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel. Pengeluaran daripada akaun tersebut adalah tertakluk kepada terma dan syarat pengeluaran semasa.
16. Bilakah pilihan pindahan amaun permulaan ke Akaun Fleksibel akan diluluskan?Pilihan pindahan amaun permulaan akan berkuat kuasa apabila tindakan pindahan ke Akaun Fleksibel dibuat dalam tempoh 3-5 hari.
Pindahan Caruman
17. Adakah ahli boleh membuat pindahan daripada Akaun Fleksibel ke Akaun Sejahtera atau Akaun Persaraan?Ahli boleh membuat pindahan sebahagian simpanan seperti berikut:i. Akaun Fleksibel ke Akaun Sejahteraii. Akaun Fleksibel ke Akaun Persaraaniii. Akaun Sejahtera ke Akaun PersaraanPindahan simpanan adalah sehala, di mana simpanan yang telah dipindahkan keluar tidak boleh dipindahkan semula ke akaun asal. Namun, pindahan tidak boleh dibuat daripada Akaun Persaraan kepada Akaun Sejahtera dan/ atau Akaun Fleksibel kerana keutamaan akaun tersebut adalah untuk persaraan.
18. Bolehkah ahli memohon untuk memindahkan caruman?Ahli boleh mengemukakan permohonan pindahan caruman di mana-mana kaunter KWSP dengan melengkapkan Borang Pindahan Simpanan Ke Akaun Persaraan/ Akaun Sejahtera.
Pengeluaran Akaun Fleksibel
19. Adakah kelayakan pengeluaran pra-persaraan ahli terjejas dengan penstrukturan semula akaun KWSP ini?Tidak, ahli masih layak untuk membuat pengeluaran pra-persaraan sedia ada tertakluk kepada terma dan syarat semasa.
20. Apakah jenis-jenis pengeluaran yang dibenarkan selepas pelaksanaan penstrukturan semula akaun KWSP?Jenis-jenis pengeluaran yang dibenarkan adalah seperti berikut:
Sebelum Umur 55 Tahun
Akaun Persaraan: Skim Pelaburan Ahli Akaun Sejahtera: Pengeluaran Perumahan, Pendidikan, Kesihatan, Haji, 50 tahun dan Pelan Perlindungan Ahli (PPA)Akaun Fleksibel: Pengeluaran Akaun Fleksibel (baharu)Kesemua Akaun: Pengeluaran Hilang Upaya, Pengeluaran Kematian, Pengeluaran Meninggalkan Negara dan Pengeluaran Pekerja BerpencenPengeluaran Melebihi RM1 JutaSelepas Umur 55 TahunAkaun 55: Pengeluaran 55 tahunAkaun Emas: Pengeluaran 60 tahunKesemua Akaun: Pengeluaran Hilang Upaya, Pengeluaran Kematian dan Pengeluaran Meninggalkan Negara
21. Adakah ahli boleh membuat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel?Boleh, ahli dibenarkan untuk membuat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel pada bila-bila masa tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, KWSP menggalakkan pengeluaran cuma digunakan pada waktu kecemasan dan untuk keperluan mendesak sahaja.
22. Apakah syarat-syarat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel?Syarat-syarat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel adalah seperti berikut:a. Semua ahli KWSP Warganegara Malaysia dan Bukan Warganegara Malaysiab. Belum mencapai umur 55 tahunc. Mempunyai simpanan dalam Akaun Fleksibel; dand. Had amaun pengeluaran minimum yang ditetapkan adalah RM50
23. Adakah ahli boleh membatalkan permohonan Pengeluaran Akaun Fleksibel?Permohonan Pengeluaran Akaun Fleksibel tidak boleh dibatalkan apabila permohonan telah diluluskan. Ahli disarankan untuk membuat keputusan yang tepat sebelum mengemukakan permohonan.
24. Bagaimanakah kaedah permohonan Pengeluaran Akaun Fleksibel?Ahli boleh memohon Pengeluaran Akaun Fleksibel melalui saluran berikut:i. Secara online melalui KWSP i-Akaun; atau ii. Kunjungi mana-mana kaunter KWSP
25. Adakah ahli perlu mengemukakan dokumen sokongan semasa membuat permohonan?Ahli tidak perlu mengemukakan sebarang dokumen sokongan. Walau bagaimanapun, ahli perlu menggunakan akaun bank yang aktif bagi memastikan proses bayaran adalah teratur.
26. Adakah ahli perlu hadir di kaunter bagi tujuan menurunkan/ pengecaman cap ibu jari (CIJ) untuk permohonan secara dalam talian?Tidak, ahli tidak perlu hadir di kaunter bagi tujuan di atas kerana semakan dan pengesahan akan dibuat melalui sejarah rekod ahli dan menerima pakai lain-lain kawalan.Sekiranya ahli tiada sejarah rekod pengeluaran sebelum ini, ahli perlu menjalani pengesahan identiti melalui cap ibu jari di Self-Service Terminal (SST) KWSP. Sekiranya jumlah pengeluaran adalah kurang daripada RM10,000, ahli boleh melalui proses pengesahan identiti secara dalam talian.
27. Apakah kaedah bayaran bagi Pengeluaran Akaun Fleksibel?Bayaran bagi Pengeluaran Fleksibel akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.Pastikan syarat-syarat di bawah dipenuhi bagi memastikan urusan pembayaran pengeluaran Fleksibel berjalan lancar:• Akaun bank (simpanan atau semasa) yang masih aktif; dan• Akaun bank adalah didaftarkan atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/ syarikat)
Peringatan:Ahli yang tidak mempunyai akaun bank adalah dinasihatkan untuk membuka akaun bank sebelum membuat permohonan Pengeluaran Akaun Fleksibel.
28. Adakah ahli yang telah memohon Pengeluaran Bersyarat Umur 50/ 55 Tahun di bawah Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) boleh membuat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel?Ya, Pengeluaran Bersyarat Umur 50/ 55 Tahun (FSA2) hanya melibatkan simpanan dalam Akaun Sejahtera (sebelumnya Akaun 2) sahaja. Sehubungan itu, ahli boleh membuat Pengeluaran Akaun Fleksibel tertakluk kepada baki simpanan dalam Akaun Fleksibel dan had minimum pengeluaran.
29. Bilakah bayaran Pengeluaran Fleksibel dikreditkan ke dalam akaun bank ahli?Bayaran akan dibuat dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas permohonan diluluskan.Lain-lain
30. Adakah penstrukturan semula akaun KWSP memberi impak kepada status akaun Simpanan Shariah ahli?Penstrukturan semula akaun KWSP tidak akan mengubah status akaun ahli yang telah bertukar ke Simpanan Shariah.
31. Adakah ahli beragama Islam diwajibkan mengeluarkan zakat ke atas Pengeluaran Akaun Fleksibel?Sekiranya Pengeluaran Akaun Fleksibel dibuat oleh ahli yang tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi atau yang terjejas sumber pendapatannya bagi menampung keperluan hidup asasi diri dan tanggungannya seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan kesihatan, maka zakat tidak diwajibkan.Selain daripada sebab-sebab di atas, Pengeluaran Akaun Fleksibel yang dibuat tertakluk kepada zakat pada kadar 2.5% tanpa perlu menunggu haul setahun, sekiranya mencapai nisab (setelah mengambil kira semua pendapatan dalam tempoh haul setahun).
Ahli beragama Islam dinasihatkan untuk merujuk pihak berkuasa zakat negeri masing-masing berhubung apa-apa perkara berkaitan zakat.
32. Adakah ahli beragama Islam diwajibkan mengeluarkan zakat ke atas baki simpanan di dalam Akaun Fleksibel yang tidak dikeluarkan?Ya. Baki simpanan di dalam Akaun Fleksibel adalah tertakluk kepada zakat simpanan pada kadar 2.5% setiap tahun berdasarkan Haul sekiranya mencapai Nisab setelah diambil kira semua baki simpanan ahli yang lain.
Ini adalah kerana simpanan di dalam Akaun Fleksibel yang boleh dikeluarkan pada bila-bila masa telah memenuhi salah satu syarat wajib zakat iaitu pemilikan sempurna.
Ahli beragama Islam dinasihatkan untuk merujuk pihak berkuasa zakat negeri masing-masing berhubung apa-apa perkara berkaitan zakat.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/04/1239404/inisiatif-penstrukturan-semula-akaun-kwsp-apa-yang-perlu-anda-tahu

otai_g Publish time 26-4-2024 07:12 PM

Ni namanya x de keje Cr keje. Org srh buat keje Cr pelaburan prospek yg bgs2 supaya dividen masyuk bkn buat bnd2 yg x de manfaat mcm ni. Apa beza akaun 1 dgn 2 pun ntah.

midori888 Publish time 26-4-2024 07:41 PM

increase 5% money lock till 55, dulu 70%, new system 75%

manop Publish time 26-4-2024 08:47 PM

otai_g replied at 26-4-2024 07:12 PM
Ni namanya x de keje Cr keje. Org srh buat keje Cr pelaburan prospek yg bgs2 supaya dividen masyuk b ...

Habis ko nak tunggu mereput baru nak enjoy ke? Nampak sangat tak de akaun!

Kahkahkahkah

delia3003 Publish time 26-4-2024 08:48 PM

Apa jadi dengan kemudahan pinjam dengan bank hari tu? Krik krik sangat.

HannahMuntanah Publish time 27-4-2024 10:27 AM

syukurrrr

aechae Publish time 27-4-2024 01:01 PM

otai_g replied at 26-4-2024 07:12 PM
Ni namanya x de keje Cr keje. Org srh buat keje Cr pelaburan prospek yg bgs2 supaya dividen masyuk b ...

Sbb ada org yg ckp2 “klu boleh buat kluar duit epf yg bagus, klu gna duit epf byr dp keta kn bagus, klu lh boleh buat kluar duit epf sket bye hutang cc bla bla bla byr kalau nya”… so nah, amek 10% dr epf tu utk kluar suka2 hati lh buat apa nk…xtau lh banyak mna 10% yg org2 duk byk mengomel kalau itu ini tu dpt…

Yg x tergolong dlm org yg ckp kalau2 ni, biar jelah duit tu dlm tu gna bila perlu…kita xtau 2-3 tahun lg mgkin yg 10% bleh buat kluar anytime tu jd manfaat kt kita

dagusengett Publish time 27-4-2024 02:27 PM

Tak merasa kot until 55
Kena retrenchment so belum bekerja lagi ni huhu

randa Publish time 27-4-2024 04:55 PM

Boleh opt out tak dr akaun 3?

Also dividen calculation nnt sama ke utk semua akaun
Haap team epf jawab asap on this

aechae Publish time 27-4-2024 05:17 PM

Edited by aechae at 27-4-2024 05:23 PM

randa replied at 27-4-2024 04:55 PM
Boleh opt out tak dr akaun 3?

Also dividen calculation nnt sama ke utk semua akaun


Dividen sama je..ada kt FAQs apps EPF dh explain..
Xda opt out… ignore kn aje buat2 x nmpak klu xnk keluarkn duit or transfer je dr acc 3 tu msuk acc 1 or 2..

shalalat Publish time 27-4-2024 05:24 PM

randa replied at 27-4-2024 04:55 PM
Boleh opt out tak dr akaun 3?

Also dividen calculation nnt sama ke utk semua akaun


1. Tak boleh opt out
2. Dividen sama utk semua akaun

Baru tau yg akaun 3 tu kena zakat

gekkou Publish time 27-4-2024 07:31 PM

jgn lupa zakat 2.5%
dah bagi akaun fleksibel pun masih adaacik FB merungut sikit sgt katanya
ada yang acc 2 dah kosong
serba salah ya KWSP

misc Publish time 27-4-2024 08:28 PM

shalalat replied at 27-4-2024 05:24 PM
1. Tak boleh opt out
2. Dividen sama utk semua akaun



Walaupun kita tak sentuh langsung akaun 3 ni, kita tetap kena keluarkan zakat setiap tahun ye?

Nurdianah Publish time 27-4-2024 09:56 PM

Boleh la renovate rumah aii


shalalat Publish time 27-4-2024 11:31 PM

misc replied at 27-4-2024 08:28 PM
Walaupun kita tak sentuh langsung akaun 3 ni, kita tetap kena keluarkan zakat setiap tahun ye?

Ye sis, boleh refer faq #32 atas ni

aechae Publish time 28-4-2024 12:03 AM

shalalat replied at 27-4-2024 05:24 PM
1. Tak boleh opt out
2. Dividen sama utk semua akaun



Mcm yg i-sinar apa semua msa PKP dlu lah kn? Klu kita buat kluar suka2 msa tu kna zakatkn dlu bru spend..

misc Publish time 2-5-2024 07:04 PM

shalalat replied at 27-4-2024 11:31 PM
Ye sis, boleh refer faq #32 atas ni

Mekasih sis{:1_149:}

Kitty_catz Publish time 3-5-2024 05:01 PM

malas nak baca panjang bebeno

acc 3 tu kalu taknak muleh ka? opt out? kena isi borang ka apa ka?

Samerosie Publish time 3-5-2024 05:21 PM

Kitty_catz replied at 3-5-2024 05:01 PM
malas nak baca panjang bebeno

acc 3 tu kalu taknak muleh ka? opt out? kena isi borang ka apa ka?

Refer post #11.

otai_g Publish time 3-5-2024 05:47 PM

Kitty_catz replied at 3-5-2024 05:01 PM
malas nak baca panjang bebeno

acc 3 tu kalu taknak muleh ka? opt out? kena isi borang ka apa ka?

X blh. Akaun 3 wajib.
Pages: [1] 2
View full version: 32 perkara penstrukturan semula Akaun KWSP yang perlu anda tahu


ADVERTISEMENT