sfhzuraz Publish time 26-4-2024 08:05 PM

Gagal kemuka lesen bongkar penyelewengan diesel

Gagal kemuka lesen bongkar penyelewengan diesel


Oleh Nur Izzati Mohamad - April 26, 2024 @ 4:59pmbhnews@bh.com.my



https://assets.bharian.com.my/images/articles/bongkardiesel_1714121941.jpg
KPDN Pulau Pinang membongkar kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi dalam serbuan Op Tiris 3.0 di sebuah stesen minyak di Bukit Mertajam. - Foto ihsan KPDN Pulau Pinang




BUKIT MERTAJAM: Kegagalan pemandu lori mengemukakan lesen membawa diesel menyebabkan kenderaannya ditahan sebelum terbongkar aktiviti penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi dalam satu serbuan Op Tiris 3.0, di sebuah stesen minyak, di sini, semalam.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang, S Jegan, berkata pihaknya menerima aduan daripada orang awam berhubung kegiatan berkenaan.
Katanya, sepasukan anggota penguat kuasa kemudian turun menjalankan siasatan sebelum menemui sebuah lori kanvas berwarna biru yang pemandunya gagal menunjukkan lesen atau permit ketika diminta berbuat demikian.
"Pemeriksaan lanjut mendapati bahagian belakang lori diubah suai dan disyaki mengandungi muatan diesel.
"Kita merampas satu unit tangki besi kapasiti 10,000 liter (l) dan satu set motor pam serta hos paip yang digunakan dalam aktiviti penyelewengan ini untuk tindakan selanjutnya.
"Nilai rampasan diesel adalah sebanyak 8,000 liter dianggarkan RM17,200 menjadikan nilai anggaran barang rampasan keseluruhan berjumlah RM55,200," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Tegasnya, KPDN Pulau Pinang giat melakukan pengawasan dan rondaan sekitar negeri ini bagi mengekang ketirisan aktivti penyeludupan barangan kawalan dan bersubsidi.
Gagal kemuka lesen bongkar penyelewengan diesel (bharian.com.my)





Pages: [1]
View full version: Gagal kemuka lesen bongkar penyelewengan diesel


ADVERTISEMENT