sfhzuraz Publish time 26-4-2024 08:11 PM

UMNO Bahagian Sik sedia ambil dua anak Allahyarham Muhammad Faisol sebagai anak angkat

UMNO Bahagian Sik sedia ambil dua anak Allahyarham Muhammad Faisol sebagai anak angkat


Oleh Zuliaty Zulkiffli - April 26, 2024 @ 4:52pm bhnews@bh.com.my



https://assets.bharian.com.my/images/articles/0426rsangkat_1714121538.jpg
Muhamad Khizri (kanan) ketika bertemu dengan balu Allahyarham Muhamad Faisol Tamadun, semalam. - Foto Ihsan UMNO Sik



SIK: Dua anak Allahyarham Pegawai Waran II, Muhammad Faisol Tamadun yang terkorban dalam nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak, Selasa lalu akan dijadikan sebagai anak angkat UMNO Bahagian Sik.
Ketua UMNO Bahagian Sik, Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim, berkata pihaknya bersedia untuk mengambil dua anak arwah itu sekiranya dipersetujui ahli keluarga Allahyarham.
Beliau berkata, pihaknya sudah bertemu keluarga arwah di Kampung Tanjung, di sini untuk menziarahi mereka selain mengucapkan takziah dengan apa yang berlaku, semalam.
Katanya, dalam pertemuan itu, pihaknya sudah menyuarakan hasrat berkenaan dan berharap dapat dipersetujui supaya pihaknya dapat membantu anak-anak arwah terutama dalam bidang pendidikan.
"Saya turut menyampaikan sumbangan daripada UMNO Bahagian Sik untuk membantu meringankan kesedihan mereka.
Saya rasa ini adalah satu tanggungjawab sosial kepada UMNO sendiri sebagai satu parti yang memperjuangkan rakyat.
"Saya turut menawarkan kepada balu Allahyarham untuk mengambil anak-anak arwah sebagai anak angkat kami (UMNO Bahagian Sik) dan sekiranya dia bersetuju, kita akan ambil maklumat semua dan akan membantu terutamanya dalam bidang pendidikan dan Insya-Allah kita akan bantu dari peringkat sekolah sehingga ke universiti," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Muhamad Khizri berkata, buat masa ini pihaknya memberi ruang kepada keluarga mangsa untuk berehat terlebih dahulu kerana masih bersedih dengan apa yang berlaku.
Katanya, selain itu pihaknya bersedia untuk membantu isteri arwah sebagai pemudah cara jika dia yang bertugas sebagai guru mahu bertukar dari Perak ke sini.
"Saya sudah lama kenal keluarga Allahyarham dan bersedia membantu mereka pada bila-bila masa," katanya.
Muhammad Faisol Tamadun, 36, adalah antara 10 pegawai dan anggota TLDM yang terkorban dalam nahas membabitkan dua helikopter di Lumut Perak, Selasa lalu.
Allahyarham meninggalkan isteri, Nur Syuhada Jamil, 37, dan dua anak perempuan berusia enam dan 10 tahun.
UMNO Bahagian Sik sedia ambil dua anak Allahyarham Muhammad Faisol sebagai anak angkat (bharian.com.my)







Pages: [1]
View full version: UMNO Bahagian Sik sedia ambil dua anak Allahyarham Muhammad Faisol sebagai anak angkat


ADVERTISEMENT