DidiAndFren Publish time 26-4-2024 09:41 PM

Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya

KUALA LUMPUR: Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.

Komitmen itu dinyatakan Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin ketika berucap pada Sambutan Ulang Tahun Ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan Libya pada majlis resepsi di sebuah hotel di ibu kota, semalam.

Acara itu bertujuan meraikan persahabatan yang kekal erat antara kedua-dua negara.

Mohamad berkata, sejak awal 1970-an, Malaysia dan Libya sudah mengekalkan hubungan kukuh berdasarkan prinsip saling menghormati dan kepercayaan yang teguh.

Katanya, hubungan ini meliputi pelbagai sektor penting seperti ekonomi, pertukaran budaya dan pendidikan, di mana lebih 7,000 pelajar Libya menamatkan pengajian di institusi pendidikan tinggi di negara ini.

"Sempena ulang tahun ke-50 ini, Malaysia dan Libya meraikan kerjasama kukuh demi manfaat bersama dan kedua-dua negara bersedia mengukuhkan lagi hubungan bilateral di masa hadapan," katanya.

Tetamu kehormat yang hadir pada majlis itu termasuklah delegasi khas dari Tripoli, Libya.

Turut serta Tengku Laksamana Selangor, Tengku Sulaiman Shah Al-Haj; Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal; duta-duta besar asing serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.

https://assets.bharian.com.my/images/articles/WhatsApp_Image_2024-04-26_at_6.54.14_PM_1714137224.jpg
Mohamad Alamin (empat dari kanan) bersama barisan tetamu kehormat ketika majlis resepsi sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-Libya semalam.
Pages: [1]
View full version: Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya


ADVERTISEMENT