CARI-HBZ Publish time 26-4-2024 10:49 PM

Kes saman fitnah Ahmad Zahid, Muhyiddin selesai

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202404/26/224903hxx272gx12xs12gd.png



PETALING JAYA – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu),Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.


Menerusi kenyataan bersama, Ahmad Zahid dan Muhyiddin memaklumkan saman fitnah yang melibatkan mereka berdua telah dibatalkan.


“Setelah mempertimbangkan kesan saman fitnah ini kepada umum dan setelah mengambil kira saranan daripada Hakim Mahkamah Tinggi serta keadaan semasa negara yang perlu diutamakan terutamanya soal kelangsungan kehidupan rakyat.


“Maka Ahmad Zahid dan Muhyiddin bersetuju dan mengambil keputusan menghentikan pertikaian peribadi mereka dan prosiding Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Guaman No. WA-23CY-21-04/2022,” kata kenyataan itu hari ini.


Dalam kenyataan sama, kedua-dua pemimpin parti itu turut merakamkan penghargaan kepada Hakim Mahkamah Tinggi dan pegawai-pegawai mahkamah yang terlibat serta berharap agar keputusan ini dapat diterima dan dihormati oleh semua pihak.


“Keputusan ini juga diharap tidak dijadikan bahan yang boleh menganggu-gugat kesejahteraan dan kestabilan awam serta keyakinan rakyat kepada Institusi Kehakiman Negara,” jelas mereka.


Berdasarkan pernyataan tuntutan, Ahmad Zahid berkata Muhyiddin telah mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya pada majlis Pentas Perikatan Nasional Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenggaroh, Mersing sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-15 di perkarangan Learning Centre Sentuhan Kasih Felda Tenggaroh 3 di Mersing pada 16 Feb 2023.


Ahmad Zahid mendakwa kenyataan fitnah tersebut antaranya membawa maksud bahawa beliau menggunakan jalan pintas untuk menyelesaikan dan menangguhkan perbicaraan kes jenayahnya yang masih berjalan, meminta pertolongan Muhyiddin untuk mencampuri urusan perbicaraan kes berkenaan dan mengarahkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Johor.


Sementara itu, Muhyiddin dalam pernyataan pembelaan difailkan pada 9 Mei 2022 mendakwa kenyataan beliau bahawa Ahmad Zahid memintanya untuk campur tangan dalam kes jenayah di mahkamah adalah benar dan bukan memfitnah.


Presiden Bersatu itu mendakwa kenyataan dibuat semasa kempen PRN Johor itu merupakan komen adil serta berkepentingan awam.


Sumber – KOSMO! ONLINE

j3m4h Publish time 26-4-2024 11:31 PM

Gasak la 2 ekoq ni..sorang dah tercirits sorang lg dah byk wat taik..bg la muke baru dlm arena politik ni..kubur dah memanggil tu..carik saham alam sana..memasing dah ED ponggg…
Pages: [1]
View full version: Kes saman fitnah Ahmad Zahid, Muhyiddin selesai


ADVERTISEMENT