sfhzuraz Publish time 27-4-2024 01:11 PM

Sarawak Delta, Lenggong bakal jadi UNESCO Global Geopark

Sarawak Delta, Lenggong bakal jadi UNESCO Global Geopark


Oleh Hamzah Osman - April 27, 2024 @ 12:53pm bhnews@bh.com.my



https://assets.bharian.com.my/images/articles/GEOPARKKK_1714193576.jpg
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad (dua, kanan) diiringi Naib Presiden Global Geopark Network (GGN), Prof Emeritus Datuk Dr Ibrahim Komoo (paling kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi, Datuk Haslina Abdul Hamid (paling kanan) merasmikan Kursus Serantau Mengenai UNESCO Global Geopark Ke-7 di Langkawi, malam tadi. NSTP/Hamzah Osman




LANGKAWI: Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam komited untuk mengangkat Sarawak Delta Geopark di Sarawak dan Lenggong Geopark di Perak sebagai UNESCO Global Geopark (UGGp) dalam tempoh terdekat.
Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata pengiktirafan itu penting dalam usaha kerajaan melonjak lebih banyak Geopark Kebangsaan memperoleh status UGGp yang dilihat mampu memberi impak positif kepada negara.
"Kita masih dalam proses permohonan termasuk penulisan dorsier untuk mendapatkan status dan (penyerahan) dokumen berkaitan, jadi kita komited menjelang 2025 dan 2026 kedua-duanya berjaya memperoleh status itu.
"Tidak banyak UGGp diluluskan, walaupun setiap tahun permohonan dikemukakan (kepada UNESCO) banyak, namun kita terus berusaha," katanya pada sidang media selepas merasmikan Kursus Serantau Mengenai UGGp Ke-7 di sini, malam tadi.

Nik Nazmi berkata, sehingga kini negara memiliki 11 tapak Geopark Kebangsaan dengan Daerah Lipis, Pahang mendapat pengiktirafan terbaharu pada 9 November lalu.
"Bagi perancangan jangka panjang kementerian memohon peruntukan RM1 juta bawah Rolling Plan 5 (RP5) 2025 Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) untuk membantu geotapak Kenyir, Terengganu dan Gombak-Hulu Langat (Selangor) juga ke arah mencapai taraf UGGp," katanya.
Mengulas kursus yang diadakan di sini, beliau berkata, kursus lima hari bertemakan 'Pengurusan dan pembabitan masyarakat dalam geopark' itu dihadiri 100 peserta dalam dan luar negara termasuk Indonesia dan Jepun.
Yang turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Norsham Abdul Latip; Naib Presiden Global Geopark Network (GGN), Prof Emeritus Datuk Dr Ibrahim Komoo dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi, Datuk Haslina Abdul Hamid.
Sarawak Delta, Lenggong bakal jadi UNESCO Global Geopark (bharian.com.my)





Pages: [1]
View full version: Sarawak Delta, Lenggong bakal jadi UNESCO Global Geopark


ADVERTISEMENT