Abahmung Publish time 27-4-2024 01:57 PM

Latar belakang pendidikan: Calon PN enggan ulas, mahu tumpu kempen

Oleh Mahani Ishak
April 27, 2024 @ 12:06pm





HULU SELANGOR: Poster mengenai biodata calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut, 54, yang dikongsi mencetus tanda tanya terutama mengenai latar belakang pendidikan Pemangku Ketua BERSATU Hulu Selangor itu.

Berdasarkan maklumat tertera, beliau memperoleh Diploma Eksekutif Pengurusan dari Universiti Malaya (UM) pada 2019, sebelum disusuli ijazah Sarjana Eksekutif Pengurusan Perniagaan dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) dua tahun kemudian.



Khairul Azhari ketika ditanya bagaimanapun enggan mengulas lanjut, sebaliknya menegaskan mahu memberikan perhatian kepada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu yang ditandinginya.


"Saya tidak mahu komen, saya mahu fokus lawan (berdepan tiga calon lain) dengan cara yang adil," katanya.


Sementara itu, Pengerusi PN Selangor menangkap Pengarah Pilihan Raya Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata kelulusan Khairul Azhari itu bukan perkara yang dinafikan memandangkan beliau sememangnya mengikuti semua program pengajian terbabit.

"Kelulusan itu bukan perkara yang beliau nafikan, kerana memang beliau mengikuti kursus-kursus yang berkenaan.

"Soal sama ada diiktiraf oleh kementerian (Kementerian Pengajian Tinggi) itu bukan menjadi pertimbangan mana-mana pelajar ataupun mereka yang mengambil kursus itu.


Tegas Mohamed Azmin lagi, calon PN memang mengikuti kursus pengurusan bagi maksud meningkatkan kemahiran dan ilmu dalam bidang itu.

PRK DUN Kuala Kubu Bharu menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH), Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Bebas dengan Khairul Azhari mewakili PN.

PH meletakkan Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pang Sock Tao yang mewakili Kerajaan Perpaduan; Parti Rakyat Malaysia (PRM) diwakili Hafizah Zainuddin, manakala Nyau Ke Xin mewakili Bebas.




tripleid Publish time 27-4-2024 05:27 PM

Tak serik2 menipu.Semoga kalah



Samerosie Publish time 27-4-2024 06:15 PM

tripleid replied at 27-4-2024 05:27 PM
Tak serik2 menipu.Semoga kalah

I tak rasa dia tipu. Ni executive master based on tests saja.Setahun pun boleh grad. Dia bukan research programme mcm public unis. Tapi mmg kalau company swasta pun kureng le nak ambil yg with executive masters ni.Even dip dia pun from UM possibly yg executive programme tu. Sebab dia dah kira cam matured student dah lebih 50 pun.

Nurdianah Publish time 27-4-2024 10:19 PM

tripleid replied at 27-4-2024 05:27 PM
Tak serik2 menipu.Semoga kalah

{:8_645:}
awal2 dah kantoi...
Pages: [1]
View full version: Latar belakang pendidikan: Calon PN enggan ulas, mahu tumpu kempen


ADVERTISEMENT