sfhzuraz Publish time 27-4-2024 02:26 PM

Polis cari tiga individu lempar cat merah di premis nasi kandar

Polis cari tiga individu lempar cat merah di premis nasi kandar

OlehMOHD ISKANDAR OTHMAN

27 April 2024 01:37pm







https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/04/27/2629216.jpg
Rakaman kamera litar tertutup yang memaparkan perbuatan tiga suspek melemparkan cat merah pada premis nasi kandar di Machang Bubok, Bukit Mertajam.



BUKIT MERTAJAM - Polis sedang mengesan tiga individu yang terlibat perbuatan khianat dengan melemparkan cat merah di sebuah restoran nasi kandar di Taman Machang Bubok, di sini pada Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 pagi apabila tiga suspek tersebut datang ke premis berkenaan dengan menaiki dua buah motosikal.

Menurutnya, mereka kemudiannya menyimbah cat merah pada premis tersebut sebelum melarikan diri.
"Semasa kejadian premis berkenaan belum lagi beroperasi dan akan memulakan perniagaan pada hari ini.

"Setakat ini punca kejadian masih lagi dalam siasatan dan usaha mengesan suspek yang terlibat masih dijalankan," katanya menerusi kenyataan di sini, pada Sabtu.Helmi berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat.
Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat agar menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di talian 04-5382222 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Polis cari tiga individu lempar cat merah di premis nasi kandar - Sinar Harian

Pages: [1]
View full version: Polis cari tiga individu lempar cat merah di premis nasi kandar


ADVERTISEMENT