DidiAndFren Publish time 27-4-2024 08:33 PM

Menteri Keselamatan Israel patah tulang rusuk akibat kemalangan

TEL AVIV: Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben Gvir terlibat dalam kemalangan jalan raya sehingga menyebabkan kereta yang dinaikinya terbalik di bandar Al Ramla, semalam.

Kemalangan turut menyebabkan anak perempuannya, pemandu, seorang pengawal peribadi dan pemandu kenderaan lain mengalami cedera ringan.

Ben Gvir dikejarkan ke hospital dan dilaporkan mengalami patah tulang rusuk akibat kemalangan itu.

Beliau dilaporkan baru pulang dari lokasi insiden tikaman di bandar Ramle, berdekatan Tel Aviv.

Beliau antara barisan kepemimpinan Israel yang paling lantang mencetuskan kontroversi berhubung serangan di Gaza.

Baru-baru ini, beliau menggesa tindakan ketenteraan secara besar-besaran terhadap Iran selepas pelancaran peluru berpandu dan dron terhadap Israel.

Ben-Gvir juga mengesyorkan pemindahan penduduk Palestin dari Gaza dan menyokong gesaan untuk menubuhkan semula penempatan Yahudi di semenanjung itu. -BBC

https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/2024/04/photo1714187579.jpeg
Pages: [1]
View full version: Menteri Keselamatan Israel patah tulang rusuk akibat kemalangan


ADVERTISEMENT