DidiAndFren Publish time 27-4-2024 08:40 PM

Siapa sengaja tanam paku dalam tar?

PETALING JAYA – Seorang lelaki ditimpa malang apabila terpijak paku dan tersungkur disebabkan paku yang dipercayai sengaja ditanam di atas jalan, ketika sedang berjoging.

Menerusi perkongsian hantaran oleh @Syahmi_Paan, beberapa jumlah paku kelihatan diletakkan di sederet bahu jalan di Persiaran Anggun, Bandar Country Homes, Rawang.

Katanya, punca paku tersebut berada di situ, tidak dikenal pasti apa tujuannya.

“Ada manusia yang berhati kotor meletakkan paku di atas jalan raya. Tak tahu apa niat sebenarnya,” luahnya.

Rata-rata pengguna media sosial memberikan pelbagai reaksi.

“Ada baca dulu selalunya geng towing (tunda) kereta lah yang buat benda ni. Sebenarnya dia orang memang ada saja di situ tunggu kenderaan mana yang terkena. Lepas itu mereka datang tolong bawa ke bengkel dan meminta upah,” komen @salazar.

“Tolong pergi klinik dan periksa, risau paku ada karat. Orang yang buat ni memang melampau membahayakan nyawa orang. Harap ada CCTV (televisyen litar tertutup) boleh kesan siapa pelaku,” komen @rayyanraufael.

“Ketuk paku baringkan dia. Nak tarik tak boleh, macam dah kena tanam dengan tar. Kalau haiwan yang kena padahlah kasihan,” komen @izzati. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/04/paku-tar.jpeg Paparan menunjukkan paku yang sengaja ditanam dalam tar membawa padah kepada pengguna jalan raya.



dua_chzy Publish time 27-4-2024 08:46 PM

Semoga masuk neraka jahnam yang buat ni

tumpanglalu74 Publish time 27-4-2024 08:48 PM

QRYdkFKE99o?si=CTsYblCAjnP-4AAn
https://youtu.be/QRYdkFKE99o?si=CTsYblCAjnP-4AAn

Longkai2 ni pon gado sesama sendiri..Kalo paku tu 1 kompeni ni tanam tapi yang dapat customer kompeni lain rugi la.Aku pon tak paham ape cara dorang kawtim..

Ahriman Publish time 27-4-2024 09:15 PM

Bahayanya.tetanus kirim salam.
Pages: [1]
View full version: Siapa sengaja tanam paku dalam tar?


ADVERTISEMENT