DidiAndFren Publish time 27-4-2024 08:43 PM

Menantu ‘hantu’ bakar rumah mertua

JAKARTA – Sebuah rakaman tular di media sosial memaparkan perbuatan seorang menantu lelaki membakar rumah mertua selepas dia bertengkar dengan isterinya, lapor akhbar Tribunnews.

Kejadian dilaporkan berlaku di Kota Makassar, wilayah Sulawesi Selatan semalam sekitar pukul 2.13 pagi (waktu tempatan).

Menerusi rakaman itu, suspek dilihat menyimbah petrol pada kediaman mangsalalu menyalakan api sebelum meninggalkan tempat kejadian.

Api yang kemudian marak dapat segera dipadamkan oleh pemilik rumah, namun kebakaran itu menyebabkan meja dan dinding hadapan kediamannya rosak.

Pegawai polis tempatan, Muhammad Idris berkata, mangsa telah membuat laporan di balai polis.

“Pemilik rumah sudah membuat laporan polis. Kami sudah mendapat rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian. Kes seperti ini harus membuat laporan kepada polis kerana sudah menjadi lain daripada yang lain,” kata Idris.

Menurutnya, polis masih memburu suspek kes tersebut. – AGENSI


https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/04/geli-menantu-bakar.jpg Lelaki tersebut bertindak membakar rumah mertuanya selepas bertengkar dengan isterinya. - TRIBUNNEWS



Pages: [1]
View full version: Menantu ‘hantu’ bakar rumah mertua


ADVERTISEMENT