DidiAndFren Publish time 27-4-2024 08:56 PM

Gunung berapi muntahkan emas



PULAU ROSS, ANTARTIKA – Sebuah gunung berapi di Benua Antartika memuntahkan ketulan-ketulan emas kecil bernilai sekitar AS$6,000 (RM28,656) setiap hari, lapor agensi berita United Press International (UPI).

Gunung Erebus merupakan gunung berapi paling aktif di Antartika yang terletak di antara dua lapisan glasier.

Gunung popular dalam kalangan pendaki dan pelancong itu memiliki ketinggian 3,794 meter.

Kira-kira 80 gram emas dimuntahkan setiap hari melalui letusan gelembung gas, manakala emas dikesan sehingga sekitar 900 kilometer dari gunung berapi itu, demikian menurut penyelidik-penyelidik Antartika.

Erebus adalah salah satu daripada tiga gunung berapi yang membentuk Pulau Ross.

Difahamkan, gunung berapi itu pernah meletus pada tahun 1841 semasa pelayaran Kapten James Clask Ross yang melakukan tinjauan magnet di Artik dan Antartika. – Agensi

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/04/emas-gunung-berapi.webp Gunung Erebus ialah gunung berapi paling aktif di selatan di Bumi, ia ditemui dan dinamakan oleh Kapten James Clark Ross pada Januari 1841. - GETTY IMAGES





airfilterkotor Publish time 27-4-2024 09:16 PM

Bukan ketulan kecil emas derr.... debu emas.

shernazz Publish time 27-4-2024 10:22 PM

Suci dalam debu

_blackbird Publish time 27-4-2024 11:11 PM

Mmg emas paling byk terkumpul kat bumi kat lapisan paling hampir dgn magma bumi & gunung berapi. Ermm nasib kapitalis masih sayang nyawa dan humanity takda siapa berani lagi nak korek sampai magma
Pages: [1]
View full version: Gunung berapi muntahkan emas


ADVERTISEMENT