DidiAndFren Publish time 27-4-2024 09:23 PM

Warga emas maut dihempap pokok kabu



BALING – Seorang warga emas maut ditimpa sebatang pokok kabu dalam kejadian angin kencang dan hujan lebat di kawasan perumahan berhadapan Sekolah Kebangsaan Pulai, kira-kira pukul 3.35 petang tadi.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, mangsa dikenali sebagai Rafiah Zakaria, 86, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.

“Lebih kurang pukul 3.35 petang, Balai Polis Kupang telah menerima maklumat kejadian seorang mangsa telah dihempap pokok yang tumbang akibat hujan berhampiran kawasan rumah.

“Anggota ke lokasi kejadian dan bomba telah membuat pemotongan pokok dalam usaha mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah batang pokok kabu tersebut.,” kata Shamsudin.

Menurut beliau, mayat mangsa dihantar ke Hospital Daerah Kulim untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/04/Penduduk-kampung-cuba-membantu-mengeluarkan-mayat-mangsa-yang-ditimpa-pokok-kabu-di-kawasan-perumahan-berhadapan-Sekolah-Kebangsaan-Pulai-Baling-petang-ini.-e1714127374698.jpeg Penduduk kampung cuba membantu mengeluarkan mayat mangsa yang ditimpa pokok kabu di kawasan perumahan berhadapan Sekolah Kebangsaan Pulai, Baling petang ini.



sharlenetexas Publish time 27-4-2024 09:53 PM

Innalillah. Salam takziah.


sharlenetexas Publish time 27-4-2024 09:55 PM

Duk ber IG semalam baru tau kekabu ni boleh dijadikan fabrik. Penanaman dan pemprosesan lebih bersih dan mesra alam sekitar berbanding kapas.


sharlenetexas Publish time 27-4-2024 10:01 PM

Tak sangkalah pulak kekabu boleh jadi macam ni.

https://www.instagram.com/reel/C6OqSfoLMny/?igsh=Mmc2Ym13dXZpb3Zy



Ahriman Publish time 27-4-2024 10:01 PM

.إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Salam Takziah.
Risau jugak mak ayah dekat kampung.rumah kiri kanan pokok rambutan.
Pages: [1]
View full version: Warga emas maut dihempap pokok kabu


ADVERTISEMENT